Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Wednesday, 2 October 2013

Sambal Telur Hancur dan Bubur Nasi

Assalamualaikum....

Dapur....dapur...dapur....
Untuk kali ini,KLA nak kongsi resepi yang amat simple.
Kebetulan KLA tak berapa sihat,so rasa nak makan yang lembut-lembut sahaja.
KLA pun masak lah......


Untuk bubur nasi,KLA masak biasa sahaja iaitu nasi + air + garam

Manakala untuk Sambal telur hancur,resepinya ialah

Bahan: 
1 Biji Telur
1 Biji Bawang Merah - ditumbuk
5 tangkai cili kering - di blend
Garam

Cara :
1. Tumis bawang dan cili kering hingga pecah minyak
2. Masukkan sedikit garam dan gaul.
3.Pecahkan telur di atas tumisan tadi dan gaul supaya dia menjadi hancur seperti dalam gambar.
4.Tutup api dapur bila telur tersebut sudah masak atau menjadi kering.
5.Okeh...siap...

Buat lauk untuk nasi putih okey juga....Selamat mencuba...




Ingatan



Tuesday, 1 October 2013

Ikan Pari Air Asam

Assalamualaikum....

KLA masak lagi!!!
Jom terjah tengok apa yang KLA masak....

KLA masak simple sahaja...yang penting mudah,cepat dan sedap.

Ikan Pari Air Asam


Bahan :
Ikan Pari
1 Biji bawang merah-dimayang
1 Biji tomato-potong dadu
4 cili padi-potong kecil2
Air asam jawa
Asam keping
Garam
Gula

Cara:
1.Rebus ikan pari bersama asam keping dan garam
2. Untuk air asam,campurkan bawang,tomato,cili padi,gula,air asam jawa di dalam satu bekas.Gaul biar sebati
3.Masukkan ikan pari yang sudah direbus ke dalam bekas air asam.Gaul dan siap untuk di makan...

Nyummmmm.....


Sayangi Minda


Alhamdulillah

Assalamualaikum...hye...

Alhamdulillah....giveaway KLA iaitu 


telah pun tamat.Thanks a lot pada yang sudi menyertainya.Senarai peserta telah pun di update DI SINI.So pada semua peserta boleh lah check link anda semua.Jika tidak tersenarai sila inform KLA di FB.
Pemenang top referral telah pun ada dan akan di umumkan pada 4 hb nanti beserta dengan semua pemenang-pemenang lain.....

KLA buat GA lagi.....Anda semua juga di jemput menyertai GA terbaru KLA iaitu 


Klik banner untuk join....

Jom ramai-ramai memeriahkan GA KLA okeh!!...Jom Serbuuuuuuuuuuu.....

September Giveaway By KasihLestariAbadi

TAMAT

Assalamualaikum dan Hai.....

Selepas beberapa lama tidak anjurkan GA sendiri,KLA memilih bulan September untuk KLA sekali lagi menganjurkan segmen iaitu "September Giveaway By KasihLestariAbadi" yang 100% disponsor oleh KLA sendiri.Apa yang istimewanya giveaway KLA ialah KLA mencari 100 pemenang.Sebab itu KLA buat giveaway ini selama sebulan,supaya dapat mencapai 100 peserta.Tapi jangan bimbang,kalau tak cukup 100 peserta pun,giveaway tetap diteruskan.


Syarat Penyertaan :

1. Segmen ini bermula 1hb September dan berakhir pada 11.59 malam 30hb September 2013
2. Sila follow blog KasihLestariAbadi
3. Sila like fanpage KasihLestariAbadi
4. Klik | SATU | DUA | TIGA | EMPAT | LIMA |  Tunggu hingga sampai habis loading...Jujur tau..
5. Buat satu entri yang bertajuk : September Giveaway By KasihLestariAbadi
6. Copy banner di atas dan link kan ke entri ini
7. Tinggalkan URL penyertaan di ruangan komen (ruangan komen sahaja yang akan diterima)

Pemenang :
1 Pemenang Top refferal tertinggi
99 Pemenang mengikut pilihan hati Pakcik Random.org

Pemenang akan diumumkan pada 4 Oktober 2013

Untuk melihat senarai hadiah,klik DI SINI
Untuk melihat senarai peserta,klik DI SINI 

Thanks.....


Monday, 30 September 2013

Sambal Belacan

Assalamualaikum....

Hahahaa...apa lah KLA ni....sambal belacan pun post kat blog...

Peduli apa....KLA nak letak jugak...

Bukan apa,KLA tahu,ada yang nak buat sambal belacan tapi tak tahu nak buat macam mana,nak tanya keluarga atau kawan-kawan malu...akhirnya pakcik google juga tempat dia mengadu.Bila dah mengadu kat pakcik google,mana tahu,pakcik google baik hati,bagi link blog KLA....dapat trafik...hahahhaaaa...


Bahan : 
6 Biji cili padi
4 Biji cili merah
Sedikit belacan
Air limau nipis
Gula

Cara:
1. Tumbuk cili padi,cili merah,belacan hingga lumat
2. Masukkan gula dan kacau.
3.Kemudian masukkan air asam limau dan gaul hingga sebati...
4.Siap.....

Bestnya dapat makan nasi+ulam+sambal......;)

Bersyukurlah wahai kawan