Aku tengok kat fb,blog,ramai yang duk sembang pasal best citer Istanbul Aku Datang...Buat aku tertanya-tanya jugak,best ke?aku nih kurang skit tengok citer filem nih...Dalam setahun tu,belum tentu aku jejak masuk tengok wayang.
Bila semua orang duk sembang kata best...mana boleh aku ketinggalan...nak tengok kat wayang,jauh lak...dah ler takde member.But kat astrofirst ada kan?hehehheeee.........
Sebelum aku beli kat astrofirst,tergerak hati aku nak tengok kat youtube ada ke tak...
Ada tak?huhuuhuhuuu....Alhamdulillah...ADA
So...Layan ler ISTANBUL AKU DATANG.....
Sinopsis:
Istanbul Aku Datang mengisahkan perjalanan seorang gadis
yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya, Dian lakonan Lisa
Surihani yang sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat kepada kekasih
hatinya, Farouk lakonan Tomok yang juga pelajar jurusan kedoktoran di
universiti di sana.
Dalam diam, niat Dian yang juga seorang penulis blog
mengimpikan sebuah kebahagiaan dan keputusan yang akan mengundang seribu senyuman
kepadanya, kononnya Farouk akan nampak kesungguhannya dan mengambil keputusan
untuk berkahwin dengannya.
Namun bagai kata pujangga dan pemahaman realistik yang kita
tidak mampu mengubah takdir atau meneka apa yang sudah disuratkan kepada kita,
segala impian dan objektif Dian itu semuanya tidak mengikut apa yang
difikirkan.
Dian bagai merentasi sebuah pengalaman berbeza yang akhirnya
menemukannya pula dengan seorang lagi lelaki juga pelukis, Harris lakonan Beto.
Pertemuan mereka yang awalnya memberikan ketegangan dan
konflik bagaimanapun akhirnya memberikan satu keserasian. Dian tidak sedar yang
kini dirinya berdepan kemelut kekasihnya, Farouk yang cemburu dan Harris yang
mula mencerminkan sebuah kebahagiaan.
Dian keliru namun semua yang berlaku hanya mematangkannya
dan memberikannya ruang untuk membuat keputusan terbaik untuk dirinya sendiri.
Siapa pilihan Dian?Tonton ler Istanbul Aku Datang...Terbaik!!!!
D....Publish...;)