Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Wednesday 23 October 2013

10 Faktor Untuk Menjadi Jutawan 1

Assalamualaikum....

KLA tahu,semua orang ingin menjadi jutawan,ingin hidup senang.Tapi tahu kah semua, terdapat beberapa faktor yang perlu ada dalam diri seseorang itu sebelum layak menjadi jutawan.

Jom kita tengok faktor-faktornya:


Pertama : Jujur
Jujur merupakan faktor utama dalam mencapai kejayaan sebagai jutawan dan sememangnya sifat jujur adalah sifat yang sangat terpuji.Kita hendaklah sentiasa bersikap jujur dengan semua orang, tidak kira sama ada keluarga, kenalan, rakan perniagaan atau pun pelanggan.
Ingat! JUJUR....

Kedua : Displin
Tidak kira dalam kehidupan,persahabatan,perniagaan,kita perlu mengamalkan sikap berdisplin.Displin diri kita akan menunjukkan sejauh mana kemampuan kita untuk ke hadapan.Displin ini juga untuk memastikan segala aktiviti yang dirancang akan berjalan secara teratur dan berterusan.

Ketiga : Mudah mesra dengan orang lain
Ingat,kita bukan hidup seorang diri di muka bumi ini,dan kita masih memerlukan orang disekeliling kita untuk mencapai kejayaan.Mengikut kajian,84% kejayaan seseorang sememangnya bergantung kepada mereka yang berada disekeliling.Diri kita yang mudah mesra akan memudahkan perhubungan sesama insan dana penerimaan orang sekeliling terhadap kita.Secara tidak langsung,ini dapat membantu kita meluaskan rangkaian kenalan dan perniagaan kita dengan lebih luas dan jauh lagi.

Keempat : Mempunyai pasangan yang memahami dan menyokong
Kejayaan akan mudah dicapai jika kita mempunyai pasangan atau orang yang memahami dan 120% menyokong karier kita.Sokongan tersebut tidak kira daripada suami,isteri,keluarga,sahabat.Sokongan diperlukan dalam membina keyakinan diri yang tegar.

Kelima : Bekerja keras berbanding orang lain
Untuk mencapai tahap jutawan,seseorang itu perlu keluar dari kotak kepompong kebiasaan dan bekerja lebih keras berbanding orang lain.Jangan terkejut,ramai yang sanggup bekerja sehingga 60 - 70 jam atau lebih seminggu.Sanggup berkorban masa untuk mencapai kejayaan menjadi seorang jutawan.

Tunggu sambungan entri kedua esok....SABAR ye...



1 comment:

  1. amin semoga 1 hari nanti berpeluang jadi jutawan. Niat nak bantu orang susah. amin

    recent post : Terima Kasih SAYS.MY : 4 Tiket Ke$ha Warrior Tour Percuma

    ReplyDelete