Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Friday 22 August 2014

1st Giveaway By Melangkau Garisan With Love


DUE DATE : 13 September 2014

(Tekan banner untuk join)

Mega Giveaway Anak Merdeka Malaysia

Klik Banner Untuk Join

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah... setelah sebulan lebih perancangan, akhirnya dapat juga saya lancarkan buat julung kalinya Mega Giveaway 2014. 

Give Away ini adalah sempena bulan kelahiran saya dan anak merdeka Faiqah iaitu pada tanggal 31 Ogos. Mega Give Away ini dianjurkan oleh pemilik blog ini dan ditaja oleh ramai blogger untuk mencari ramai pemenang. 

Mega Give Away ini ditaja oleh:

Tempoh:
03 Ogos 2014  hingga 16 September 2014 [23:59PM]

Hadiah:
Cash RM30
Cash RM20
Cash RM20
1 Naskah al-Quran
Buku terbitan Ana Muslim 
Buku Agama x 1 Pemenang
Kain Ela 2Meter Warna Plain
Wallet Sophie Paris
Wallet
Widescreen Sticker
Voucher RM5 untuk barang preorder di Cayesha
Brooch
2 Car Perfume
Keychain Sarawak
EXO-M Postcard
Bookmark dan Keychain
Topup RM10 x 2 
Topup RM10 x 2
Topup RM10 x 2 
Topup RM10 x 1 
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 1
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 2 
Topup RM5 x 2 
Header Blog x 2 
Watermark x 5 
Review Blog x 2
Hadiah Misteri x 2 

Cara Buat Duit Melalui Giveaway

Assalamualaikum...

Entri kali ini,KLA nak sembang pula pasal buat duit melalui penyertaan giveaway.Hinggakan ada para blogger yang menjadikan hobi dengan menyertai pelbagai giveaway. Boleh ketagih tau dengan giveaway ni.

Para blogger semua mesti sudah tahu apakah yang dimaksudkan dengan giveaway kan? Kebiasaannya owner blog akan menawarkan giveaway dalam tempoh tertentu untuk disertai oleh semua para blogger dengan syarat-syarat tertentu. Untuk menarik ramai penyertaan,owner blog akan menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi termasuklah hadiah wang tunai,voucher dan produk fizikal.Tapi,anda jangan fikir,hadiah selain wang tunai itu tidak membantu pendapatan anda.Contohnya seperti memenangi hadiah topup,sekurang-kurangnya jimat duit anda pada bulan tersebut kerana telefon anda sudah di tambah nilai oleh penaja giveaway tersebut.

Sebenarnya,giveaway adalah pertandingan yang sihat di mana ianya akan memberi kebaikkan kepada semua pihak yang terlibat samaada pihak penganjur,penaja dan juga peserta.

Pihak penganjur boleh mendapat manfaatnya melalui trafik yang datang ke blog beliau. Ramai para blogger yang akan berkunjung ke blog untuk menyertai giveaway disamping menziarahi blog tersebut. Secara tidak langsung,ianya dapat mempromosikan blog.

Penaja pula biasanya akan menaja sesuatu giveaway untuk mempromosikan blog atau produk jualannya.Cara promosi ini juga boleh mengandakan hasil jualan sesuatu produk itu.

Untuk para peserta sudah semestinya hadiah yang dimenangi itu lah pulangan yang akan anda dapat.Lebih menguntungkan lagi jika hadiah yang dimenangi ialah berbentuk wang tunai.


KLA ada menawarkan satu giveaway untuk disertai oleh semua.Mana tahu jimat duit topup anda bulan ini bila memenangi hadiah daripada giveaway ini.Tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa tahu kan.....;) Jom join...

( Klik banner untuk join)


Hari Berkabung Malaysia

hari berkabung,Malaysia,MH17,Sedih





Thursday 21 August 2014

Cara buat duit secara dropship

Assalamualaikum...

Dropship merupakan salah satu cara buat duit tanpa modal.

Dropship adalah salah satu cara perniagaan iaitu di mana anda menjual produk tanpa menyimpan produk tersebut.Maksudnya,anda menjadi orang tengah.Caranya ialah,anda mempromosikan produk tersebut hingga mendapat jualan.Apabila anda dapat buat jualan,pesanan jualan tersebut akan diberikan kepada pembekal dan pembekal yang akan bertanggungjawab menguruskan penghantaran produk tersebut kepada pelanggan.

Gambarajah di bawah dapat memberi lebih pencerahan:

Dropship,Buat duit,tanpa modal,affiliate

Kebaikkan sistem dropship :
~~ Tidak perlu menyimpan stok
~~ Tidak mengalami kerugiaan jika stok  tidak terjual.
~~ Tidak perlu modal kerana anda menggunakan duit yang dibayar oleh pelanggan 
      untuk membayar kepada pembekal
~~ Tidak perlu susah-susah untuk ke pejabat pos.Pembekal yang akan uruskan.

Sebelum anda membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan secara dropship,sebaik-baiknya anda menkaji terlebih dahulu sistem ini dengan cara :

#1 – Menkaji pasaran terkini sebelum menjual.Anda perlu mencari produk yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran.Ini kesilapan yang selalu dibuat oleh orang ramai dengan tidak memilih produk yang mempunyai permintaan tinggi.

#2 – Apabila sudah mengetahui produk apa yang hendak dijual,cari pembekal yang membekal produk tersebut secara dropship.Terdapat pembekal yang mengenakan bayaran untuk menjadi agen dropship,tetapi  anda tidak perlu risau kerana terdapat juga yang menawarkan secara percuma.Anda pilih yang percuma okey!

#3 – Anda perlu menentukan peratus keuntungan yang dapat.Jangan lah,anda hanya mendapat keuntungan yang kecil hingga merasakan pulangan tersebut tidak berbaloi.Bandingkan juga harga jualan produk anda dengan pesaing supaya harga tersebut tidak ketara berbeza.Letakkan sasaran keuntungan 20-50%.

#4 – Promosi dengan cara betul dan bersungguh-sungguh.Anda perlu lah melakukan promosi  secara berterusan untuk mendapatkan jualan.Mungkin anda boleh melakukan promosi jualan di laman sosial seperti facebook,twitter,instgram dan sebagainya.

Semoga info  yang dikongsi ini mampu membuka minda disamping menjadi garis panduan untuk menarik minat anda dan terus maju dalam perniagaan tanpa mengeluarkan modal ini.


P/S: Ebook Master Dropship dalam 30 Hari sesuai untuk sesiapa yang ingin menjadi pakar dalam bidang perniagaan dropship.KLIK DI SINI




Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Assalamualaikum....

KLA nak kongsi lirik lagu 'Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' iaitu lagu tema untuk Hari Merdeka yang ke 57...

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta,Merdeka,2014,57


Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi

Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya

Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu

Chorus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang

Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Ayuhlah berbakti

Hingga akhirnya

Nyanyian : Bob Yusof
Ciptaan/Penulis Lirik : Sharon Paul/Ahmad Fedtri Yahya


Wednesday 20 August 2014

Segmen Raya 2014 By Bella Din


( Klik banner untuk join)


4 Strategi Buat Iklan Di Facebook Ads

Assalamualaikum....

BUAT YANG BERMINAT DENGAN PERNIAGAAN ONLINE

Siapa yang pernah membuat iklan di Facebook Ads?Apakah tujuan kita membuat Facebook Ads?

Adakah untuk mengumpul LIKE?Atau,meningkatkan jualan melalui Facebook Ads.

Tidak kira apa yang kita buat semasa membuat iklan di Facebook Ads,kita perlu ada 4 strategi buat iklan di Facebook Ads


=========================
                 Strategi #1
=========================
Buat iklan Facebook Ads untuk pelanggan menelefon nombor kedai atau bisnes kita.Strategi ini digunakan untuk merapatkan lagi hubungan di antara pelanggan dan pemilik produk .Kerana,pelanggan mendapat 'personal touch' secara langsung dari pemilik produk apabila bertelefon

=========================
                 Strategi #2
=========================
Buat iklan Facebook Ads untuk mempromosikan kedai fizikal.Tujuan promosi adalah untuk memberitahu pelanggan supaya datang ke kedai pemilik bisnes.Kerana lokasi atau tempat yang susah dicari,pemilik bisnes membuat iklan di Facebook Ads untuk menambah bilangan pelanggan yang datang.

=========================
                 Strategi #3
=========================
Buat iklan Facebook Ads untuk mengumpul maklumat pelanggan.Dengan cara,berikan pelanggan produk percuma  sebagai balasan mereka memberi maklumat diri seperti nama,nombor telefon,alamat rumah dan emel.
Strategi ini adalah strategi jenis jangka masa panjang .Di mana,kita boleh mempromosikan produk kita sepanjang masa.Strategi ini sesuai untuk semua jenis produk.Hanya perlu dapatkan maklumat pelanggan sahaja.

=========================
                  Strategi #4
=========================
Buat iklan Facebook Ads untuk membeli secara online.Ramai peniaga atau usahawan membuat strategi ini.Strategi ini bertujuan untuk menambah bilangan jualan dan meningkatkan keuntungan bisnes.Hal ini kerana,pengiklanan di Facebook Ads mempercepatkan proses membuat jualan berlaku dengan pantas secara atas talian.

>> MAHU TINGKATKAN JUALAN?<<

Teknik ini sesuai menggunakan Facebook Ads dengan teknik terbaru.Dengan teknik ini,anda dapat :
             ~~ Meningkatkan jualan 2 ke 3 kali ganda daripada jualan biasa.
             ~~ Memperoleh pelanggan baru
             ~~ Mempunyai sistem POWER yang melancarkan lagi perjalanan bisnes anda.
             ~~ Buat pelanggan teringat-ingat dengan produk anda

Semuanya anda boleh pelajari di dalam Seminar Facebook Extra ini.
Klik untuk mendaftar  ==> http://bit.ly/facebookextra


PS:// Tidak ramai yang tahu tentang teknik terkini ini.Dan,tidak akan ramai yang tahu tentang teknik ini kerana tidak didedahkan kepada orang ramai.Hanya orang yang terpilih sahaja yang akan tahu teknik ini.Jadi tempah tiket anda SEKARANG!!

                                        http://bit.ly/facebookextra