Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Thursday, 24 October 2013

Kejayaan

Kejayaan,kedudukan,hikmah,kasih lestari abadi

Wednesday, 23 October 2013

10 Faktor Untuk Menjadi Jutawan 1

Assalamualaikum....

KLA tahu,semua orang ingin menjadi jutawan,ingin hidup senang.Tapi tahu kah semua, terdapat beberapa faktor yang perlu ada dalam diri seseorang itu sebelum layak menjadi jutawan.

Jom kita tengok faktor-faktornya:


Pertama : Jujur
Jujur merupakan faktor utama dalam mencapai kejayaan sebagai jutawan dan sememangnya sifat jujur adalah sifat yang sangat terpuji.Kita hendaklah sentiasa bersikap jujur dengan semua orang, tidak kira sama ada keluarga, kenalan, rakan perniagaan atau pun pelanggan.
Ingat! JUJUR....

Kedua : Displin
Tidak kira dalam kehidupan,persahabatan,perniagaan,kita perlu mengamalkan sikap berdisplin.Displin diri kita akan menunjukkan sejauh mana kemampuan kita untuk ke hadapan.Displin ini juga untuk memastikan segala aktiviti yang dirancang akan berjalan secara teratur dan berterusan.

Ketiga : Mudah mesra dengan orang lain
Ingat,kita bukan hidup seorang diri di muka bumi ini,dan kita masih memerlukan orang disekeliling kita untuk mencapai kejayaan.Mengikut kajian,84% kejayaan seseorang sememangnya bergantung kepada mereka yang berada disekeliling.Diri kita yang mudah mesra akan memudahkan perhubungan sesama insan dana penerimaan orang sekeliling terhadap kita.Secara tidak langsung,ini dapat membantu kita meluaskan rangkaian kenalan dan perniagaan kita dengan lebih luas dan jauh lagi.

Keempat : Mempunyai pasangan yang memahami dan menyokong
Kejayaan akan mudah dicapai jika kita mempunyai pasangan atau orang yang memahami dan 120% menyokong karier kita.Sokongan tersebut tidak kira daripada suami,isteri,keluarga,sahabat.Sokongan diperlukan dalam membina keyakinan diri yang tegar.

Kelima : Bekerja keras berbanding orang lain
Untuk mencapai tahap jutawan,seseorang itu perlu keluar dari kotak kepompong kebiasaan dan bekerja lebih keras berbanding orang lain.Jangan terkejut,ramai yang sanggup bekerja sehingga 60 - 70 jam atau lebih seminggu.Sanggup berkorban masa untuk mencapai kejayaan menjadi seorang jutawan.

Tunggu sambungan entri kedua esok....SABAR ye...



Curiga

Curiga,Percaya,Hikmah,Kasih Lestari Abadi

Tuesday, 22 October 2013

Emosi vs Cita-cita

emosi,cita-cita,kata-kata hikmah,2013

Jomniaga Tukar Nama

Assalamualaikum....Hye...

Awal minggu lalu,KLA terima email daripada pihak pengurusan Jomniaga yang telah membuat perubahan iaitu menukar nama Ashadee...Best nama tu...macam nama orang lak...;)


Bila dah terima email pengumuman tentang penukaran nama,KLA cuba lah membuka laman web tersebut.Wah...link web pun dah tukar baru...


Penukaran ini bertujuan kerana penjenamaan antarabangsa.Maknanya,nanti anda boleh buat duit dengan lebih meluas lagi di peringkat antarabangsa.Tak ada lah nak promosi setakat di Malaysia aje...Masyuk...

Klik di bawah untuk mengetahui tentang...






Monday, 21 October 2013

Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 21 Oktober 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Cashout Pertama 8Share

Assalamualaikum...

Alhamdulillah....Sejak menyertai 8share,KLA dah berpeluang untuk cashout pertama.Ahak...mungkin orang lain dah banyak kali cashout kan...Takpe,KLA perlahan-lahan kayuh....;)

cashout,8share,buat duit,duit mudah,duit percuma

Harap akan ada lagi cashout kedua,ketiga dan selamanya....;)

Telur Bungkus

Assalamualaikum....

Rasanya dah lama KLA tak kongsi resepi...
Dapur KLA kini kembali...;)

Ok,entri kali ini KLA nak kongsi resepi telur bungkus.
KLA buat mengikut citarasa KLA...;)


Bahan-bahan:

2 Biji Telur
250g Isi Ayam (potong dadu)
3 Ulas Bawang Merah (ditumbuk)
1 Ulas Bawang Putih (ditumbuk)
2 Sudu Cili Kisar
4 Cili Padi (dipotong kecil)
1 Sudu Sos Cili
1 Sudu Sos Tiram
Sedikit Lobak Merah (Dipotong dadu)
Garam

Cara-cara:

Untuk Inti Ayam
1. Panaskan minyak dan masukkan bawang merah,bawang putih hingga naik bau.
2.Kemudian masukkan cili kisar hingga pecah minyak
3.  Masukkan pula sos cili,sos tiram,ayam dan sedikit air.Kacau hingga sebati.
4. Last,masukkan lobak,cili padi dan garam secukupnya.Masak sehingga kuih menjadi pekat atau sedikit kering.Angkat.

Untuk Telur Bungkus
1.Pecahkan telur,masukkan garam dan kacau sehingga sebati.
2.Panaskan kuali dan masukkan minyak.Pastikan semua permukaan kuali diliputi dengan minyak.
3. Masukkan telur ke dalam kuali dan ratakan telur ke semua permukaan kuali.
4.Setelah telur masak,masukkan inti ayam yang telah dimasak tadi di bahagian tengah-tengah dan bungkus.
5.Kalau ada skill power,terbalikkan ler telur tu dan telur bungkus akan menjadi nampak lebih kemas.Macam gambar KLA di bawah,KLA tak terbalikkan coz takde skill...ekekke...



Enjoy masak!!...