Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Monday 3 November 2014

Cabaran November #1 - 11 Tempat Ingin Di Lawati Di Malaysia

Assalamualaikum....

KLA telah memutuskan untuk menyertai Cabaran November #1 yang di anjurkan oleh blogger Coretan Hati Khaty  . Ayuh kawan-kawan blogger kita sertai Cabaran November #1.


Cabaran November #1 - 11 Tempat Ingin Di Lawati Di Malaysia

SATU - Pulau Langkawi
KLA pernah pergi Pulau Langkawi tetapi itu semasa KLA sekolah rendah.Semasa itu,burung helang besar masih belum wujud.Sekarang teringin pergi lagi untuk melihat perubahan yang sudah berlaku di Pulau Langkawi

DUA - Pulau Perhentian
Walaupun KLA ni orang Terengganu,tetapi belum pernah lagi berpeluang berkunjung ke Pulau Perhentian.Buat malu aje kan.Tapi biasa lah,suka menangguh sahaja pergi bila di tempat sendiri.

TIGA - Legoland
Sejak Taman Legoland dibuka untuk orang ramai,KLA belum lagi berpeluang berkunjung ke Johor.Teringin juga untuk ke Legoland.Macam cute aje lego-lego bina menjadi pelbagai bentuk.Siapa nak sponsor tiket Legoland kat KLA?

EMPAT - Taman Negara
KLA juga suka berkunjung ke tempat-tempat yang adventure seperti hutan,gua.Bukan apa,KLA suka menguji ketahanan dan kekuatan diri KLA bila berada di tempat sebegini.

LIMA - Labuan
Memandangkan KLA pernah ke Sabah dan Sarawak,KLA teringin juga ke Labuan.Walaupun orang cakap Labuan tiada apa yang menarik,tetapi KLA tetap berminat untuk ke sana.Lagi seronok rasanya kalau pergi menaiki feri dari KK

ENAM - Melaka
Sememangnya Melaka sudah tidak asing lagi untuk KLA.Tak pasti kenapa KLA suka sangat di Melaka.Sebenarnya sudah banyak kali berkunjung ke Melaka.Kali terakhir KLA ke Melaka pun pada tahun lepas.Cuma,KLA belum berpeluang untuk menaiki Taming Sari.So,KLA teringin untuk ke sana untuk menaiki Taming Sari.

TUJUH - Tawau
Di Sabah,KLA pernah ke KK,Ranau,Kundasang,Tuaran,Semporna dan Lahad Datu.Walaupun ada lagi tempat-tempat lain yang belum KLA pergi di Sabah,tapi satu tempat yang KLA ingin pergi di Sabah ialah Tawau.Menikmati makanan laut  dan melawat tempat-tempat menarik di sana.

LAPAN - Port Dickson
KLA belum pernah pergi ke Port Dickson.Biar Betul?Itu lah hakikatnya.Di Port Dickson,KLA ingin berkunjung ke Grand Lexis Port Dickson.Berada di rumah atas air dan disamping melakukan aktiviti renang secara privasi.



SEMBILAN - Bukit Tinggi
Ini Bukit Tinggi di Malaysia ye.Jangan tertukar dengan Bukit Tinggi Indonesia pula.Suka tengok bangunan-bangunan serta tempatnya yang ala-ala english dan tempatnya yang seperti di luar negara.
InsyaAllah,akan sampai juga KLA ke situ.

SEPULUH - Bukit Fraser
Sama seperti Bukit Tinggi,KLA ingin ke Bukit Fraser sebab tempatnya yang cantik ala-ala berada di luar negara.Boleh berangan ketika bergambar di sana.

SEBELAS - Bukit Larut
KLA teringin menikmati panorama tempatnya.Tapi mungkin KLA naik ke Bukit Larut dengan menaiki jip dan bukannya secara mendaki.Ahak,tak mampu ler kalau nak mendaki ye...;) 

Susah juga nak senaraikan tempat yang dilawati tetapi bila buat senarai macam ni,boleh lah KLA rancang percutian untuk berkunjung ke tempat-tempat di atas.Kalau ada yang nak bercuti bersama-sama dengan KLA boleh juga.Ada lah juga KLA member untuk melancong.




3 comments: