Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Saturday, 11 January 2014

Popular di Internet

Assalamualaikum....

KLA pasti,setiap orang yang melayari internet pasti mempunyai tujuan dan matlamat sendiri.Samaada kerana anda minat,atau impian atau menajalankan bisnes.Tidak kurang juga untuk jadi popular.Popular di internet bermakna peminat dan pengikut anda akan menyebut nama anda dan mengikuti perkembangan diri anda secara online.

Bukan mudah untuk menjadikan nama kita meniti di bibir-bibir pengguna internet.Berikut ialah langkah- langkah yang boleh membuatkan anda menjadi seorang yang popular...

1) Miliki sebuah blog
Langkah pertama,anda perlu memilik blog.Tidak kira lah,blog percuma ataupun berbayar.Seperti KLA ni juga yang sudah mempunyi blog sendiri....KasihLestariAbadi. Apabila sudah memiliki blog,anda boleh menulis apa saja secara umum atau pun fokus kepada topik topik tertentu sahaja.Tulis sesuatu yang memberi manfaat kepada pembaca.


2) Facebook
Majoriti semua orang sekarang memiliki akaun facebook,tidak kira samada profile facebook atau pun facebook page.Sama fungsinya seperti blog,anda perlu kongsikan perkara-perkara yang bermanfaat untuk peminat anda itu.Anda boleh pelbagaikan penulisan anda dengan menggunakan imej ataupun video.

Buat yang belum 'add' KLA boleh lah 'add' di KasihLestariAbadi atau 'like' page KasihLestariAbadi

3) Youtube
Anda boleh menjadi popular melalui video kerana pada masa kini,ramai orang yang menyukai dan memilih untuk menonton video.Web video yang popular pada masa kini ialah youtube.Jika anda memiliki video menarik yang dikongsikan di youtube,dengan pantas juga ianya akan tersebar di facebook, website, blog, forum, twitter dan sebagainya .Sudah ramai yang membuktikan,seseorang itu boleh menjadi popular melalui video.Malah dengan hanya sekadar berkongsi video secara suka-suka juga iainya mampu    
membuat anda mempunyai ramai pengikut.

4) Twitter
Medium sosial twitter juga semakin popular pada masa kini.Twitter digunakan untuk mereka berkongsi cerita semasa mereka bersama semua orang ramai.Anda boleh menggunakan twitter untuk berkongsi maklumat, info, pendapat dan sebagainya secara ringkas dan menarik.Selain itu,anda juga boleh berkongsi perkembangan semasa anda yang terkini di twitter.

PANAS : Fulamak der,buat parodi pun boleh menang hadiah lumayan?
5) Konsisten
Untuk menjadi betul-betul popular,anda perlulah melakukan secara konsisten.Berusaha secara konsisten adalah amat penting diperingkat awal dan seterusnya.Antara cara untuk kekal berusaha secara konsisten ialah dengan melakukan perancangan yang rapi untuk jangka masa yang panjang.

 6) Kreatif dan unik
Kita akan mudah tertarik dengan benda atau perkara yang unik dan kreatif.Elak melakukan perkara yang sama dengan lain dan cuba dengan cara yang berlainan.Berlainan itu lah memerlukan anda menjadi lebih kreatif. Keunikan anda akan memastikan anda adalah lain daripada yang lain.

Semoga anda terus berjaya...;)


1 comment: