Assalamualaikum...
Alamak!! dah lama KLA tak tulis entry.Disember betul-betul buat KLA sibuk...huwaaaaaa..Letih tak terkata,tapi tak apa ler,berkorban apa saja...
Yang penting hasilnya boleh mengembirakan diri KLA...
Tapi,sibuk KLA pun,KLA nekad tetap nak pergi Bid Bad Wolf Book Sale...
Bukan apa,sebelum ni KLA tengok orang lain pergi berkotak-kotak membelinya...tertanya-tanya juga,murah ke harga buku...
So,pada minggu lalu,KLA pun pergi ke MIECC The Mines.Ahak...baru hari ini sempat nak tulis entry mengenai pesta buku ini yang dah habis pun...Tak kira...nak post entry kat sini juga!!
KLA sampai di situ jam 8 pagi.Kereta pun dah mulai banyak memasuki kawasan MIECC.Buat pengetahuan semua,pameran ini dibuka 24 jam.Tip yang KLA boleh bagi untuk tahun hadapan ialah,waktu sesuai pergi ialah sekitar jam 7 pagi hingga 10 pagi atau pun pergi waktu pejabat.Mengikut kiraan KLA,orang ramai yang datang pada waktu pagi akan beransur pulang bila waktu subuh dan yang akan datang pagi,mereka akan datang sekitar jam 10.
Jam 8-10 pagi itu pun dah ramai orang,tapi boleh lagi lah nak cari buku.Masih ada ruang.Bila jam 10 ke atas,orang mulai ramai,nak cari buku pun susah.Tak ada ruang.
Wah ada 'storage station'....Kalau dah banyak sangat pilih buku tu,berat nak bawa sementara nak pilih buku lain,boleh simpan di sini dahulu sebelum bayar.
'Business dan 'self help'....my fav section...
Pada yang datang sini,kebanyakkannya bawa beg tarik yang besar-besar tuh...jangan terkejut ye!!harganya yang murah hinggakan beg yang besar tu tak mustahil boleh tak muat tau...
Kebaikkan baik beg atau bakul berbentuk tarik ialah senang nak bawa buku yang sudah dipilih.Tak berat nak dukung semua buku-buku itu...;)
Hasil tangkapan KLA...nampak buku kanak-kanak aje kat atasnya...huhuhuu...buku business dan self help ada kat bawah-bawah.Cukup buku untuk dijadikan stok.Kena habiskan pembacaan sebelum Big Bad Wolf 2014!!!