Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Tuesday, 2 April 2013

Suka duka 2.4.2013

2 April 2013

Sebenarnya tarikh 2 April nih adalah kenangan dalam hidup aku...Tarikh nih pada 14 tahun yang lalu,aku kehilangan seorang sahabat.Aku rasa tanpa dia,mungkin aku tiada hala tuju hari ini...dan minat dan kerjaya aku sekarang ni pun adalah hasil keinginan dia...Kata-kata dan nasihat sebelum dia pergi menjadi kekuatan aku untuk mengharungi dugaan-dugaan yang mendatang....Awak,saya betul-betul rindukan awak sebagai sahabat saya....Al-Fatihah.

Dalam aku duk teringat tarikh 2 April nih,aku dapat berita (baca kat twitter) ke atas pemergian Puan Fauziah.Mungkin ada yang tahu atau ikut perkembangan beliau di blog :


Kisah pengorbanan seorang suami yang sanggup meninggalkan kerjaya demi menjaga isteri yang sakit.Berkorban segala-galanya demi orang yang disayangi.Tak boleh ku bayangkan perasaan En Abil sekarang bila kehilangan orang yang tersayang...Apa pun Al-Fatihah buat arwah Puan Fauziah.Semoga roh nya dicucuri rahmat dan semoga En Abil akan terus tabah dalam menghadapi dugaan ini...Dari Dia kita datang...Kepada Dia juga kita kembali...Al-Fatihah...

Hari ini aku betul-betul rasa murah rezeki...Pagi-pagi lagi dapat tajaan breakfast...ada orang bagi nasi lemak+meehoon....Tengah hari lak dapat bubur...petang lak dapat cheesecake...Syukur pada-Mu Ya Allah atas kurniaan rezeki ini....Alhamdulillah dan terima kasih atas semuanya....

Malam lak online dapat tahu menang dalam GA 'Qaseh Farra Giveaway'...Ingat kan satu hadiah...tapi rupanya menang dua lak tuh...Syukur...syukur..Alhamdulillah...




1 . Blog review by Qaseh Farra
2.Blog review by Sherlyanna Martin

Thanks a lot!



Monday, 1 April 2013

Apa itu kemahiran motor kasar?


Sebelum nih aku dah citer pasal kemahiran motor halus...
so kali nih aku nak cerita pasal motor kasar lak....


Kemahiran motor kasar adalah amat penting untuk pertumbuhan kanak-kanak.Kemahiran motor kasar ini melibatkan otot besar badan seperti anggota tangan,lengan,kaki atau keseluruhan badan yang membolehkan fungsi seperti berjalan,menendang,duduk tegak,mengangkat, dan membaling bola.Kemahiran motor kasar seseorang kanak-kanak bergantung kepada kedua-dua nada otot dan kekuatan.Nada otot yang rendah adalah ciri-ciri keadaan melumpuhkan seperti sindrom down,gangguan genetik atau otot atau gangguan sistem saraf pusat.

Pergerakkan motor kasar boleh ditingkatkan dengan melakukan pelbagai aktiviti.Aktiviti yang dirancang tersebut perlu melibatkan kanak-kanak melakukannya dalam keadaan yang berbeza keadaan kedudukan badan mereka.Kanak-kanak akan berasa seronok sekiranya aktiviti yang dirancang tersebut mencabar.

Aktiviti motor kasar haruslah melibatkan pergerakkan kaki dan tangan sepenuhnya.Antara aktiviti fizikal yang boleh meningkatkan kemahiran kanak-kanak ialah seperti berjalan,berlari,skipping,mengimbang badan,membaling dan meyambut bola.

Cerdas dan ceria bersama kanak-kanak.....

Sunday, 31 March 2013

Segmen Blogger Muslimah


(Klik banner )

Warna baju : Kuning
Warna Tudung : Ungu
Nickname: Lestari

Tag:







Ikhlas


Ikhlas dengan segala-segalanya...

Akan Datang!!!


Past and Future


Saturday, 30 March 2013

Rendang Ayam

Sebelum nih resepi simple aje...kali nih resepi berat skit...huhuhuh
First time cuba masak rendang....kebetulan my staff kata lama dah tak makan rendang...so aku pun cuba ler masak....takde ler susah sangat pun...Alhamdulillah menjadi gak....;)


Bahan-bahan:

1 Ekor ayam
2 ulas bawang merah (size sederhana besar)*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
4 batang serai*
6 helai daun kunyit-dihiris halus2
1 sudu kunyit serbuk
3 keping asam keping
7-8 tangkai cili kering*
2 sudu kerisik
1 kotak santan
garam

Cara-cara:
~~Kisar bahan-bahan yang bertanda *
~~Masukkan ayam,santan,bahan-bahan kisar,asam keping,daun kunyit,kunyit,kerisik ke dalam kuali dan kacau di atas api sederhana sehingga sedikit basah...
~~Jangan lupa juga masukkan garam.

Aku masak cara senang dan simple...;)


Kanak-kanak & gunting

Hye....Kemahiran motor halus amat penting dalam pembelajaran kanak-kanak.Antara salah satu kemahiran motor halus ialah menggunting.


Asas dalam melatih kanak-kanak mengguna gunting ialah:

~~Ajar anak anda cara memegang gunting dengan betul dan bagaimana untuk membuka dan menutup mengendalikan gunting.Kemudian,suruh anak anda memasukkan jari ke gunting dan buat gerakan seperti menggunting...gunting angin.

~~Buat gunting secara bebas...iaitu dengan menggunting straw,surat khabar,playdoh,majalah

~~Selepas anak anda boleh menggunting,baru ler ajar mereka menggunting dengan mengikut garisan objek.

~~Jangan lupa terangkan pada kanak-kanak akan bahayanya menggunakan gunting tanpa pengawasan orang dewasa.

*jangan pandang remeh pada kemahiran motor halus....kemahiran motor halus merupakan asas untuk kemahiran-kemahiran lain.