Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Saturday, 5 October 2013

Giveaway 'Convocation' Sunsweetz ~OCTOBER 2013


(Klik Banner untuk join )



Friday, 4 October 2013

Senarai Pemenang Giveaway September By KasihLestariAbadi

Assalamualaikum....

Kini tiba masanya untuk KLA umum kan pemenang-pemenang untuk segmen Giveaway September By KasihLestariAbadi.Tapi sebelum itu,KLA ucapkan ribuan terima kasih buat blogger-blogger yang sudi join GA...KLA menghargainya...

Oklah....tak mahu tulis panjang...KLA umumkan senarai pemenang.
Klik DI SINI untuk lihat senarai nama peserta.

Top Referral

http://blogcontestgiveaway.blogspot.com/2013/09/september-giveaway-by-kasihlestariabadi.html 

Pemenang - pemenang bertuah :

1.Buku " Mydin Disebalik Tabir" - 10 
2. Buku " Mudahnya Menjemput Rezeki - 136
3. Buku " Diari Seorang Diplomat Hikmah Yang Tersembunyi" - 121
4. Bloglist Selama 3 Bulan - 37 | 35 | 82 | 18 | 78 | 28 | 98 | 39 | 59 | 86 | 26 | 79 | 30 | 47 | 104
5. Bloglist Selama 2 Bulan - 34 | 6 | 119 | 51 | 38 | 97 | 5 | 45 | 107 | 77 | 76 | 67 | 62 | 69 | 36 
6. Review Blog - 74 | 134 | 20 | 114 | 60 | 55 | 16 | 33 | 87 | 117 | 141 
7. Iklan Blog Ruangan Iklan + Review Blog - 75 | 126 | 52 | 100 | 44
8. Topup RM 5 - 122 | 29 | 32 | 138 
9. Duit Tunai RM5 - 128 | 48 | 140 | 102 | 15
10. Bookmark Felt - 43 | 105| 53
11. Sabun Rumpai Triple AAA - 139 | 112 | 115
12. Sabun Rumpai Buang Lemak - 110 | 1 | 12
13. Frame Gambar - 93 | 72
14. Brooch - 137
15. Shawl - 61 (A) | 65 (B) | 108 (C)
16. Pen + Keychain Australia - 9
17. Jam Klasik - 124
18. 2 Mini Tupperware - 129 (A) | 7 (B)
19. Big Klip Kertas ( 4pcs) - 66
20. Pensil Zebra - 81
21. Pensil Zirafah - 118
22. Pensil Katak - 96
23. Hiasan Meja - 111
24. Set 1 - 120
25.  Set 2 - 127
26 . Set 3 - 91
27. Set 4 - 80
28. Set 5 - 71
29. Set 6 - 50
30. Set 7 - 49
31. Set 8 - 92
32. Set 9 - 95
33. Set 10 - 56
34. Set 11 - 19
35. Set 12 - 113
36. Set 13 - 11
37. Set 14 - 17
38. Set 15 - 88
39.Set 16 - 8
40.Set 17 - 94

Tahniah buat semua pemenang....

Untuk pemenang barangan pos sila berikan detail berikut ke FB KLA

Nama,No Senarai Peserta,Link GA,Alamat,No Fon,Hadiah dimenangi.

Untuk pemenang topup sila berikan  No Senarai Peserta,Link GA,rangkaian fon yang digunakan oleh anda seperti Maxis,Celcom,Digi ke FB KLA

Untuk pemenang duit tunai sila berikan No Senarai peserta,Link GA,No akaun anda (cimb @ Maybank ) ke FB KLA

Untuk pemenang bloglist, blog anda akan di'bloglist' secara automatik tanpa hubungi KLA

Untuk pemenang review blog,iklan,sila mesej KLA di FB KLA

Tarikh akhir tuntut hadiah : 11 Oktober 2013.
Segala tuntutan selepas tarikh di atas tidak akan dilayan.

TAHNIAH!!

Semua juga di jemput join Giveaway Topup Kasih Lestari Abadi.




Pengalaman


Thursday, 3 October 2013

Harta dan Sedekah




Penggunaan Tablet Di Kalangan Kanak-kanak

  Assalamualaikum....

Sekarang,dengan dunia yang semakin maju dan canggih,pelbagai gadget seperti tablet yang muncul. Dan boleh dikatakan semua kanak-kanak masa kini pandai menggunakan tablet.Bagi ibu bapa pula,mereka gemar membiarkan anak-anak mereka belajar menerusi tablet yang kononnya anak mereka lebih cepat belajar dengan menggunakan tablet.


