Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Tuesday, 3 June 2014

Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharudin.com


( Klik banner untuk join)

Sunday, 1 June 2014

JUNE GIVEAWAY OLEH MA

Assalamualaikum w.b.t
*********************************

Tekan Banner Diatas Untuk Menyertai

Ditaja oleh :


Senarai Hadiah :
Double Stemcell RM 250 | TOPUP RM65 | Perla Coffee Rm35++ | 1 Set Tupperware Rm63 | Penanda Buku | Frame | Wallet | Mac Eye Liner

JOM SERTAI SEKARANG 

Pemenang dipilih berdasarkan
-Top Refferal  
-Tag rakan plg byk 

Tasly Danshen Plus - Penawar Sakit Jantung

Assalamualaikum

Hai...hai...bila mood menulis datang...sebelum 'dia' pergi,baik tulis cepat-cepat.KLA nak cerita pasal sakit jantung...satu penyakit yang amat ditakuti dan boleh terkena pada sesiapa sahaja tak kira muda atau tua.

Serangan sakit jantung terjadi apabila sel-sel otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup dan tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sel-sel jantung akan mati. Sakit jantung adalah satu proses di mana sesuatu kawasan daripada rangkaian kapilari darah yang halus mati disebabkan oleh kehilangan bekalan darah.

Serangan sakit jantung juga berlaku apabila terdapat satu gumpalan darah terbentuk dan berkembang di salah satu saluran darah yang membawa darah ke otot jantung. Jika pembekuan darah itu cukup besar, ia boleh menghentikan bekalan darah ke jantung dengan serta merta.

Apakah Tanda-tanda serangan Sakit Jantung?
  • Batuk
  • Rasa tidak selesa di bahagian dada
  • Rasa Ruang Paru-paru sempit dan susah bernafas
  • Rasa pening atau sakit kepala
  • Wajah nampak pucat dan pudar
  • Sejenis rasa ‘instinct’ yang pelik seperti nyawa seakan-akan berakhir
  • Rasa hendak muntah-muntah
  • Kegelisahan dan berpeluh sejuk
  • Emosi yang tidak stabil
Adakah anda mengalami tanda-tanda di atas atau sudah di sah kan oleh doktor mempunyai penyakit jantung?Jangan risau,KLA ada penyelesaiannya..InsyaAllah dengan izin-Nya,penyakit boleh disembuhkan...

Apa yang KLA nak perkenalkan ialah produk danshen plus iaitu merupakan ramuan herba tradisional yang telah menjalani kajian klinikal dan berbagai eksperimen saintifik selama 11 tahun dan dibuktikan mampu memberikan kesan yang luar biasa dalam melindungi fungsi normal saluran darah endothelium. Kajian juga telah membuktikan bahawa pengambilan Danshen Plus yang berterusan boleh mengurangkan kemungkinan terkena serangan jantung dan penyakit kardiovaskular.


Ini adalah PENAWAR TERBAIK untuk penyakit jantung....InsyaAllah dengan izin-Nya...

Jika ada yang berminat dengan produk ini boleh hubungi,sms/whatsap 019-2883653



Saturday, 31 May 2014

Hujung Dunia

Assalamualaikum...

Lagu kegemaran KLA buat masa ini...terasa kena sangat jiwa dan perasaan KLA sekarang..


Hujung Dunia - Hanie Soraya

Pikir sebelum bicara
Susah sebelum senang
Jatuh sebelum berjaya
Sedar sebelum terus hanyut

Menyanyi biar dari hati
Berjanji biar pasti

[chorus]
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya suka dan duka
Kamu dan aku
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti ada menangis ketawa
Bersama-sama

(hingga ke hujung dunia)
Hingga ke hujung dunia

Kurang kamu sesuatu
Pantas waktu berlalu
Terimalah seadanya
Tiada apa yang sempurna

Menyanyi biar dari hati
Berjanji ditepati

[ulang chorus]

Walau apa pun yang telah terjadi
Perlu tabah kau hadapi
Segala yang pernah kita lalui
Menjadikan kita yang hari ini

Lalalala lalalalala

[ulang chorus]




Resepi : Kek Marble

Assalamualaikum....

Rasanya dah lama KLA tak kongsi resepi masakan....
Kali ini KLA cuba buat kek pula...asyik masak lauk aje...sekali sekala cuba ubah angin...

