Jom Follow!!
CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu
Sunday, 31 March 2013
Saturday, 30 March 2013
Rendang Ayam
Sebelum nih resepi simple aje...kali nih resepi berat skit...huhuhuh
First time cuba masak rendang....kebetulan my staff kata lama dah tak makan rendang...so aku pun cuba ler masak....takde ler susah sangat pun...Alhamdulillah menjadi gak....;)
Bahan-bahan:
1 Ekor ayam
2 ulas bawang merah (size sederhana besar)*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
4 batang serai*
6 helai daun kunyit-dihiris halus2
1 sudu kunyit serbuk
3 keping asam keping
7-8 tangkai cili kering*
2 sudu kerisik
1 kotak santan
garam
Cara-cara:
~~Kisar bahan-bahan yang bertanda *
~~Masukkan ayam,santan,bahan-bahan kisar,asam keping,daun kunyit,kunyit,kerisik ke dalam kuali dan kacau di atas api sederhana sehingga sedikit basah...
~~Jangan lupa juga masukkan garam.
Aku masak cara senang dan simple...;)
Kanak-kanak & gunting
Hye....Kemahiran motor halus amat penting dalam pembelajaran kanak-kanak.Antara salah satu kemahiran motor halus ialah menggunting.
Asas dalam melatih kanak-kanak mengguna gunting ialah:
~~Ajar anak anda cara memegang gunting dengan betul dan bagaimana untuk membuka dan menutup mengendalikan gunting.Kemudian,suruh anak anda memasukkan jari ke gunting dan buat gerakan seperti menggunting...gunting angin.
~~Buat gunting secara bebas...iaitu dengan menggunting straw,surat khabar,playdoh,majalah
~~Selepas anak anda boleh menggunting,baru ler ajar mereka menggunting dengan mengikut garisan objek.
~~Jangan lupa terangkan pada kanak-kanak akan bahayanya menggunakan gunting tanpa pengawasan orang dewasa.
*jangan pandang remeh pada kemahiran motor halus....kemahiran motor halus merupakan asas untuk kemahiran-kemahiran lain.
Friday, 29 March 2013
Kuey Teow Goreng
Antara mee,mee hoon,kuey teow aku lebih suka makan kuey teow....
Ntah ah tak tahu nape...kalau dapat kuey teow sup lagi yummy.....
Ahak!entry kali ini aku bukannya nak share resepi kuey teow sup...but kuey teow goreng...
Layan......
Bahan-bahan:
1 Bungkus kuey teow
1 cekak daun kucai
3 ulas bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih-ditumbuk
3-4 cili padi-ditumbuk
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cili kisar
Kerang
air
Cara-cara:
~~Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau
~~Masukkan cili kisar dan kacau hingga pecah minyak.Masukkan kerang
~~Kemudian masukkan kicap manis,kicap pekat,sos tiram.Tambahkan sedikit air.
~~Masukkan kuey teow dan gaul sehingga rata.Masukkan juga kucai dan sedikit garam.
~~Siap dan sedia dihidang....
...........;)
Wednesday, 27 March 2013
Sotong Goreng Kunyit
Kebetulan ada sotong dalam peti ais...So masak ler sotong goreng kunyit.
Bahan-bahan:
~3-4 ekor sotong saiz sederhana (Dilumur dengan serbuk kunyit)
~2 biji bawang merah-ditumbuk
~1 biji bawang putih-ditumbuk
~1 biji bawang besar-potong bulat
~1 inci halia-dihiris
~3-4 cili padi
~1 sudu sos tiram
~Garam
~Air
Cara-cara:
~~Tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau
~~Masukkan sotong
~~Kemudian masukkan air dan sos tiram
~~Masukkan juga halia,cili,bawang besar,garam
~~Siap dan sedia dihidangkan...
Yummy...;)
Amalan ketika anak sedang tidur
Jika biji benih,kita semai dengan baik,kita bajai dengan baja yang baik,kita sirami dengan air dan jaga dengan penuh kasih sayang,pasti ada ganjaran untuk kita di kemudian hari.
Jika pokok buah pasti akan berbuah dengan banyaknya dan jika pokok bunga pasti akan berbunga dengan mekar sekali.Begitulah juga dengan didikan kita untuk anak-anak,baik amalan dan didikan kita,In Sha Allah,anak-anak itulah yang akan membantu kita ke Syurga nanti....
Amalan yang boleh dilakukan ketika anak sedang tidur...
~~Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali.
~~Membaca surah al fatihah 1 kali,Alam Nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.
~~Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat,pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.
~~Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

Anak-anak ibarat kain putih...corak lah kain tersebut dengan warna warni...Semoga anak anda menjadi anak yang soleh/solehah pada masa akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)