Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Tuesday, 4 November 2014

Cabaran November #1 - 11 Nama Yang Di Sukai

Assalamualaikum....


Ini part yang di sukai oleh KLA.Bab berangan nama memang lah KLA suka.Teringat pula semasa tingkatan tiga,kalau cikgu suruh membuat karangan dan ada perlu ditulis nama,pasti KLA dan kawan-kawan akan berangan menulis nama yang menarik.Oklah,KLA senaraikan nama yang menjadi pilihan KLA.

1. Zafri Khalis
2. Izz Fakhri
3. Razin Kaisan
4. Aliah Amani
5. Dalia Eryna
6. Alya Zulaikha
7. Annas Asyraf
8. Liya Zafirah
9. Qaseh Izzanis
10. Azfar Irfan
11. Idlan Hakimi



Sesiapa yang mencari idea untuk nama anak yang bakal lahir boleh juga merujuk pada nama di atas.
KLA paling suka nama Izz Fakhri kerana ianya membawa maksud yang tersendiri kepada KLA.


Cabaran November #1 - 11 Tempat Ingin Di Lawati Di Dunia

Assalamualaikum


Fuh,ingatkan senang nak jawab cabaran ini,tetapi sebaliknya...tapi walau apa pun,cabaran tetap cabaran.Oklah,direct terus ke cabaran #2.

11 Tempat Ingin Di Lawati Di Dunia

SATU - Mekah
Walaupun KLA pernah berkunjung ke sana pada tahun 2010,namun kerinduan untuk sentiasa berada di sana tidak pernah padam.Harap,suatu hai nanti,KLA kembali berpeluang berkunjung ke sana lagi.

DUA - Guangzhou China
KLA teringin pergi ke sana.KLA kan suka shopping.Teringin nak ke sana beli barang banyak-banyak dan balik berjual.Mesti boleh mabuk KLA kalau berkunjung ke sana.

TIGA - Ho Chi Minh Vietnam
Yang ini KLA tak mahu ulas banyak kerana.....Tungguuuuu

EMPAT - Jepun
KLA hendak ke Jepun untuk melihat sendiri budaya orang sana yang sangat berdisplin dan bagus dalam bekerja.Semangat Jepun

LIMA - Turki
Negara Turki penuh dengan sejarah.KLA teringin melihat tinggalan sejarah Islam di Turki serta teringin berkunjung ke perampungan di Turki untuk melihat sendiri kegigihan orang di sana bekerja terutamanya kaum hawa.

ENAM - Acheh
Selepas kejadian Tsunami,Acheh mula dikenali ramai kerana kesan Tsunami nya yang menunjukkan kekuasaan Allah SWT.

TUJUH - Taj Mahal
Melihat lambang keagungan cinta Shah Jahan.



LAPAN - Gaza
Kesusahan rakyatnya yang berjuang demi agama Islam,mempertahanan hak milik daripada di ceroboh.

SEMBILAN - Tembok China
Menjadi salah satu keajaiban dunia membuatkan KLA teringin melihat secara realiti.

Hanya sembilan sahaja yang mampu KLA sediakan.KLA suka melancong tetapi melancong ke arah tempat shopping,tempah sejarah dan tempat yang ada keunikkan nya tersendiri.



Monday, 3 November 2014

Lagu Matahari - Hafiz AF7



Matahari tak cukup indah

Pada pagi yang suram ini
Malam ku resah kerana
Malam mungkin kelam

Bumi indah cinta punah
Bintang bintang tumpang berduka
Meratapi nasib
Kenapa hari ini

Matahari bangunlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula mimpi kami

Matahari bangkitlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula cinta kami

Lupakan kisah
Kisah yang terjadi
Mengharap sinar
Sinaran darimu

Matahari bangunlah
Indahkan hari ini
Bagi kami terus melayari hidup kami

Matahari bangkitlah
Indahkan hari ini
Bagi kami terus menghidupkan cinta kami

Lupakan kisah
Kisah yang terjadi
Mengharap sinar
Sinaran darimu



Cabaran November #1 - 11 Tempat Ingin Di Lawati Di Malaysia

Assalamualaikum....

KLA telah memutuskan untuk menyertai Cabaran November #1 yang di anjurkan oleh blogger Coretan Hati Khaty  . Ayuh kawan-kawan blogger kita sertai Cabaran November #1.


Cabaran November #1 - 11 Tempat Ingin Di Lawati Di Malaysia

SATU - Pulau Langkawi
KLA pernah pergi Pulau Langkawi tetapi itu semasa KLA sekolah rendah.Semasa itu,burung helang besar masih belum wujud.Sekarang teringin pergi lagi untuk melihat perubahan yang sudah berlaku di Pulau Langkawi

DUA - Pulau Perhentian
Walaupun KLA ni orang Terengganu,tetapi belum pernah lagi berpeluang berkunjung ke Pulau Perhentian.Buat malu aje kan.Tapi biasa lah,suka menangguh sahaja pergi bila di tempat sendiri.

