Jom Follow!!
CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu
Thursday, 3 October 2013
Penggunaan Tablet Di Kalangan Kanak-kanak
Assalamualaikum....
Sekarang,dengan dunia yang semakin maju dan canggih,pelbagai
gadget seperti tablet yang muncul. Dan boleh dikatakan semua kanak-kanak masa
kini pandai menggunakan tablet.Bagi ibu bapa pula,mereka gemar membiarkan anak-anak
mereka belajar menerusi tablet yang kononnya anak mereka lebih cepat belajar
dengan menggunakan tablet.
Untuk pengetahuan semua,terdapat empat asas perkembangan
yang wajib di rangsang pada kanak-kanak iaitu Perkembangan fizikal,Sosio emosi,kognitif
dan bahasa.Semua perkembangan ini perlu dirangsang sebelum kanak-kanak berumur
6 tahun kerana neuron-neuron mereka aktif di usia ini.
Dan setiap perkembangan ini hendaklah dicapai oleh
kanak-kanak mengikut tahap umur.Jika kanak-kanak tidak mencapai apa yang perlu
dicapai olehnya,para ibu bapa perlu lah merujuk hal ini kepada para doktor
untuk mengetahui masalah kanak-kanak itu.Hal ini untuk mengesan dan mengelak terlebih awal apa masalah yang dihidapi oleh kanak-kanak itu.Masalah yang biasa dihidapi oleh
kanak-kanak ialah seperti autisme,dyslexia dan cerebral palsy.
Ibu bapa jangan
pula kecewa atau sedih bila doktor mengesahkan anak mereka menghidapi masalah
tersebut kerana masalah mereka boleh dirawat dan dipertingkatkan keupayaannya.Malah kadang
kala,akan menjadi lebih hebat daripada kanak-kanak normal.
Berbalik mengenai penggunaan tablet sebenarnya memberikan kesan buruk pada
kanak-kanak dan ini diakui sendiri oleh Doktor Pakar Pediatrik dan Pensyarah
Pusat Perkembangan kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
iaitu Dr Norazlin Kamal Nor.Antara kesan-kesannya ialah
* Perkembangan bahasa mereka yang lemah
*Mereka lebih banyak menguasai visual iaitu memandang
berbanding auditori (mendengar) dan ini membuatkan kanak-kanak tersebut kurang
memberi tumpuan pada pembelajaran di kelas.
* Mereka akan berada dalam dunia sendiri apabila mereka
kurang bercakap dan kurang bergaul.
*Penggunaan tablet dengan menyentuh skrin dengan sangat
mudah tidak membantu skill motor kanak-kanak tersebut.
*Penggunaan tablet secara yang berlebihan akan menyebabkan
kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme akan wujud.
Penggunaan
tablet tidak merangsangkan empat perkembangan wajib kanak-kanak di mana kanak-kanak
perlu di stimulasikan dengan menggunakan lima deria yang ada pada badan
kanak-kanak untuk menghubungkan neuron-neuron di dalam otak.Sel-sel yang berhubung dengan baik akan membantu fokus,kemahiran menyelesaikan masalah, dan kreativiti.Neuron aktif untuk berhubung pada usia sebelum 6 tahun dan neuron ini lah yang akan menentukan kecerdikan mereka ketika dewasa kelak.Jika ianya tidak
distimulasikan,sel-sel dalam otak akan mati dan tidak akan berhubung sampai
bila-bila.
Oleh itu,jadi lah ibu bapa yang bijak....;)
Wednesday, 2 October 2013
Sambal Telur Hancur dan Bubur Nasi
Assalamualaikum....
Dapur....dapur...dapur....
Untuk kali ini,KLA nak kongsi resepi yang amat simple.
Kebetulan KLA tak berapa sihat,so rasa nak makan yang lembut-lembut sahaja.
KLA pun masak lah......
