Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Monday, 3 November 2014

Lagu Matahari - Hafiz AF7



Matahari tak cukup indah

Pada pagi yang suram ini
Malam ku resah kerana
Malam mungkin kelam

Bumi indah cinta punah
Bintang bintang tumpang berduka
Meratapi nasib
Kenapa hari ini

Matahari bangunlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula mimpi kami

Matahari bangkitlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula cinta kami

Lupakan kisah
Kisah yang terjadi
Mengharap sinar
Sinaran darimu

Matahari bangunlah
Indahkan hari ini
Bagi kami terus melayari hidup kami

Matahari bangkitlah
Indahkan hari ini
Bagi kami terus menghidupkan cinta kami

Lupakan kisah
Kisah yang terjadi
Mengharap sinar
Sinaran darimu



Cabaran November #1 - 11 Tempat Ingin Di Lawati Di Malaysia

Assalamualaikum....

KLA telah memutuskan untuk menyertai Cabaran November #1 yang di anjurkan oleh blogger Coretan Hati Khaty  . Ayuh kawan-kawan blogger kita sertai Cabaran November #1.


Cabaran November #1 - 11 Tempat Ingin Di Lawati Di Malaysia

SATU - Pulau Langkawi
KLA pernah pergi Pulau Langkawi tetapi itu semasa KLA sekolah rendah.Semasa itu,burung helang besar masih belum wujud.Sekarang teringin pergi lagi untuk melihat perubahan yang sudah berlaku di Pulau Langkawi

DUA - Pulau Perhentian
Walaupun KLA ni orang Terengganu,tetapi belum pernah lagi berpeluang berkunjung ke Pulau Perhentian.Buat malu aje kan.Tapi biasa lah,suka menangguh sahaja pergi bila di tempat sendiri.

TIGA - Legoland
Sejak Taman Legoland dibuka untuk orang ramai,KLA belum lagi berpeluang berkunjung ke Johor.Teringin juga untuk ke Legoland.Macam cute aje lego-lego bina menjadi pelbagai bentuk.Siapa nak sponsor tiket Legoland kat KLA?

EMPAT - Taman Negara
KLA juga suka berkunjung ke tempat-tempat yang adventure seperti hutan,gua.Bukan apa,KLA suka menguji ketahanan dan kekuatan diri KLA bila berada di tempat sebegini.

LIMA - Labuan
Memandangkan KLA pernah ke Sabah dan Sarawak,KLA teringin juga ke Labuan.Walaupun orang cakap Labuan tiada apa yang menarik,tetapi KLA tetap berminat untuk ke sana.Lagi seronok rasanya kalau pergi menaiki feri dari KK

ENAM - Melaka
Sememangnya Melaka sudah tidak asing lagi untuk KLA.Tak pasti kenapa KLA suka sangat di Melaka.Sebenarnya sudah banyak kali berkunjung ke Melaka.Kali terakhir KLA ke Melaka pun pada tahun lepas.Cuma,KLA belum berpeluang untuk menaiki Taming Sari.So,KLA teringin untuk ke sana untuk menaiki Taming Sari.

TUJUH - Tawau
Di Sabah,KLA pernah ke KK,Ranau,Kundasang,Tuaran,Semporna dan Lahad Datu.Walaupun ada lagi tempat-tempat lain yang belum KLA pergi di Sabah,tapi satu tempat yang KLA ingin pergi di Sabah ialah Tawau.Menikmati makanan laut  dan melawat tempat-tempat menarik di sana.

LAPAN - Port Dickson
KLA belum pernah pergi ke Port Dickson.Biar Betul?Itu lah hakikatnya.Di Port Dickson,KLA ingin berkunjung ke Grand Lexis Port Dickson.Berada di rumah atas air dan disamping melakukan aktiviti renang secara privasi.



SEMBILAN - Bukit Tinggi
Ini Bukit Tinggi di Malaysia ye.Jangan tertukar dengan Bukit Tinggi Indonesia pula.Suka tengok bangunan-bangunan serta tempatnya yang ala-ala english dan tempatnya yang seperti di luar negara.
InsyaAllah,akan sampai juga KLA ke situ.

