Assalamualaikum....
Sejak akhir ini,berat KLA semakin naik.Jika tidak di ambil berat,boleh membahayakan.Pada mulanya,KLA tak perasan sangat yang berat badan naik,tapi bila asyik mahu beli baju,sudah tidak boleh pilih saiz M..Sungguh mendukacitakan.
Sebelum ini,KLA pernah ler dengan orang duk bercerita tentang diet atkins.Apa lagi,KLA pun tengok lah dengan
facebook diet atkins,Diet Atkins ialah membantu seseorang untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan.Dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat,badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api.Ini bererti berat badan akan menurun.
Sungguh mencabar juga proses permulaan di mana KLA tak boleh makan nasi...Banyak juga senarai apa yang tidak boleh makan...huhuhuuuTapi bila KLA tengok resepi diet atkins...eh,itu juga makanan kegemaran KLA.Masak ala-ala western.So,mungkin boleh untuk KLA ikut larangan diet atkins.KLA akan cuba ikut arahan diet atkins seboleh yang mungkin.Lagipun,berat KLA bukannya paras membimbangkan.Cuma kalau tak jaga,ianya boleh mencapai berat yang membimbangkan....Kan mencegah lebih baik daripada berubat.Baik beringat sebelum terlambat....peace...
Harap sukses ler yer....InsyaAllah...