Seperti yang semua orang sedia maklum....membaca Surah Yassin amat digalakkan terutamanya pada malam jumaat....So entry kali ni aku nak kongsi serba sedikit fadhilat-fadhilat Surah Yassin ini....
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : “Bacalah
Surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu :-
1. Apabila orang lapar membaca Surah Yassin , ia boleh
menjadi kenyang .
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian .
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh .
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut .
5. Jika terpenjara akan dibebaskan .
6. Jika musafir membacanya , akan mendapat kesenangan apa
yang dilihatnya .
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya .
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia ,
Allah meringankan siksanya .
9. Jika orang yang dahaga membacanya , hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit , terhindar
daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati
al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin , nescaya Allah
menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali” .
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi ,
“Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin
pada setiap hari , turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut . Mereka
berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah , menyaksikan ketika mayatnya
dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya” .
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang
yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa
minuman untuknya . Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan
dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika
nyawanya diambil .
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya :
“Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat ,
dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka , Allah
jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan
menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70
orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini , dia
adalah orang-orang yang munafik” .
Begitu
banyak kelebihan dan kebaikan yang bakal kita perolehi melalui
amalan pembacaan Surah Yassin seperti yang telah disebut di atas. Sudah
semestinya salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada seseorang melalui
hatinya seperti juga Surah Yassin hati kepada Al-Quran; Oleh kerana itu marilah
kita sama-sama mendekatkan diri kita kepada Allah SWT melalui ibadah dan bacaan
Surah Yassin yang banyak manfaatnya ini. InsyaAllah.
Semoga kita dapat mengamalkan membaca Surah Yassin setiap hari.