"Perniagaan online memang masyuk" ......KLA tahu,ramai orang yang berfikiran begitu kan.
Betul! Ianya akan masyuk kalau kena pada caranya.
Pada yang nak tahu caranya,mari KLA kongsi antara cara promosi produk secara online.
Cara Pertama : Gunakan Facebook- Anda boleh menjual pelbagai produk atau servis anda di facebook dengan memaparkan gambar produk yang jelas dan berkongsi informasi yang berguna.Lakukan promosi dan selitkan sekali dengan info-info penting.
Cara Kedua : Gunakan Blog - Blog masih lagi diperlukan walaupun waujudnya facebook kerana blog mudah dicari oleh enjin carian dan liputannya lebih luas berbanding facebook.Berkongsi lah pelbagai ilmu di blog seperti tips yang berkaitan dengan produk yang dipromosi.
Cara Ketiga : Gunakan Youtube - Muatnaik testimoni dalam bentuk video di youtube.Disamping itu anda juga boleh menyampaikan pelbagai pengetahuan mengenai produk di dalam video tersebut.Lagi bagus,jika anda rakamkan testimoni secara live dan letakkan di youtube.
Cara Keempat : Gunakan Newsletter - Hantarkan ayat-ayat berbisa dan power kepada pelanggan yang signup email anda secara berkala.Mungkin 2 hari sekali.Pikat pelanggan anda yer...
Cara Kelima : Gunakan E-book Percuma - Satukan semua maklumat produk.Anda boleh mengumpul semua maklumat produk beserta testimoni pada microsoft word dan tukarkan ke PDF fail....dah jadi e-book...semudah 123 okeh!
Cara Keenam : Gunakan artikel percuma - Kembangkan pengetahuan anda mengenai produk yang dijual dengan berkongsi ilmu secara penulisan artikal.Ingat,tuliskan sekali nama,website,email anda pada artikal tersebut.Anda boleh lah menghantarnya ke web yang menerima artikal anda itu.