Assalamualaikum dan Hai…
Siapa tengok dan ikuti cerita slot Akasia di TV3 masa kini iaitu
cerita teman lelaki upahan sila angkat tangan?Ahak…KLA tak boleh nampak pun
anda angkat tangan.Apalah KLA ni kan..kan..
Sinopsis:
Hanya kerana satu insiden kecil,
EL( Ezwan Lufti) terjebak dengan syarat gila Kyra Lydia. Bagi Lydia, EL lelaki
yang sederhana, tapi bagi EL, Kyra Lydia adalah gadis yang sombong, berhati
batu dan penuh dendam.
Tanpa pengetahuan keluarga EL, EL
dan Lydia bersetuju yang mereka disatukan. Dalam tidak sedar,cinta berbunga
mekar antara mereka. EL berjaya mengubah perangai buruk Lydia. Pada saat EL
ingin meluahkan rasa hati, ujian datang dan menjadikan dia seorang pendendam.
Kyra Lydia berdendam pada ayahnya kerana baginya ayahnya punca ibu
meninggalkannya. EL pula kecewa bila kekasih hatinya Zara berkahwin dengan
abang longnya sendiri. Hubungan Lydia dan keluarga tirinya semakin baik,namun
sebaliknya bagi EL. Kemalangan yang menimpa ayah dan abang longnya membuatkan
dia berjanji menjaga Zara yang mengandung. Lydia tahu,dia terpaksa melupakan EL
kerana Zara cinta pertama pada EL.Apabila rahsia tentang ibu kandungnya curang
dan penyakit ayahnya diketahui, Lydia mengambil keputusan memutuskan
perkahwinannya dengan EL. Perkahwinan dibatalkan. Masihkah ada ruang dalam hati
EL untuk Lydia?
Sebenarnya KLA nak bagitahu yang KLA sukakan watak EL…bukan
pelakon tapi watak nya okey!Ayat percakapannya yang menghiburkan,sikapnya yang
sanggup berkorban,kenakalannya…memang sempoi lah…I like!!
Kredit buat pelakon dan penulis skrip.Ye lah,kalau pelakon
bagus,skrip tak ok tak best juga.dan kalau skrip bagus,tapi pelakon tak pandai
bawa watak pun tetap tak best juga.
Harap cerita ni nanti akan jadi happy ending okey!