Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Friday, 15 February 2013

First giveaway by Heirizalieyana


Wow...join segmen lagi....


Ada pelbagai hadiah yang disediakan oleh para sponsor..
Ahak...aku salah seorang sponsor nya...;)


Jom join ramai-ramai disamping memeriahkan lagi dunia blogging...

Cuti-cuti Terengganu 3

Sememangnya semua orang tahu mengenai keropok lekor Losong kan?....

Pertama sekali aku nak bagitahu 'keropok lekor' dengan 'keropok losong' adalah benda yang sama.
Aku cakap macam nih coz aku ada tengok signboard kedai kat Kelate (kebetulan ada lalu Kelate)

"Disini ada menjual keropok lekor & keropok losong"

Ayat tu menunjukkan ada dua jenis keropok iaitu satu keropok lekor,satu kerepok losong.Setahu aku,dua-dua perkataan itu adalah benda yang sama.Istilah yang betul ialah keropok lekor.

Habis tu keropok losong tu pulak?....Sebenarnya keropok lekor ni banyak wujud di Kampung Losong...So,keropok lekor + Kampung Losong = keropok losong....harap kalian tak keliru...

Tapi sekarang di Terengganu,keropok lekor yang glemer dan hot ialah Keropok Lekor Bukit Tok Beng iaitu terletak di Kampung Bukit Tok Beng,Seberang Takir.

Kedai nya biasa aje...tapi kesedapan keropoknya menyebabkan owner kedai terpaksa menggunakan sistem nombor..Macam kat bank lak...


Ambil no belum tentu boleh dapat....huhuhuuu...so,kalau nak jugak,terpaksa ler pergi ambil no giliran di awal pagi ye untuk elak daripada tertunggu-tunggu no giliran...Kalau lambat datang,boleh menyebabkan anda menunggu 3-4 jam....ada juga yang akan pulang dengan hampa....


Sementara menunggu no giliran dipanggil,cuba ler keenakkan jelly kelapa...hanya RM1.20
 

Selain keropok lekor,keropok segera,sos pencicah dan pelbagai kerepek juga ada dijual di sini


Suasana orang ramai menunggu no giliran.


Oleh kerana terpaksa menunggu no giliran yang lama,aku sarankan sesiapa yang ingin membeli keropok Bukit Tok Beng ini,sebaiknya membuat tempahan awal iaitu sehari sebelum dengan menghubungi no telefon di atas...


Thursday, 14 February 2013

Cuti-cuti Terengganu 2

Wokeh!! sambungan Cuti-cuti Terengganu 1 

Yang paling aku suka kat Terengganu ialah lepak-lepak di tepi pantai...
Terengganu ni banyak pantai tapi takde pantai pun di Terengganu yang boleh mandi...
Awas!!! merbahaya!




Inilah aktiviti aku di waktu petang...duduk mengadap laut....
Rasa tenang aje bila pandang pantai yang luas....;)

Kat Terengganu jugak glemer mengenai celup tepung..
Orang Terengganu makan ikan,sotong dengan ratah macam tu aje...tanpa nasi...cicah sos.


Udang celup tepung,Ikan celup tepung,Sotong celup tepung...


Sotong celup tepung yang sedia untuk di makan...nyummy...


Biasanya penjual guna ikan kembung untuk buat ikan celup tepung.

Gerai celup tepung ini boleh didapati di tepi-tepi pantai.
Boleh pilih aje mana-mana gerai cuma hati-hati dengan harga...
Pastikan anda bertanya harga terlebih dahulu sebelum buat keputusan untuk membeli kerana harga setiap item berbeza mengikut size dan musim...


*Sorry...next entry baru ada story kerepok lekor...huhuuhhu

Wednesday, 13 February 2013

Cuti-cuti Terengganu 1

Chinese New Year di Terengganu....
La..la..la..la....

Cuti CNY lalu....9hb Feb - 12hb Feb aku me'relax'kan diri di Terengganu.
Actually,Terengganu sememangnya tidak asing lagi bagi ku kerana di sini ler aku dilahirkan dan dibesarkan...
Kira balik kampung ler nih...cuma sekarang aje dah tak menetap di sana...

Kalau di Terengganu,makanan yang wajib aku makan ialah Nasi Dagang dan Nasi Kerabu




Nasi ni merupakan campuran beras + beras pulut dan rupanya pun macam pulut jugak ler...
Lauknya pula ialah gulai ikan tongkol...pekat gula tuh...Buat lak letak kuah banjir...fuh...eeemmmm...Terbaik!!
Biasanya nasi dagang nih dibungkus panjang dalam daun pisang.


Nasi Kerabu lak merupakan makanan tradisional Kelate but femes jugak di Terengganu..Pada pengemar ulam-ulaman mesti suka ler nasi kerabu nih coz nasi nih dipenuhi dengan ulam...Ada yang buat nasi warna biru dan ada juga buat warna putih...terpulang pada tukang masaknya...rasanya sama aje...

Short entry...esok aku post lak mengenai pantai dan keropok lekor....;)

Tuesday, 12 February 2013

Pemenang Segmen Tambah Follower!! ~~KasihLestariAbadi~~

Maaf lambat umum...coz baru balik daripada bercuti..

Alhamdulillah segmen yang pertama kali aku anjurkan mendapat sambutan....

