Assalamualaikum....
Cerita Rindu Awak 200% dan nak tamat.Isnin nanti last
episod...Yang pasti,ramai akan merindui senyuman ‘senget’ Zill Faezrul...sweet
Slot Akasia akan diganti dengan cerita baru yang berjudul “Maaf
Jika Aku Tak Sempurna”
Sinopsis :
Melina adalah seorang gadis yang meningkat dewasa. Hidupnya
penuh dengan perkara mengasyikkan hingga dia lupa dosa pahala. Sikapnya
menimbulkan gundah kepada ibu bapanya.Kerana terpaksa Datuk Zakri meminta
Luqman untuk mengawasi Melina. Setiap hari mereka pasti bertengkar. Kehidupan
Melina dan luqman berbeza macam langit dan bumi.Wasiat Datuk Zakri kepada bapa
Luqman iaitu Rashid yang mahu mereka disatukan.
Walaubagaimanapun. Luqman terima Melina seadanya sebagai
isteri. Dalam benci ada rindu.Mereka hidup bahagia hinggalah badai datang
menguji kesabaran kedua hati.Zieta telah merancang sesuatu. Dia marah kerana
Melina berjaya merampas Harith darinya.
Walaupun Melina dan Luqman telah berkahwin,Harith masih menyimpan perasaan
padanya.Zieta juga menyimpan perasaan pada Luqman tapi tidak dilayan.
Luqman ditangkap khalwat.Melina terlalu kecewa. Dapatkah
Luqman menyakinkan Melina cintanya hanya Melina?
Kita layan senyuman Fahrin Ahmad pula yer....;)