Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Sunday, 24 March 2013

Muffin Coklat

Muffin Coklat...first time aku cuba buat muffin...

Ok aku kongsi resepinya


Bahan-bahannya:

125 g Mentega
120 g Gula Pasir
3 Biji Telur
250g Tepung Naik Sendiri
3 Sudu Besar Serbuk Koko
100ml Air

Cara-caranya:

1-Masukkan mentega dan gula ke dalam mesin pengadun kek dan pukul sehingga kembang.
2-Kemudian masukkan telur satu persatu sebanyak 3 biji dan pukul lagi.
3-Dan masukkan juga tepung naik sendiri,serbuk koko dan air.Pukul sehingga kesemua adunan sebati
4-Sesudah itu,sudukan acuan dan masukkan dalam cup muffin.Masukkan sehingga 3/4 cup sahaja
5-Masukkan dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.
6-Siap dan sedia dihidang...

Yummy...muffin...yummy....

Adab mengejutkan anak daripada tidur

Wah...mengejutkan anak pun ada adabnya tau....anak ni tak kira ler yang masih bayi,kanak-kanak,remaja atau dewasa.


Adab-adab......

~~Beri salam kepada anak yang sedang tidur
~~Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan-lahan
~~Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya
~~Kalau masih belum sedar,kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.
~~Teruskan memanggil namanya dan panggillah dengan panggilan sayang,manja atau anak.
~~Kejutkannya sambil memujinya seperti,bangun sayang,anak ibu yang baik
~~Sebaik saja anak bangun,gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar ia mandi,solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadikan anak yang bijak pandai.
~~ InsyaAllah anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang.



MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara


(Klik Banner untuk join)


Senarai Penaja:


3 Rakan tag: 


Tarikh Tutup : 31 Mac 2013

Jom join ramai-ramai...

1 Giveaway,30 Penaja,58 Hadiah,
Siapakah yang bertuah?

Saturday, 23 March 2013

Mini Giveaway Aisyah Humaira


(Klik pada banner untuk sama-sama join!!)

Mini giveaway : 23 Mac - 31 Mac 2013

Jom ramai-ramai join!!!


Tingkatkan kemesraan anda bersama bayi

Dalam proses membesar anak-anak,kemesraan bersama mereka amatlah penting.Sesibuk mana pun anda mencari rezeki,luangkan lebih banyak masa bersama bayi anda terutamanya ketika bayi berusia empat hingga tujuh bulan.Menurut kajian,ketika usia ini,bayi sudah mengetahui namanya dan memahami anda sedang bercakap dengannya.Interaksi secara lembut bagi membina hubungan dengan bayi anda.


Tips dan panduan untuk tingkatkan kemesraan anda dan bayi anda...

~~Bergurau dengan mengeletek badannya.Sentuhan ibu membuatkan si kecil gembira.

~~Cakap dan ketawa bersama dengan bercakap dengan bayi sambil disulami dengan ketawa.Bayi akan merasa seronok bila melihat wajah ceria ibu bapanya.

~~Panggilan manja untuk si kecil seperti "sayang anak ibu".Lakukan sambil memegang tangan dan menatap wajahnya.Ulangi beberapa kali supaya si kecil tahu anda menyayanginya.

~~Lakukan mimik muka lucu seperti bulatkan mata,mulut untuk menarik perhatian bayi anda.

~~Senyum dan puji lah bayi anda sambil dekatkan wajah kepadanya sehingga tangan anda menyentuh wajahnya.

~~Berikan barang permainan dengan memilih warna yang terang dan menarik untuk menceriakan bayi anda.

~~Bermain dengan bayi anda dengan mainan ba ba cak kerana bayi suka permainan sebegini.

~~ Memberi ciuman manja pada seluruh anggota badan sambil mengangkat badannya le atas.Cium di bahagian perutnya.

~~Goyang kepala ke kiri dan kanan dengan perlahan sambil sambil menyentuh tangan dan kakinya.Pastikan bayi anda akan merasa tenang dengan sentuhan anda.

~~Pasang muzik dan menari bersama bayi anda.Dukung bayi dan pegang tangannya dan mula menari.Pergerakkan yang anda lakukan bersamanya pasti membuat si bayi gembira.




Earth Hour 2013


Setiap tahun pasti aku tunggu Earth Hour....
Tutup semua lampu selama 30 minit...

Jangan lupa......

23 Mac 2013|8.30 pm

Sayangilah bumi kita!!




Friday, 22 March 2013

Qaseh Farra GIVEAWAY Bertukar tarikh


(Klik pada banner untuk sama-sama join!)

Qaseh Farra telah ubah tarikh GA nya.

Asalnya 12 Mac hingga 12 April 2013

Berubah menjadi

  12 Mac hingga 27 Mac 2013

Pada siapa yang belum join...jom!!..meriahkan lagi dunia blog kita ini....;)



Selamat Bercuti....yey!...yey!..

Assalamualaikum...hye semua...

Hari ini bermula cuti sekolah selama seminggu...


Buat adik-adik yang bercuti...Selamat Bercuti...enjoy ur holiday...
Cuti tu cuti jugak,buku jangan lupa baca...terutama buat adik-adik yang akan menjalani peperiksaan besar pada tahun ini....;)