Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Friday 8 November 2013

Yakin Diri

yakin diri,kata mutiara,kata pujangga,kata hikmah

Thursday 7 November 2013

Awas!!

Kata Mutiara,Kata Pujangga,Kasihlestariabadi,awas



Wednesday 6 November 2013

Intelektual

Intelektual,kata mutiara,kata hikmah,pujangga,KasihLestariAbadi

Tuesday 5 November 2013

Lumrah...


Segmen : Listing Your Blog Here!!!


(Klik banner untuk join)

Due Date : 10 November 2013

Monday 4 November 2013

Rahsia Pemakanan Anak Pintar

Assalamualaikum...hye

Setiap ibu bapa sememangnya menginginkan anak pintar.Untuk memiliki anak pintar,ianya bukan lah  bermula dengan pembelajaran di sekolah,tetapi bermula dengan pemakanan.Kajian telah menunjukkan 90% kepintaran anak bermula sejak dalam kandungan lagi.

Rahsia pemakanan anak pintar,Khasiat,Merangsang Otak Bayi

Ketahui,makanan merupakan sumber yang penting dalam merangsang otak bayi.Makanan - makanan yang digalakkan makan ketika hamil supaya dapat merangsang otak bayi dalam kandungan ialah:

1) Madu - Di dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan madu merupakan makanan yang berkhasiat di mana ianya mengandungi pelbagai jenis vitamin,mineral,protein,antiseptik dan enzim yang berdaya untuk meningkatkan kecergasan mental dan ingatan individu.

2) Kismis - Kismis mengandungi zat besi yang berfungsi untuk membina darah supaya bekalan oksigen mencukupi untuk disalurkan ke otak.Ini mampu membina otak anak anda yang genius.

3) Susu Segar - Susu berfungsi merangsang otak,menajamkan fikiran,membekalkan tenaga daripada sudut fizikal dan mental.Ia juga berfungsi untuk pertumbuhan otak dan badan.

4) Telur - Telur mampu menambah kecerdasan otak di mana ianya mengandungi kekuatan protein protein,mineral,vitamin,kalsium,magnesium,fosforus,kalium,sulfur,natrium,klorin,zat besi,air dan bahan-bahan aktif.

5) Kurma - Kurma kaya dengan sumber zat galian dan vitamin seperti A,B,B1,vitamin C dan E.Ianya dapat membantu memanaskan badan dan mencerdaskan otak serta membantu tumbesaran kanak-kanak.

6) Buah Delima - Buah ini boleh menjadi penerang hati.

7) Kekacang - Kacang seperti gajus,soya,pistachio dipercayai berkesan dalam meningkatkan kecerdasan otak.Ia mengandungi nilai protein yang tinggi.Di samping turut memberi kekuatan pada perkembangan genius kanak- kanak.

8) Labu - Labu berfungsi menambah keupayaan fikiran dan akal.

9) Minyak Sapi - Minyak sapi membekalkan otak yang genius.Biasakan dengan masak menggunakan minyak sapi.

10) Sayur-sayuran - Sayur-sayuran dan buah-buahan begitu kaya dengan vitamin yang membantu meningkatkan daya ingatan.

Ketahui juga info tentang ROKOK


Tuntut lah Ilmu...



Sunday 3 November 2013

Lagi Koleksi Fridge Magnet

Assalamualaikum....

Dah lama rasanya KLA tak tambah koleksi fridge magnet.Last week KLA ada beli fridge magnet baru di facebook Faizul Hafiz . Murah dan Cantik...


KLA suka kumpul fridge magnet nih coz ianya cute dan cantik...KLA tak suka kumpul yang nama-nama tempat.Tapi tak bermakna KLA tak beli nama-nama tempat.KLA beli juga tapi dengan syarat,KLA dah jejak tempat itu.

KLA lebih berminat pada fridge magnet bentuk-bentuk barang seperti gambar di atas...Nanti KLA tunjuk lagi antara koleksi-koleksi KLA...SMILE...