Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Saturday 9 March 2013

Apa itu motor halus?

Asyik post entry resepi aje...Kali ni aku nak sembang pasal kanak-kanak lak...
Ada segmen mengenai kanak-kanak coz aku kerja di taska.So,sambil aku study ilmu kanak-kanak tuh,aku kongsi ler sekali kat sini


Motor halus merupakan salah satu kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan,jari-jari tangan,jari kaki,kaki,bibir dan lidah.Ianya juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dengan koordinasinya dengan mata.

Kemahiran kanak-kanak menggunakan gerakan tangan dan jari untuk melakukan sesuatu aktiviti dinamakan ‘dexterity’. Kemahiran ini turut melibatkan kebolehan mengkoordinasi mata dengan otot kecil tangan. Kemahiran ini paling banyak digunakan dalam proses tumbesaran kanak-kanak. Semasa kecil kanak-kanak telah mula belajar untuk memegang sesuatu pada tapak tangan mereka. Perkembangan ini berterusan sehingga mereka dapat menulis, melukis atau melakukan tugasan seperti memasang butang baju atau mengikat tali kasut dengan baik.


Aktiviti-aktiviti yang mampu meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak:

~~main tanah liat, pasir, air dan cat air
~~meniru cara haiwan 4 kaki bergerak (merangkak)
~~menolak kereta sorong
~~memicit tiub atau botol
~~mengangkat beg, bakul atau kotak (dengan beban yang sesuai)
~~bermain tarik tali
~~memasang dan mencabut sepit pakaian
~~menggunakan sudu, penceduk, senduk untuk memindahkan bahan
~~menyanyi dengan gerak tangan
~~membuka/menutup botol
~~menjahit kadbod atau membuat rantaian manik
~~bermain lego/blocks
~~mengutip duit syiling, butang, kad
~~menguis tutup botol

1 comment: