Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Saturday, 22 June 2013

Probiotik dan Si Manja

Menjaga kesihatan anak anda bukannya bermula daripada sejak kelahiran,tetapi ianya bermula sejak tempoh kehamilan lagi,Tahukah para ibu,1500 hari pertama si manja anda adalah tempoh paling penting bagi proses perkembangan mental dan fizikal si manja.Bukan itu sahaja,ketika awal kehamilan lagi,si manja sudah mengalami proses tumbesaran yang sangat pantas.


Usus adalah organ imun terbesar di dalam tubuh.Usus sihat sepatutnya mengandungi 85% bakteria baik yang mana ianya penting untuk menghasilkan antibodi yang berfungsi merangsang melatih dan membantu sistem imun anak mencapai kematangan.

Sejak beberapa hari pertama di dalam rahim lagi,sistem imun si manja sudah mula mengalami perkembangan dan akan terus berlaku sepanjang proses kelahiran,penyusuan serta tumbesaran untuk melindungi daripada bakteria tidak baik.Oleh yang demikian,pendedahan kepada bakteria baik sejak awal kehamilan dapat mengurangkan risiko jangkitan penyakit.

Probiotik adalah mikroorganisma hidup dan bermanfaat jika diambil dalam jumlah mencukupi sebagai sebahagiandaripada makanan kerana ia mampu memberi kesan yang baik bagi membantu dalam perkembangan sistem imun dengan meningkatkan populasi bakteria baik di dalam usus.

Bifidobacteria adalah sejenis probiotik yang membantu si manja melawan bakteria tidak baik di dalam usus mereka.Diet sihat yang seimbang dan disokong penambilan bakteria baik ketika hamil membantu mengalakkan kehadiran bakteria baik di dalam usus si manja.

Probiotik boleh didapati di dalam makanan seperti tempe,dadih,minuman berkultur,miso,soya, dan susu ibu hamil.Amalan pemakanan yang sihat serta seimbang penting demi menjamin tahap pemakanan yang optimum bagi ibu dan anak.Ia boleh disempurnakan dengan pengambilan vitamin dan mineral seperti asid folik,DHA,zat besi dan kalsium.

Asid folik adalah sejenis vitamin B yang membantu perkembangan janin manakala asid docosahexaenoic (DHA) adalah sejenis lemak yang baik.

Oleh itu,para ibu hamil disarankan mengambil nutrien bagi kesihatan dan perkembangan janin secara positif.Pengambilan pemakanan dengan betul sepanjang kehamilan dapat membantu memastikan si manja anda sihat dan sempurna ketika dilahirkan.

2 comments:

  1. pernah dengar selalunya selepas berkahwin digalakkan makan asid folik sebab untuk menyediakan rahim untuk bayi nanti..

    ReplyDelete