Untuk bubur nasi,KLA masak biasa sahaja iaitu nasi + air + garam
Manakala untuk Sambal telur hancur,resepinya ialah
Bahan:
1 Biji Telur
1 Biji Bawang Merah - ditumbuk
5 tangkai cili kering - di blend
Garam
Cara :
1. Tumis bawang dan cili kering hingga pecah minyak
2. Masukkan sedikit garam dan gaul.
3.Pecahkan telur di atas tumisan tadi dan gaul supaya dia menjadi hancur seperti dalam gambar.
4.Tutup api dapur bila telur tersebut sudah masak atau menjadi kering.
5.Okeh...siap...
Buat lauk untuk nasi putih okey juga....Selamat mencuba...
Tuesday, 1 October 2013
Ikan Pari Air Asam
Assalamualaikum....
KLA masak lagi!!!
Jom terjah tengok apa yang KLA masak....
KLA masak simple sahaja...yang penting mudah,cepat dan sedap.
Ikan Pari Air Asam
Bahan :
Ikan Pari
1 Biji bawang merah-dimayang
1 Biji tomato-potong dadu
4 cili padi-potong kecil2
Air asam jawa
Asam keping
Garam
Gula
Cara:
1.Rebus ikan pari bersama asam keping dan garam
2. Untuk air asam,campurkan bawang,tomato,cili padi,gula,air asam jawa di dalam satu bekas.Gaul biar sebati
3.Masukkan ikan pari yang sudah direbus ke dalam bekas air asam.Gaul dan siap untuk di makan...
Nyummmmm.....
Alhamdulillah
Assalamualaikum...hye...
Alhamdulillah....giveaway KLA iaitu
telah pun tamat.Thanks a lot pada yang sudi menyertainya.Senarai peserta telah pun di update DI SINI.So pada semua peserta boleh lah check link anda semua.Jika tidak tersenarai sila inform KLA di FB.
Pemenang top referral telah pun ada dan akan di umumkan pada 4 hb nanti beserta dengan semua pemenang-pemenang lain.....
KLA buat GA lagi.....Anda semua juga di jemput menyertai GA terbaru KLA iaitu
Klik banner untuk join....
Jom ramai-ramai memeriahkan GA KLA okeh!!...Jom Serbuuuuuuuuuuu.....
September Giveaway By KasihLestariAbadi
TAMAT
Assalamualaikum dan Hai.....
Assalamualaikum dan Hai.....
Selepas beberapa lama tidak anjurkan GA sendiri,KLA memilih bulan September untuk KLA sekali lagi menganjurkan segmen iaitu "September Giveaway By KasihLestariAbadi" yang 100% disponsor oleh KLA sendiri.Apa yang istimewanya giveaway KLA ialah KLA mencari 100 pemenang.Sebab itu KLA buat giveaway ini selama sebulan,supaya dapat mencapai 100 peserta.Tapi jangan bimbang,kalau tak cukup 100 peserta pun,giveaway tetap diteruskan.
Syarat Penyertaan :
1. Segmen ini bermula 1hb September dan berakhir pada 11.59 malam 30hb September 2013
2. Sila follow blog KasihLestariAbadi
3. Sila like fanpage KasihLestariAbadi
5. Buat satu entri yang bertajuk : September Giveaway By KasihLestariAbadi
6. Copy banner di atas dan link kan ke entri ini
7. Tinggalkan URL penyertaan di ruangan komen (ruangan komen sahaja yang akan diterima)
7. Tinggalkan URL penyertaan di ruangan komen (ruangan komen sahaja yang akan diterima)
Pemenang :
1 Pemenang Top refferal tertinggi
99 Pemenang mengikut pilihan hati Pakcik Random.org
1 Pemenang Top refferal tertinggi
99 Pemenang mengikut pilihan hati Pakcik Random.org
Pemenang akan diumumkan pada 4 Oktober 2013
Thanks.....
Subscribe to:
Posts (Atom)