Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Saturday, 11 January 2014

SEGMEN: Bloglist 2014 by Kiera Rashid


(Klik banner untuk join)



Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih

Assalamualaikum


Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih di anjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Zara Nurhaidah dan Iluvtour. Siapa yang nak join sila tekan banner di atas :)

Menanti CPUV 2014

Assalamualaikum....

Semalam KLA duk tengok semua orang update mengenai CPUV yang baru diaorang dapat..


KLA tengok juga akaun nuffnang KLA,mana ler tahu dapat CPUV yang baru tetapi mengecewakan...belum ada rezeki untuk 2014.

Dulu tak mengharap pun CPUV,tapi sejak pernah dapat sekali CPUV terus jadi mengharap.Harap-harap akan dapat lagi CPUV di masa akan datang...




Popular di Internet

Assalamualaikum....

KLA pasti,setiap orang yang melayari internet pasti mempunyai tujuan dan matlamat sendiri.Samaada kerana anda minat,atau impian atau menajalankan bisnes.Tidak kurang juga untuk jadi popular.Popular di internet bermakna peminat dan pengikut anda akan menyebut nama anda dan mengikuti perkembangan diri anda secara online.

Bukan mudah untuk menjadikan nama kita meniti di bibir-bibir pengguna internet.Berikut ialah langkah- langkah yang boleh membuatkan anda menjadi seorang yang popular...

1) Miliki sebuah blog
Langkah pertama,anda perlu memilik blog.Tidak kira lah,blog percuma ataupun berbayar.Seperti KLA ni juga yang sudah mempunyi blog sendiri....KasihLestariAbadi. Apabila sudah memiliki blog,anda boleh menulis apa saja secara umum atau pun fokus kepada topik topik tertentu sahaja.Tulis sesuatu yang memberi manfaat kepada pembaca.


2) Facebook
Majoriti semua orang sekarang memiliki akaun facebook,tidak kira samada profile facebook atau pun facebook page.Sama fungsinya seperti blog,anda perlu kongsikan perkara-perkara yang bermanfaat untuk peminat anda itu.Anda boleh pelbagaikan penulisan anda dengan menggunakan imej ataupun video.

Buat yang belum 'add' KLA boleh lah 'add' di KasihLestariAbadi atau 'like' page KasihLestariAbadi

3) Youtube
Anda boleh menjadi popular melalui video kerana pada masa kini,ramai orang yang menyukai dan memilih untuk menonton video.Web video yang popular pada masa kini ialah youtube.Jika anda memiliki video menarik yang dikongsikan di youtube,dengan pantas juga ianya akan tersebar di facebook, website, blog, forum, twitter dan sebagainya .Sudah ramai yang membuktikan,seseorang itu boleh menjadi popular melalui video.Malah dengan hanya sekadar berkongsi video secara suka-suka juga iainya mampu    
membuat anda mempunyai ramai pengikut.

4) Twitter
Medium sosial twitter juga semakin popular pada masa kini.Twitter digunakan untuk mereka berkongsi cerita semasa mereka bersama semua orang ramai.Anda boleh menggunakan twitter untuk berkongsi maklumat, info, pendapat dan sebagainya secara ringkas dan menarik.Selain itu,anda juga boleh berkongsi perkembangan semasa anda yang terkini di twitter.

PANAS : Fulamak der,buat parodi pun boleh menang hadiah lumayan?
5) Konsisten
Untuk menjadi betul-betul popular,anda perlulah melakukan secara konsisten.Berusaha secara konsisten adalah amat penting diperingkat awal dan seterusnya.Antara cara untuk kekal berusaha secara konsisten ialah dengan melakukan perancangan yang rapi untuk jangka masa yang panjang.

 6) Kreatif dan unik
Kita akan mudah tertarik dengan benda atau perkara yang unik dan kreatif.Elak melakukan perkara yang sama dengan lain dan cuba dengan cara yang berlainan.Berlainan itu lah memerlukan anda menjadi lebih kreatif. Keunikan anda akan memastikan anda adalah lain daripada yang lain.

Semoga anda terus berjaya...;)


Friday, 10 January 2014

New Year Giveaway by FD & FariqanAfina



Klik banner untuk join.

Senarai hadiah :
Novel x 1, face towel x 1, door stopper x 1, contact lens (power 0) x 1, bookmark dari Langkawi x 2, Smurf Shoes Hp Plug x 2, sabun susu beras x 1, 2 pcs shiseido mask x 1, topup RM10 x 2, topup RM5 x 2, set note clip x 2, set pen & keychain x 1, facial cleanser by Face Shop x 2, dua helai tudung bawal plain x 1, hadiah misteri x 1, felt brooch x 5, dan bookmark untuk 10 peserta terawal dan terakhir.

New Year Giveaway ditaja oleh Fatin Diana, Fariqan Afina, Syamimi Al-Fatihah, Airis Arissa, Nadratul Syazwana, Azyan Ramle, Syiera, Aiman Aziz, Azwar Syuhada, Lienda Liedot, Nur Farahain, Yumida, Fhatin Amelia, Coretan Mambang, Hatin Athirah, dan Little Khalifah.


Tamat 25 Januari 2014, 10 Malam.

Thursday, 9 January 2014

Jom Naikkan Trafik Blog 2014!


Alamak...last minit join....harap sempat dan diterima...

Sunday, 5 January 2014

Jangan Menyerah



Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal putus asa

Jangan menyerah!! 

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal putus asa


Saturday, 4 January 2014

6 Cara Promosi Produk Secara Online

Assalamualaikum

Cara Promosi Produk Secara Online


"Perniagaan online memang masyuk" ......KLA tahu,ramai orang yang berfikiran begitu kan.
Betul! Ianya akan masyuk kalau kena pada caranya.

Pada yang nak tahu caranya,mari KLA kongsi antara cara promosi produk secara online.

Cara Pertama : Gunakan Facebook- Anda boleh menjual pelbagai produk atau servis anda di facebook dengan memaparkan gambar produk yang jelas dan berkongsi informasi yang berguna.Lakukan promosi dan selitkan sekali dengan info-info penting.

Cara Kedua : Gunakan Blog - Blog masih lagi diperlukan walaupun waujudnya facebook kerana blog mudah dicari oleh enjin carian dan liputannya lebih luas berbanding facebook.Berkongsi lah pelbagai ilmu di blog seperti tips yang berkaitan dengan produk yang dipromosi.
Cara Ketiga : Gunakan Youtube - Muatnaik testimoni dalam bentuk video di youtube.Disamping itu anda juga boleh menyampaikan pelbagai pengetahuan mengenai produk di dalam video tersebut.Lagi bagus,jika anda rakamkan testimoni secara live dan letakkan di youtube.

Cara Keempat : Gunakan Newsletter - Hantarkan ayat-ayat berbisa dan power kepada pelanggan yang signup email anda secara berkala.Mungkin 2 hari sekali.Pikat pelanggan anda yer...

Cara Kelima : Gunakan E-book Percuma - Satukan semua maklumat produk.Anda boleh mengumpul semua maklumat produk beserta testimoni pada microsoft word dan tukarkan ke PDF fail....dah jadi e-book...semudah 123 okeh!

Cara Keenam : Gunakan artikel percuma - Kembangkan pengetahuan anda mengenai produk yang dijual dengan berkongsi ilmu secara penulisan artikal.Ingat,tuliskan sekali nama,website,email anda pada artikal tersebut.Anda boleh lah menghantarnya ke web yang menerima artikal anda itu.

Selamat Berjaya!!!

PANASBuat Duit Dengan Walit As-Sunnah