Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Monday 25 May 2015

Mangga Harumanis

Assalamualaikum….

Sebut sahaja mangga harumanis,mesti semua orang akan terbayang keenakkan buahnya.Itu belum lagi membayangkan harganya yang boleh buat anda pengsan terkejut.Tahun ini merupakan tahun pertama KLA cuba makan mangga harumanis.Itu pun kerana tertarik dengan hebohan keenakkan buahnya. Apabila KLA mendapat tahu harumanis muncul di Medan MARA KL, KLA terus mengambil peluang untuk membelinya.Tidak perlulah KLA ke Perlis.Apa yang KLA boleh 
katakan,Alhamdulillah teramat sedap dan enak.Sangat berbaloi dengan harga yang dibeli iaitu RM30 untuk sekilo.


Moh KLA kongsikan serba sedikit sejarah mangga harumanis ini.

Mangga harumanis ini berasal dari Negeri Perlis dan hanya terdapat di sana sahaja.Ramai yang telah mencuba untuk menanam pokok harumanis di luar dari Negeri Perlis tetapi tidak berhasil seperti tidak berbuah, rasa tidak manis,tidak tumbuh subur dan sebagainya.Ini disebabkan faktor cuaca di Negeri Perlis yang sangat berbeza dengan negeri lain di Malaysia.

Kerajaan Negeri Perlis telah pun mendaftarkan mangga harumanis ini sebagai harta intelek untuk Negeri Perlis.Ini bermakna hanya Negeri Perlis sahaja yang boleh menamakan mangga mereka sebagai mangga harumanis.
Musim harumanis pula adalah sekitar akhir bulan April hingga awal Jun.Mangga harumanis ini berbau harum,isinya tebal kekuningan dan rasanya juga enak yang boleh membuat semua orang ketagih.Sesuai dengan ayat sekali cuba pasti mahu lagi.

Kepada yang belum mencuba,KLA nasihatkan cuba lah mangga harumanis ini.Anda pasti tidak berasa kecewa dengan duit yang dilaburkan.SMILE


1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt :)
    Sha kalau mangga harum manis ni, suka buat ice blended.. Ya Allah.. sedap sangat...

    ReplyDelete