Hidup pun kena berubah juga,tak boleh asyik berada di zon selesa...kadang kala perlu lakukan perubahan...;)

Resepi,Kek Marble,Sedap,Senang,Jimat,lembut,gebu

Tetiba KLA terasa nak buat kek marble...bila ada kesempatan tadi,terus sahaja KLA buat.Bahan nya dah lama beli,tapi untuk membuatnya yang terhad...asyik sibuk dengan kerja...

Ok ler,KLA tak nak coletah banyak...Jom terjah resepi Kek Marble

Bahan-bahannya...

8 Biji Telur
225g Gula Kastor
340g Mentega Tanpa Garam
255g Tepung
1 1/2 Sudu Teh Baking Powder
1 1/2 Sudu Teh Esen Vanila
2 Sudu Besar Serbuk Koko
1/4 Sudu Teh Garam

Cara membuatnya....

1. Pukul mentega dengan menggunakan mixer hingga gebu
2. Dalam bekas berasingan,pukul telur kuning bersama gula sehingga ringan dan pastikan gula itu hancur.
3. Kemudian masukkan telur ini sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega
4. Pukul dengan mixer sehingga semuanya sebati
5.Di dalam bekas berasingan pula,pukul putih telur sehingga tidak jatuh apabila diterbalikkan
6. Masukkan sedikit demi sedikit adunan putih telur ke dalam adunan mentega dan telur kuning tadi.Gaul sehingga sebati
7. Masukkan pula tepung,baking powder,esen vanilla,garam.Gaul lagi sehingga sebati.
8. Ambilkan 1/2 daripada adunan dan masukkan ke dalam bekas berasingan.Campurkan serbuk koko ke dalam salah satu adunan itu.
9. Masukkan adunan koko dan adunan mentega ke dalam loyang secara berselang seli.
10. Apabila siap,masak adunan ke dalam oven dengan suhu 160 degree celcius selama 40-50 minit atau sehingga masak.

Selamat mencuba.....PEACE..;)

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih

As-Salam

[Siala nak join sila tekan banner di atas]

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas PutihNasibah KhushairyKasih Lestari Abadi Nor Farihan AyobNannie Isa , dan yangbaik .

Thursday, 29 May 2014

Kusinero Cinta

Assalamualaikum....

KUSINERO CINTA....bila dapat tahu Jericho berlakon dalam cerita ini,terus KLA fikir,wajib tengok ini!!Tambah pula Aaron Aziz pun ada...dua-dua hero kegemaran KLA...


Sinopsis Cerita 

Fredo Rivera adalah seorang anak muda yang berasal dari Cebu, Filipina yang mengejar impian untuk menjadi chef yang berjaya. Edrinna Mahadzir pula gadis yang datang ke Manila bersama ibunya, Datin Raudhah untuk melawat kafe milik mereka yang beroperasi di sana.

Namun, takdir menemukan Fredo dan Edrinna di kafe berkenaan. Pada mulanya hubungan mereka kurang baik kerana kehadiran Hafizul Fitri yang meminati Edrinna. Pada suatu hari, Edrinna hilang di Manila dan Fredo yang berjaya menyelamatkannya. Justeru, hubungan mereka juga semakin akrab semula,

Fredo yang tidak ada tempat tinggal dan pekerjaan juga diambil bekerja oleh Chef Rio yang memiliki restoran yang terkenal di Manila. Bermula sebagai pencuci pinggan, Fredo akhirnya berjaya menjadi pembantu chef kepada Chef Rio. Di La Secret, Fredo bertemu dengan Justina, anak perempuan Chef Rio yang turut bekerja di situ.

Sementara itu, Syed Izmir pula sangat meminati bidang masakan, tetapi terpaksa menyambung pengajian dalam jurusan perniagaan kerana memenuhi hasrat bapanya yang kaya. Dalam perjalanan ke Manila kerana urusan perniagaan bapanya, Syed Izmir bertemu dengan Edrinna. Pada masa sama, dia juga bertemu dengan Fredo dan berkawan baik dengannya. Mereka juga bertemu kembali ketika menyambung pengajian di Melbourne. Apakah kesinambungan hubungan mereka? Saksikan di Kusinero Cinta. 

Harap cerita ini tak membosankan hingga episod akhir.....:)

Al-Fatihah