TIGA - Legoland
Sejak Taman Legoland dibuka untuk orang ramai,KLA belum lagi berpeluang berkunjung ke Johor.Teringin juga untuk ke Legoland.Macam cute aje lego-lego bina menjadi pelbagai bentuk.Siapa nak sponsor tiket Legoland kat KLA?

EMPAT - Taman Negara
KLA juga suka berkunjung ke tempat-tempat yang adventure seperti hutan,gua.Bukan apa,KLA suka menguji ketahanan dan kekuatan diri KLA bila berada di tempat sebegini.

LIMA - Labuan
Memandangkan KLA pernah ke Sabah dan Sarawak,KLA teringin juga ke Labuan.Walaupun orang cakap Labuan tiada apa yang menarik,tetapi KLA tetap berminat untuk ke sana.Lagi seronok rasanya kalau pergi menaiki feri dari KK

ENAM - Melaka
Sememangnya Melaka sudah tidak asing lagi untuk KLA.Tak pasti kenapa KLA suka sangat di Melaka.Sebenarnya sudah banyak kali berkunjung ke Melaka.Kali terakhir KLA ke Melaka pun pada tahun lepas.Cuma,KLA belum berpeluang untuk menaiki Taming Sari.So,KLA teringin untuk ke sana untuk menaiki Taming Sari.

TUJUH - Tawau
Di Sabah,KLA pernah ke KK,Ranau,Kundasang,Tuaran,Semporna dan Lahad Datu.Walaupun ada lagi tempat-tempat lain yang belum KLA pergi di Sabah,tapi satu tempat yang KLA ingin pergi di Sabah ialah Tawau.Menikmati makanan laut  dan melawat tempat-tempat menarik di sana.

LAPAN - Port Dickson
KLA belum pernah pergi ke Port Dickson.Biar Betul?Itu lah hakikatnya.Di Port Dickson,KLA ingin berkunjung ke Grand Lexis Port Dickson.Berada di rumah atas air dan disamping melakukan aktiviti renang secara privasi.



SEMBILAN - Bukit Tinggi
Ini Bukit Tinggi di Malaysia ye.Jangan tertukar dengan Bukit Tinggi Indonesia pula.Suka tengok bangunan-bangunan serta tempatnya yang ala-ala english dan tempatnya yang seperti di luar negara.
InsyaAllah,akan sampai juga KLA ke situ.

SEPULUH - Bukit Fraser
Sama seperti Bukit Tinggi,KLA ingin ke Bukit Fraser sebab tempatnya yang cantik ala-ala berada di luar negara.Boleh berangan ketika bergambar di sana.

SEBELAS - Bukit Larut
KLA teringin menikmati panorama tempatnya.Tapi mungkin KLA naik ke Bukit Larut dengan menaiki jip dan bukannya secara mendaki.Ahak,tak mampu ler kalau nak mendaki ye...;) 

Susah juga nak senaraikan tempat yang dilawati tetapi bila buat senarai macam ni,boleh lah KLA rancang percutian untuk berkunjung ke tempat-tempat di atas.Kalau ada yang nak bercuti bersama-sama dengan KLA boleh juga.Ada lah juga KLA member untuk melancong.




Susahnya Hendak Berdisplin

Assalamualaikum...

Sudah lama rasanya KLA tak berkata-kata.

Sekarang sudah November,lepas itu Disember,lepas itu lagi Januari,maka bermula lah tahun baru.Ini bermakna lagi dua bulan sebelum masuk tahun baru.Apa yang dah terjadi pada tahun 2014?Adakah kehidupan anda semakin baik?Harap apa yang anda impikan dalam tahun 2014 dah tercapai atau hampir tercapai.

Susahnya Hendak Berdisplin

Sebenarnya KLA hendak bercerita tentang susahnya hendak berdisplin dengan sesuatu hal itu.Mungkin kerana kita mudah selesa dengan sesuatu hal atau tiada usaha untuk melakukannya?

Kisahnya KLA nak amalkan makan supplement setiap hari,tapi selalu terlupa.Tak pasti pula sebab terlupa atau tak ada displin.

Begitu juga hasrat KLA yang hendak post entri blog ini banyak-banayk,Asyik tak sempat nak mengarang.Ini pun KLA tak pasti sebab tak sempat atau tiada displin.

Cuma apa yang KLA rasa,dua-dua masalah ini sebab kurang displin.Susah betul untuk KLA lakukan dua perkara ini.

Siapa boleh bagi cadangan apa cara yang boleh membantu KLA untuk mendisplin kan diri untuk melakukan perkara di atas.HELP ME!!



Good Luck Calon SPM 2014

Good Luck Calon SPM 2014,Peperiksaan SPM

Sunday, 2 November 2014

Mini Lucky Draw Blog XDramaQueen


Jom ramai-ramai serta Mini Lucky Draw blog XDrama Queen

Segmen By Dayang Deno #2



Jom ramai-ramai kita sertai segmen ini

Due Date : 20 November 2014