Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Wednesday, 27 March 2013

Amalan ketika anak sedang tidur

Jika biji benih,kita semai dengan baik,kita bajai dengan baja yang baik,kita sirami dengan air dan jaga dengan penuh kasih sayang,pasti ada ganjaran untuk kita di kemudian hari.

Jika pokok buah pasti akan berbuah dengan banyaknya dan jika pokok bunga pasti akan berbunga dengan mekar sekali.Begitulah juga dengan didikan kita untuk anak-anak,baik amalan dan didikan kita,In Sha Allah,anak-anak itulah yang akan membantu kita ke Syurga nanti....


Amalan yang boleh dilakukan ketika anak sedang tidur...

~~Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali.

~~Membaca surah al fatihah 1 kali,Alam Nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

~~Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat,pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

~~Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

Anak-anak ibarat kain putih...corak lah kain tersebut dengan warna warni...Semoga anak anda menjadi anak yang soleh/solehah pada masa akan datang.

3 comments:

  1. Bagus entry ni...in Shaa Allah selalu diamalkan..

    ReplyDelete
  2. Singgah petang.. Done follow sini! ^^

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing. InshaAllah, menjadi amalan..

    ReplyDelete