Assalamualaikum.....
Ntah macam mana KLA boleh terlayan slot akasia ni...KLA jarang tengok tv sebenarnya...minat KLA lebih kepada internet...buat apa-apa saja yang berkaitan internet...
Sinopsis Drama Aku Isterinya
Mya Arlissa
terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang
kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya
ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup
berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya
dan menjadi buruan ramai wanita.
Dua tahun
menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan
dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang
menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis
membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari
ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu,
dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.
Sampai
kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam
diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin
berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.
Mengapa
membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh
dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?
Jom sama-sama layan drama Aku Isterinya lakonan Anzalna dan Izzue Islam
cik siti pun minat cite nie
ReplyDelete