Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Monday 25 March 2013

9 Cara Jimat Duit

Tengah bulan aje,mesti ramai yang duk fikir macam ni kan....
Bila nak gaji nih....duit dah nak kering....

Menunggu duit masuk berminggu-minggu...tapi bila duit dah masuk,2 @ 3 hari aje dah habis...biasa terjadi kan?huhuuhuuuu....


Meh kali ni nak kongsi cara-cara atau kelakuan anda yang boleh menjimatkan duit anda...Ayuh kita lihat....

1. Simpan duit syiling
Jangan guna duit syiling!Simpan semua duit syiling dalam bekas khas.Guna duit kertas sahaja.Kalau ada baki perbelanjaan dalam bentuk duit syiling,terus simpan.Anda akan merasai kebenaran sikit-sikit,lama-lama menjadi bukit.

2. 30 hari tanpa kad kredit
Simpan kad kredit di rumah dan tidak bawa keluar.Gunakan tunai sahaja sekiranya pergi membeli belah.Ianya boleh melatih anda say good bye pada kad kredit...

3. Jual sesuatu
Tengok dalam rumah anda...ada barang yang dah tak diperlukan.Jangan buang...anda boleh jual barang-barang tersebut di mudah.my,ebay.com.my atau lelong.com.my

4. Bulan keperluan
Bulan ini jangan membeli sebarang barangan bukan keperluan.Hanya beli barangan makan minum untuk dapur sahaja.Ini boleh memberi impak penjimatan yang amat tinggi kepada anda

5. Bawa bekal ke tempat kerja
Bawa bekal dari rumah ke pejabat.Elak daripada membeli sarapan,makan tengah hari dan minum petang di pejabat.Kos makanan agak tinggi dibandingkan jika anda menyediakan makanan dari rumah.Jimat kan...

6. Runding harga
Lakukan tawar menawar.Jika anda ingin membeli sesuatu,jangan terus beli,lakukan rundingan harga dengan penjual.Cuba dapatkan harga rendah.

7.Tunggu seminggu
Sekiranya ingin membeli sesuatu,tunggu satu minggu.Mungkin anda merancang membeli sesuatu yang anda inginkan atau idamkan hujung minggu ini.Tunda pembelian itu ke minggu hadapan.Ini akan membuatkan anda lebih berfikir sebelum membeli.

8. Makan di rumah
Elak daripada makan di luar.Masak dan makan di rumah.Ini boleh juga mengeratkan ikatan kekeluargaan...

9.Usah keluar
Perbelanjaan untuk keluar sememangnya tinggi.kos minyak,parking,makan....Apa kata anda tak perlu keluar.Jika kawan ajak jumpa,ajak kawan itu datang berjumpa di rumah...jimat oh jimat...



10 comments:

  1. tips yag bagus ni . tq share ye. Done follow sini back juga 319

    ReplyDelete
  2. asslm..ziarah n follow sini..bagus jgk tips ni

    ReplyDelete
  3. Assalam...selalunya SA akan simpan semua duit kertas jumlah yang kecik2 serta duit syiling..cukup bulan check...wallawei...ada RM300....ini sudah bagus...hehehehe....salam kenal..i follow you ..

    ReplyDelete
  4. ooppss..saya pulak jenis y suka bayor duit cukup2 kalau berbelanja..selagi syiling ada dlm beg duit..

    ReplyDelete
  5. No 5 tu memang hari2.... =D
    Lain... Errrrrrrr.....
    Ada yang susah nak kekang... =D

    ReplyDelete
  6. biase nyer duit syiling tu mmg sy simpan..buat bayr tol.kad kedit mmg xpakai, menabung tu PASTI tp bab beli barang tu mcm susah sikit sbb semua rase mcm perlu jer.. :)

    ReplyDelete
  7. wah,boleh try ni..nice sharing

    ReplyDelete