Segmen yang aku namakan Segmen Tambah Follower!! ~~KasihLestariAbadi~~ itu telah berlangsung antara 23 Januari 2013 hingga 9 Februari 2013...

Ramai juga yang menyertainya...syukur...syukur...boleh anjurkan lagi segmen nih...;)

Bila tarikh tutup dah berakhir...mesti ramai yang tertunggu-tunggu siapa pemenangnya...
Peserta diadili berdasarkan jumlah peningkatan follower terbanyak daripada tarikh peserta join segmen nih hingga tamat tarikh tutup segmen serta memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan...

Pemenang Pertama:
Hadiah: 
Buku Nota(Handmade by Felt Craft Lestari) + Topup RM10

Pemenang Kedua:
Hadiah:
Topup RM10


Pemenang Pertama:
Yumida Huda

Pemenang Kedua:
Heirizalieyana

Tahniah buat para pemenang!!

Saturday, 9 February 2013

Segmen Tambah Follower!! ~~KasihLestariAbadi~~

Jom join... 
"Segmen Tambah Follower!! ~~KasihLestariAbadi~~

Syarat
1.Follow blog Kasih Lestari Abadi
2.Buat entri.Cerita ler apa yang kalian nak citer....Tapi tajuk mestilah : Segmen Tambah Follower!! ~~KasihLestariAbadi~~
3.Letak banner di bawah dalam entri tersebut dan link ke entri ini.


4.Letak screen shot follower kalian beserta jumlah follower ketika join segmen ini


Jumlah follower terkini: 47

4.Letak URL entri kalian ke ruang komen di bawah.Yang letak URL di ruang komen sahaja yang akan dianggap peserta.

Tempoh Segmen:
12.01 pagi 23 Januari 2013 hingga 12.00 malam 9 Februari 2013

Hadiah
Pertama :
Buku Nota (Handmade by Felt Craft Lestari berharga RM20) + Topup RM10
Kedua :
Topup RM10

Pemenang akan di adili berdasarkan jumlah penambahan follower terbanyak dari tarikh join segmen ini hingga tarikh segmen ditutup.

Keputusan akan diumumkan 2 hari selepas tarikh tutup.

Gong Xi Fa Cai


Selamat Bercuti!!!

Thursday, 7 February 2013

Khasiat Rumpai Laut

Sebenarnya aku tak pernah ambil peduli pun pasal rumpai laut nih...
Bila aku pergi Sabah ari tu...terpandang kat Pasar Ikan Masin,rumpai laut...ada warna ungu dan juga kuning.
Bila aku 'interview' penjual di situ,baru ler aku tahu khasiat-khasiat rumpai laut ni....Nape ler aku tak pernah tahu sebelum nih....;(


GRED AAA-Warna Ungu
GRED AA- Warna Kuning

Ungu bagus untuk merawat masalah penyakit kronik seperti sakit jantung,gout,strok dan sebagainya.
Kuning lebih berfungsi untuk kecantikkan kulit luaran


Khasiat Pure Marine Kolagen

*Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormone
*Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
*Memejalkan payudara, otot dan punggung
*Menyihatkan rambut dan kuku
*Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
*Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
*Mengurangi selulit & Memberi tenaga
*Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
*Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
*Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
*Merawat penyakit gout & Mencegah kanser/tumor
*Menurunkan tekanan darah tinggi & merawat Anemia
*Meningkatkan fungsi penghadaman/ pencernaan, merawat gastrik
*Anti bakteria/kulat & Memecahkan Toksin
*Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
*Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
*Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
*Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
*Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
*Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
*Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
*Menberikan rasa kekenyangan (diet) & Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/ buasir)
*Membantu masalah keputihan & Menormalkan fungsi kalenjar tiroid


Gambar kolagen mentah yang direndam.Ianya akan mengembang menjadi lebih besar daripada yang asal.

Cara Penggunaan

1)Basuh kolagen mentah,ramas-ramas sebanyak 5 @ 6 kali(ramas seperti basuh beras)
2)Rendam kolagen mentah itu semalaman(yang telah dibasuh tadi)
3) Buang air rendamam tadi dan basuh sekali lagi 5 @ 6 kali dan toskan
4)Ambil 100g kolagen mentah dengan 2 liter air untuk direbus
5) Rebus kolagen dan kacau hingga hancur.

Cara pakai masker/minum

1)Selepas rebus kolagen tadi,tapiskan terlebih dahulu
2)Sisa tapisan digunakan untuk dibuat masker dan air untuk diminum
(Air itu disimpan dalam bekas dan simpan dalam peti ais-boleh tahan lama)

Masker
-Bersih muka terlebih dahulu
-Sapukan sisa tapis kolagen tadi pada muka dan leher
-Tunggu hingga masker kering(dalam 30 minit)
-Basuh muka dengan air suam sehingga bersih

Minum
-Ambil 2 @ 3 sudu air kolagen yang ditapis tadi
-Campurkan dengan sedikit jus oren
-Baca Bismillah dan Selawat 3x
-Minum

**Waktu sesuai untuk minum ialah semasa perut kosong iaitu Sebelum sarapan dan sebelum masuk tidur)

AWAS!!
Elak minum nescafe,kopi atau minuman yang tinggi kandungan kafein sebab semua itu boleh menyerap dan buang vitamin C,kolagen dan gluthathione(agen pencerah) dalam badan kita.