Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Sunday 23 February 2014

Pulau Pangkor

 Assalamualaikum...


SELAMAT DATANG KE PULAU PANGKOR....Pulau Pangkor merupakan pulau yang popular di Negeri Perak.

 

Terdapat dua jeti untuk ke Pulau Pangkor iaitu Jeti Lumut dan Jeti Pulau Marina.
Jeti Lumut : Perjalanan feri mengambil masa selama 30 minit.Tambang RM11 pergi dan balik
Jeti Pulau Marina : Perjalanan feri mengambil masa selama 10 minit.Tambang RM11 pergi dan balik.Tetapi untuk menaiki dari Jeti Pulau Marina,seseorang itu perlu lah menjadi ahli iaitu RM10 untuk setahun.Permohonan ahli boleh dimohon di kaunter tiket.


Jadual pergerakkan feri dari Jeti Marina...Rancang perjalanan...elak daripada terkejar-kejar feri...huhuuh


Bila sampai sahaja di Jeti Pulau Pangkor,anda akan di sambut oleh pemandu-pemandu 
teksi van pink dan juga pemandu haram.Di sini,terpulang pada anda dalam membuat keputusan memilih pengangkutan.Untuk cadangan,KLA cadangkan sesiapa yang datang ke sini pilih sahaja teksi van pink dan buat rundingan terlebih dahulu sebelum setuju dengan perkhidmatan yang akan diberikan.Sewaktu KLA ke sini,KLA memilih teksi van pink dengan harga RM80 seharian.


Termasuk dalam pakej RM80 ialah membawa melawat ke Kota Belanda.Kota Belanda ini di bina pada tahun 1670 untuk mengumpul bijih timah yang ada di Perak


Tempat kedua yang akan dibawa ialah melawat mini Tembok China.Tengok yang mini,buat rasa teringin nak pergi tengok yang sebenar...kat mana lagi kalau bukan di Beijing...;)


Tempat Ketiga lawatan ialah Kilang Satay....Hasil laut..


Pelbagai makanan ringan boleh didapati di sini yang diperbuat daripada hasil laut seperti sotong keringdengan harga yang berpatutan.


Jangan terkejut...ikan bilis pun banyak di sini dengan harga yang murah-murah...Pelbagai pilihan ikan bilis sama ada mahu yang sudah di proses atau belum...(sedapnya nasi lemak letak bilis-bilis ni...)


Destinasi terakhir di Pulau Pangkor ialah mandi manda...pemandu van teksi pink tadi akan meninggalkan kita di Pantai Teluk Nipah...Nanti telefon sahaja pemandu teksi untuk datang mengambil kita ke jeti.

Sesiapa yang belum berkunjung ke Pulau Pangkor..Sila lah berkunjung di samping menyokong perlancongan Malaysia...Pasti tidak kecewa....;)

Happy Holiday!!!


Jom kita tengok siapa menang duit RM100,000...banyak tu!!!






2 comments:

  1. eh, pesal mahal sgt sampai RM80?..akak g bln 12 last year baru RM60...sama gak la, van pink tu..tpt yg sama jee diorg bwk...hehehehe..zaman akak belajaq dolu student itm memg suka lepak sana...sbb dekat je kot...g ari tu sesat barat, dah xtau mana jalan dah...berbeza sgt dgn 14 thn lepas...

    ReplyDelete