Assalamualaikum....
Sedekah adalah ungkapan kejujuran iman seseorang.Sedekah bukan sahaja boleh diberi dalam bentuk wang ringgit atau pun harta benda,malah sedekah juga boleh diberi dengan cara menyedekahkan idea,tenaga,ilmu yang berguna dan senyuman.Dengan cara ini,sekurang-kurangnya dapat mengembirakan dan meringankan beban orang yang kita tolong.Tapi ingat,bersedekahlah dengan hati yang ikhlas kerana Allah SWT tanpa mengharapkan balasan.
Kelebihan orang bersedekah....
#1 - Dapat melepaskan tekanan atau penyakit kerana orang tidak sedekah atau bakhil hatinya keras kerana tidak akan merasa belas kasihan sesama manusia.
#2 - Orang bersedekah merasa dirinya lapang dan tenang kerana memberi lebih baik daripada menerima.
#3 - Sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua-dua ibu bapa walaupun ibu bapa masih hidup.Bagi ibu bapa yang mengajar anak-anak supaya sentiasa bersedekah akan mendapat rezeki melimpah ruah dengan izin-Nya
#4 - Orang yang bersedekah juga boleh mendapatkan ketenangan lebih-lebih lagi yang bersedekah pada waktu pagi
#5 - Bersedekahlah kepada saudara kerana tidak sempurna iman jika tidak menyayangi saudara sendiri.
#6 - Keajaiban bersedekah ialah akan sentiasa mencukupi wang kerana janji Allah ialah menggantikan semula apa yang disedekahkan 10 kali ganda.
Cara mudah bersedekah..klik DI SINI
thanks for sharing..alhamdulillah
ReplyDeletedalam setiap rezeki kita, ade rezeki org lain. jadi bersedekahlah :D
ReplyDelete