SEPULUH - Bukit Fraser
Sama seperti Bukit Tinggi,KLA ingin ke Bukit Fraser sebab tempatnya yang cantik ala-ala berada di luar negara.Boleh berangan ketika bergambar di sana.

SEBELAS - Bukit Larut
KLA teringin menikmati panorama tempatnya.Tapi mungkin KLA naik ke Bukit Larut dengan menaiki jip dan bukannya secara mendaki.Ahak,tak mampu ler kalau nak mendaki ye...;) 

Susah juga nak senaraikan tempat yang dilawati tetapi bila buat senarai macam ni,boleh lah KLA rancang percutian untuk berkunjung ke tempat-tempat di atas.Kalau ada yang nak bercuti bersama-sama dengan KLA boleh juga.Ada lah juga KLA member untuk melancong.




Susahnya Hendak Berdisplin

Assalamualaikum...

Sudah lama rasanya KLA tak berkata-kata.

Sekarang sudah November,lepas itu Disember,lepas itu lagi Januari,maka bermula lah tahun baru.Ini bermakna lagi dua bulan sebelum masuk tahun baru.Apa yang dah terjadi pada tahun 2014?Adakah kehidupan anda semakin baik?Harap apa yang anda impikan dalam tahun 2014 dah tercapai atau hampir tercapai.

Susahnya Hendak Berdisplin

Sebenarnya KLA hendak bercerita tentang susahnya hendak berdisplin dengan sesuatu hal itu.Mungkin kerana kita mudah selesa dengan sesuatu hal atau tiada usaha untuk melakukannya?

Kisahnya KLA nak amalkan makan supplement setiap hari,tapi selalu terlupa.Tak pasti pula sebab terlupa atau tak ada displin.

Begitu juga hasrat KLA yang hendak post entri blog ini banyak-banayk,Asyik tak sempat nak mengarang.Ini pun KLA tak pasti sebab tak sempat atau tiada displin.

Cuma apa yang KLA rasa,dua-dua masalah ini sebab kurang displin.Susah betul untuk KLA lakukan dua perkara ini.

Siapa boleh bagi cadangan apa cara yang boleh membantu KLA untuk mendisplin kan diri untuk melakukan perkara di atas.HELP ME!!



Good Luck Calon SPM 2014

Good Luck Calon SPM 2014,Peperiksaan SPM

Sunday, 2 November 2014

Mini Lucky Draw Blog XDramaQueen


Jom ramai-ramai serta Mini Lucky Draw blog XDrama Queen

Segmen By Dayang Deno #2



Jom ramai-ramai kita sertai segmen ini

Due Date : 20 November 2014


Friday, 31 October 2014

Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak

Giveaway Cuti Sekolah by JiwarOsak.Com
Mari Sertai Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak.Com


Hadiah Terkumpul
Cash : RM 390
Topup : RM 195
Barangan : Tudung Pashmina x 1, Shawl x 2, Novel Sanctuaria x 1, Tudung Aidijuma x 1, Bantal Handmade x 2

Terima Kasih kepada Sponser

AbgferOz | MahaMahu | Yanty Lee | Afzal Sukasuki | Mawar Biru | Cik Pjaz | Ieta Mat Sa’ad | Mohamad Nasir | Yan Saflina | UmmiMama |Mohd Noor Shawal | Dila KazUha | Doktor Pemasaran | Helmi Julia | Nadia Johari | Suzlin Azreena Nordin| Nurul Syarafina II | Khaty Aiman| KyLe Kesha | Cik Yaya | Putery Memory | Edo Hayra | Delima Zamrud | Karen Nisa 

Untuk menyertai Giveaway Cuti Sekolah anda boleh klik Banner atau SILA LIHAT SINI

Sunday, 26 October 2014

CPUV Nuffnang Win a 3 Days 2 Night Trip To Macau

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah....KLA terima CPUV Nuffnang  Win a 3 Days 2 Night Trip To Macau

Iklan ini sesuai sangat untuk blogger atau sesiapa sahaja yang minat melancong.Lagi best kalau dapat melancong secara PERCUMA.

Kalau anda ingin melancong ke Macau secara PERCUMA sila lah join peraduan ini.Merasai sendiri pengalaman yang menakjubkan dan mencabar diri.


Untuk penyertaan boleh baca butiran di bawah:


SELAMAT BERJAYA