Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Thursday, 1 May 2014

Panduan Perniagaan Cupcake

Assalamualaikum...

Hari ini sudah pun mula memasuki bulan Rejab...Ini bermakna dalam dua bulan sahaja lagi Ramadan akan menjelma dan diikuti dengan Syawal.. Bagaimana dengan persiapan Syawal?ada yang dah tempah baju raya?Ahak...apa pun jangan lupa ganti puasa pada yang belum menggantikannya....:)

Tetapi dalam memikirkan Syawal yang bakal menjelma,pasti anda juga memikirkan pendapatan lebih...Macam KLA ler yang asyik fikir duit lebih.Bukan apa,raya sekali setahun...nak juga rasa melaramnya...tambah pula sekarang ini,semua kos yang sudah meningkat...Nak tak nak,kena juga cari duit lebih.

Oleh itu,KLA cadangkan apa kata anda buat perniagaan cupcake.Permintaan cupcake yang semakin meningkat dan sesuai untuk semua majlis seperti hari raya,kahwin,bertunang,hari lahir,perpisahan dan macam-macam ler.

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh ler klik imej di bawah:



Dengan mempelajari dari A-Z mengenai pembuatan cupcake hingga lah ke tahap pemasaran cupcake.Tidak rugi kalau anda mencuba.Mana tahu,dengan percubaan ini,anda mampu meninggalkan kerja anda yang memeningkan kepala di pejabat itu.

Jangan fikir perniagaan ini untuk yang sudah berkahwin sahaja,para pelajar juga sesuai untuk mencari duit sampingan....tidak perlu lagi menyusahkan ibu bapa menghantar duit belanja di universiti...best kan?...ayuh,kita mulakan perniagaan sekarang....


P/S: Terbayang-bayang cupcake yang enak-enak...nyummy..


1 Rejab


Assalamualaikum....

1 Mei .....Happy Holiday!!!

Tak lupa juga,hari ini bermula lah 1 Rejab...

Bulan Rejab adalah bulan Allah SWT. Mari kita tengok ada apa di sebalik bulan Rejab itu.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah SAW telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH SWT, maka "

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi’raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab  maka ALLAH SWT akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah SWT..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH SWT akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH SWT akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi "Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita "Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah SAW berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH SWT, lalu ALLAH SWT meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH SWT, kecuali ALLAH SWT mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Saturday, 26 April 2014

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014


Assalamualaikum....

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 kembali lagi.Ianya berlangsung mulai 24 April hingga 4 Mei....Sesiapa yang tiada aktiviti pada hujung minggu tu,boleh ler berkunjung ke pesta buku....

KLA pula 50-50...antara dapat pergi ke tak next week...;(...

Membaca Jambatan Ilmu....


Sunday, 20 April 2014

GA Nurul Yui Collection


( Klik banner untuk join)

1st Giveaway By Fatimah Azzahrah


(Klik banner untuk join)

Due Date : 20 April 2013

Saturday, 19 April 2014

Simple 1st Giveaway Blog Kisah Kita

Assalamualaikum w.b.t.

Klik banner untuk join.

Dijemput semua untuk memberi sokongan dan memeriahkan lagi Simple 1st Giveaway dari Blog Kisah Kita iaitu GA bersama My Stitching Wold and Shop. Buat pertama kalinya GA ini dianjurkan, harap ianya mendapat sambutan. Semoga GA ini dapat menambahkan lagi kenalan dan mengeratkan silaturrahim sesama rakan-rakan.

Syarat-syaratnya cukup mudah dan ada hadiah menanti pemenang yang bertuah berdasarkan random.org

Hadiah-hadiah:
Sepasang Kain Pasang (100% Crepe Silk) - 1 Pemenang
1 Shawl - 1 Pemenang
1 T-Shirt (Bandung) - 1 Pemenang
1 Fridge Magnet (Bandung) - 1 Pemenang
1 Fridge Magnet (Pulau Pangkor) - 1 Pemenang

GA ini berlangsung dari 1 April 2014 - 30 April 2014



Simple Review Segment


April - May GA by Amirah





-Tekan Banner untuk join-


Hadiah yang ditawarkan : 
1. Perfume Original
2. Kupon Pembelian Satin Skinz RM50
3. Shiseido Black Mask
4. Cathy Doll L-Gluthathione Magic Cream 138 ml
5. Tudung Akel
6. Charm Bracelet Bestfriend
7. Topup RM50
8. Topup RM10
9. Topup RM5
10. Blouse Merah


Pilihan hadiah saya : 
1. Perfume Original
2. Topup RM50
3. Kupon Pembelian Satin Skinz RM50


Tarikh tamat : 15 / 5 / 2014