Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Monday, 3 June 2013

Anak soleh & genius

Impian semua ibu bapa untuk mendapatkan anak yang soleh dan genius...Ketahuilah semua bahawa untuk mendapatkan semuanya ini hendaklah dididik bermula dari dalam rahim lagi....Tanamlah benih-benih perkembangan positif ketika tempoh kehamilan lagi....


"Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka.Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak-Dato' Dr Hj Fadzillah Khamsah

Perkembangan positif dunia awal bayi atau alam rahim iaitu untuk merangsang janin boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:

1. Sebagai umat Islam,perbanyakkan  menginganti Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat,melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nya.Ibu bapa dituntut memperbanyakkan solat sunat serta mengamalkan puasa sunat pada Isnin dan Khamis.

2.Amalkan membaca Al-Quran.Para ibu  digalakkan untuk kerap membaca surah Al-Fatihah,Al-Inshirah dan juga Aya Kursi.Para bapa pula digalakkan membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut anda.

Surah Al-Fatihah adalah ibu Al-Quran dimana ianya untuk melapangkan hati dan fikiran.Ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan.Apabila hati sudah terang dan lapang,anak akan mudah menerima pelajaran.Malah setelah anka dilahirkan pun,para ibu boleh meneruskan bacaan berkenaan ketika menyusukannya. Amalan ini diyakini dapat menghasilkan anak yang bijak dan tinggi akhlaknya.

Selain itu,antara surah yang sesuai di baca ketika hamil ialah Surah Al-Fatihah,Yassin,At-Taubah,Yusuf,Luqman,An-Nahl(Ayat 78),Al-Aa'raf(Ayat 189) dan banyak lagi.Dengan membaca surah dan ayat ini,ia dapat memudahkan proses bersalin,mendapat anak yang sihat,sempurna,bijak dan soleh.

3.Pemakanan sihat dengan mengamalkan makanan berkhasiat dan seimbang adalah sangat penting dalam pembinaan otak bayi.Oleh yang demikian,para ibu hendaklah memastikan pemakanan seharian mengandungi karbonhidrat,vitamin,mineral dan paling penting kaya dengan protein.Selain itu,pengambilan minyak ikan Omega amat digalakkan.Ia adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi.Malah,kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.

4. Para ibu hendaklah memastikan emosi mereka sentiasa tenang agar anak yang bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam.Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang.Banyakkan bersabar dan bersikap positif. 

5.Perdengarkan janin dengan muzik klasik kerana ia diyakini dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan.Oleh kerana muzik klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni,ia mampu memberi rangsangan berupa gelombang alfa.Gelombang ini berupaya menimbulkan ketenangan dan ketenteraman sehingga anak dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara.

6. Sentiasalah berbicara dengan bayi sambil mengusap lembut perut.Lahirkan perasaan rindu menanti kelahirannya dengan penuh ikhlas.Kajian mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya.

7. Para ibu juga digalakkan membuat latihan matematik dan membaca bahan-bahan ilmiah kerana amalan ini boleh merangsang perkembangan otak si anak.Jadi,rajin-rajin lah membuat latihan matematik atau soalan-soalan IQ yang menguji minda untuk merangsang perkembangan otak bayi.

All The Best!!!....

1 comment: