Dalam proses membesar anak-anak,kemesraan bersama mereka amatlah penting.Sesibuk mana pun anda mencari rezeki,luangkan lebih banyak masa bersama bayi anda terutamanya ketika bayi berusia empat hingga tujuh bulan.Menurut kajian,ketika usia ini,bayi sudah mengetahui namanya dan memahami anda sedang bercakap dengannya.Interaksi secara lembut bagi membina hubungan dengan bayi anda.
Tips dan panduan untuk tingkatkan kemesraan anda dan bayi anda...
~~Bergurau dengan mengeletek badannya.Sentuhan ibu membuatkan si kecil gembira.
~~Cakap dan ketawa bersama dengan bercakap dengan bayi sambil disulami dengan ketawa.Bayi akan merasa seronok bila melihat wajah ceria ibu bapanya.
~~Panggilan manja untuk si kecil seperti "sayang anak ibu".Lakukan sambil memegang tangan dan menatap wajahnya.Ulangi beberapa kali supaya si kecil tahu anda menyayanginya.
~~Lakukan mimik muka lucu seperti bulatkan mata,mulut untuk menarik perhatian bayi anda.
~~Senyum dan puji lah bayi anda sambil dekatkan wajah kepadanya sehingga tangan anda menyentuh wajahnya.
~~Berikan barang permainan dengan memilih warna yang terang dan menarik untuk menceriakan bayi anda.
~~Bermain dengan bayi anda dengan mainan ba ba cak kerana bayi suka permainan sebegini.
~~ Memberi ciuman manja pada seluruh anggota badan sambil mengangkat badannya le atas.Cium di bahagian perutnya.
~~Goyang kepala ke kiri dan kanan dengan perlahan sambil sambil menyentuh tangan dan kakinya.Pastikan bayi anda akan merasa tenang dengan sentuhan anda.
~~Pasang muzik dan menari bersama bayi anda.Dukung bayi dan pegang tangannya dan mula menari.Pergerakkan yang anda lakukan bersamanya pasti membuat si bayi gembira.
No comments:
Post a Comment