Assalamualaikum...
CNY yang lalu,KLA berkunjung ke Terengganu...Ahak...baru sempat nak buat entry...;)
Melalui Lebuh Raya Barat-Timur,KLA selalu singgah di Petronas Jeli.Kemudahan yang sangat selesa di sini.Cuma Petronas di sini ramai yang berhenti untuk berehat,so kadang kala ianya akan ada sedikit sesak di kawasan ini...Apa yang KLA nak cerita,COOLBLOG dah mula di jual di sini...Suka...suka...KLA pantang jumpa COOLBLOG,pasti beli!
Di Terengganu...KLA menginap di Rumah Penginapan Villa Faiza Maisara...iaitu di Kampung Tok Jembal.So,sesiapa yang mencari penginapan di sana boleh hubungi no telefon di atas.Untuk penginapan ini,KLA bagi 4/5 star....Rumah ini juga berhampiran dengan UMT,Unisza
Pagi di Terengganu,KLA bersarapan di Selera Kampung Bonda yang terletak di tepi jalan menuju ke Pekan Batu Enam...
Di Terengganu,KLA akan wajib bersarapan Nasi Dagang..nyummy...nyummy...yang KLA makan ini hanya beharga RM2...Murah harga nya.
Kat hometown sendiri ada kedai RM2 tak ingin pergi,tapi bila di Terengganu,tengok banyak sangat orang yang berkunjung ke sana,rajin aje kaki KLA masuk..Bila dah masuk,huhuhuu...boleh pengsan tengok harga barang-barang nya...semua harga barang berharga RM2...Tepat dengan slogannya "Beli Sekali Pasti Kembali"
Entri-entri lain tentang Terengganu