Assalamualaikum…Hai…
Sekarang,ramai
ingin kan kulit yang cantik dan badan yang kurus.Ini membuatkan banyak
pengeluar pelbagai produk berlumba-lumba mengeluarkan produk masing-masing
bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Tetapi,dalam
berdepan dengan pelbagai produk,terdapat cara mudah,jimat dan dijamin iaitu
dengan membuat air detox.Apa tu???...Relax-relax…moh KLA terangkan.
Air detox
ialah campuran air kosong dengan pelbagai buah-buahan ,daun herba dan dibiarkan
beberapa jam sebelum ia diminum.Semudah ABC untuk membuatkannya.Untuk
mengetahui apa bahan yang sesuai untuk keinginan anda,boleh baca ini.
·
Lemon – membantu proses pencernaan dan
menyegarkan nafas
·
Rasberi – anti radang
·
Anggur – melawan kanser
·
Oren – membantu peredaran darah
·
Strawberi – anti oksiden
·
Halia – imun booster
·
Timun – membantu penghidratan dan penyingkiran
toksin
·
Epal – mengekalkan kesihatan tulang dan tisu
·
Kulit kayu manis – menggalakkan metabolism
·
Limau – anti penuaan
·
Pudina – menyokong system penghadaman
·
Nenas – membantu melegakan sakit sendi
Cara menyediakan air detox
a) Anda
dikehendaki potong buah-buahan yang berkenaan mengikut citarasa sendiri.
b) Masukkan
potongan buah ke dalam jar dan masukkan 1 liter air
c) Tutup
jar dan simpan di dalam peti ais selama 8 jam.
d) Boleh
diminum
Senang kan untuk buat air detox ini.Apa lagi,jom buat air
detox sendiri.Jimat sangat.Terbaik