Untuk pengetahuan semua,terdapat empat asas perkembangan yang wajib di rangsang pada kanak-kanak iaitu Perkembangan fizikal,Sosio emosi,kognitif dan bahasa.Semua perkembangan ini perlu dirangsang sebelum kanak-kanak berumur 6 tahun kerana neuron-neuron mereka aktif di usia ini.

Dan setiap perkembangan ini hendaklah dicapai oleh kanak-kanak mengikut tahap umur.Jika kanak-kanak tidak mencapai apa yang perlu dicapai olehnya,para ibu bapa perlu lah merujuk hal ini kepada para doktor untuk mengetahui masalah kanak-kanak itu.Hal ini untuk mengesan dan mengelak terlebih awal apa masalah yang dihidapi oleh kanak-kanak itu.Masalah yang biasa dihidapi oleh kanak-kanak ialah seperti autisme,dyslexia dan cerebral palsy.

Ibu bapa jangan pula kecewa atau sedih bila doktor mengesahkan anak mereka menghidapi masalah tersebut kerana masalah mereka boleh dirawat dan dipertingkatkan keupayaannya.Malah kadang kala,akan menjadi lebih hebat daripada kanak-kanak normal.

Berbalik mengenai penggunaan tablet sebenarnya memberikan kesan buruk pada kanak-kanak dan ini diakui sendiri oleh Doktor Pakar Pediatrik dan Pensyarah Pusat Perkembangan kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Dr Norazlin Kamal Nor.Antara kesan-kesannya ialah

* Perkembangan bahasa mereka yang lemah
*Mereka lebih banyak menguasai visual iaitu memandang berbanding auditori (mendengar) dan ini membuatkan kanak-kanak tersebut kurang memberi tumpuan pada pembelajaran di kelas.
* Mereka akan berada dalam dunia sendiri apabila mereka kurang bercakap dan kurang bergaul.
*Penggunaan tablet dengan menyentuh skrin dengan sangat mudah tidak membantu skill motor kanak-kanak tersebut.
*Penggunaan tablet secara yang berlebihan akan menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme akan wujud.

Penggunaan tablet tidak merangsangkan empat perkembangan wajib kanak-kanak di mana kanak-kanak perlu di stimulasikan dengan menggunakan lima deria yang ada pada badan kanak-kanak untuk menghubungkan neuron-neuron di dalam otak.Sel-sel yang berhubung dengan baik akan membantu fokus,kemahiran menyelesaikan masalah, dan kreativiti.Neuron aktif untuk berhubung pada usia sebelum 6 tahun dan neuron ini lah yang akan menentukan kecerdikan mereka ketika dewasa kelak.Jika ianya tidak distimulasikan,sel-sel dalam otak akan mati dan tidak akan berhubung sampai bila-bila.

Oleh itu,jadi lah ibu bapa yang bijak....;)



Wednesday, 2 October 2013

Sambal Telur Hancur dan Bubur Nasi

Assalamualaikum....

Dapur....dapur...dapur....
Untuk kali ini,KLA nak kongsi resepi yang amat simple.
Kebetulan KLA tak berapa sihat,so rasa nak makan yang lembut-lembut sahaja.
KLA pun masak lah......


Untuk bubur nasi,KLA masak biasa sahaja iaitu nasi + air + garam

Manakala untuk Sambal telur hancur,resepinya ialah

Bahan: 
1 Biji Telur
1 Biji Bawang Merah - ditumbuk
5 tangkai cili kering - di blend
Garam

Cara :
1. Tumis bawang dan cili kering hingga pecah minyak
2. Masukkan sedikit garam dan gaul.
3.Pecahkan telur di atas tumisan tadi dan gaul supaya dia menjadi hancur seperti dalam gambar.
4.Tutup api dapur bila telur tersebut sudah masak atau menjadi kering.
5.Okeh...siap...

Buat lauk untuk nasi putih okey juga....Selamat mencuba...




Ingatan



Tuesday, 1 October 2013

Ikan Pari Air Asam

Assalamualaikum....

KLA masak lagi!!!
Jom terjah tengok apa yang KLA masak....

KLA masak simple sahaja...yang penting mudah,cepat dan sedap.

Ikan Pari Air Asam


Bahan :
Ikan Pari
1 Biji bawang merah-dimayang
1 Biji tomato-potong dadu
4 cili padi-potong kecil2
Air asam jawa
Asam keping
Garam
Gula

Cara:
1.Rebus ikan pari bersama asam keping dan garam
2. Untuk air asam,campurkan bawang,tomato,cili padi,gula,air asam jawa di dalam satu bekas.Gaul biar sebati
3.Masukkan ikan pari yang sudah direbus ke dalam bekas air asam.Gaul dan siap untuk di makan...

Nyummmmm.....