Jom Follow!!
CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu
Sunday, 26 May 2013
Saturday, 25 May 2013
Petola Tumis Air
Dengan keadaan aku yang mood kurang ok,biasanya untuk meng'ok' kan aku,
aku akan cari makanan yang berkuah seperti tomyam atau sup atau kuah air....
Fikir punya fikir...decide nak masak petola tumis air...
Bahan:
Petola (buang kulit dan potong bulat)
1 biji bawang merah(dihiris)
1 biji bawang putih(dihiris)
1 biji telur
2-3 biji cili
Soohun
garam
air
Cara :
1.Panaskan minyak dan masukkan bawang merah dan bawang putih.
2.Bila dah naik bau,masukkan air.
3.Kemudian masukkan cili,petola,soohun,dan petola
4.Masukkan garam secukupnya
5. Masukkan telur.
6.Masak sehingga mendidih...
7.Siap untuk dihidangkan.
Yummy....makan
Mei topap giveaways by Cik Yaya
Malam nih mood nak join GA banyak-banyak...
(Klik Banner untuk join)
LINE : Maxis & Celcom
TAG : Tulip Merah
Due Date : 31 Mei 2013
Jom ramai-ramai join GA....sokong kawan-kawan blogging...
Friday, 24 May 2013
Apa itu Autisme?
Hari ni aku post mengenai autisme coz geram kat sorang parent nih....aku syak sesuatu kat anak dia then suruh ler dia bawak anaknya jumpa doktor pakar kanak-kanak...but dia buat tak endah aje...
Aku bukannya apa,kesian kat kanak-kanak tuh...ketinggalan berbanding dengan rakan-rakannya.Memang ler sekarang tak nampak sangat kesannya.Tapi bila dah masuk sekolah nanti....baru ler nak sedar...
Lagipun bukan kah tindakan awal mampu mengelak daripada menjadi lebih teruk.
Aku hanya mampu menasihatinya....
Autisme ialah gangguan psikitrik atau gangguan perkembangan yang mengakibatkan masalah dalam komunikasi dan kemahiran sosial sama ada perkembangan bahasa yang lambat atau tidak berkembang.Pendek kata ianya mengenai masalah mengaitkan perkataan dengan penuh makna,interaksi sosial dan kesukaran untuk memahami persekitaran.
Ingat,pengesanan awal mampu menyelematkan keadaan dan kanak-kanak ini boleh dilatih sekurang-kurangnya untuk menguruskan diri sendiri.
Ianya boleh dikesan mulai 12 bulan hingga tiga tahun.Kategori autisme ialah 'autisme autistic disorder',Atypical Autisme',Pervasive Developmental Disorder.Antara simptom simptom autisme ialah:
~ Tidak menunjukkan eye contact
~ Tidak bertindak balas terhadap senyuman
~ Tantrum yang keterlaluan tanpa sebab sehingga mencederakan diri seperti menghantukkan kepala ke dinding.
~Sering menyebut sesuatu perkataan secara berulang-ulang atau mengeluarkan suara robotik atau disebut sebagai echolalia.Mereka juga sering mengulang-ulang apa yang diperkatakan dan kerap menlentikkan badan seolah-olah mengelak apabila dipeluk.
~Tidak menunjukkan minat untuk berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain,malah selesa bermain sendirian.
Gemar mengibarkan tangan dan memusingkan badan setempat.Malah pada kanak-kanak 18 bulan ke atas,mereka cenderung untuk menggunakan isyarat berbanding perkataan.
~Terlalu sensitif,mempunyai minat yang pelik kepada sesuatu seperti cahaya,bunyi,atau pergerakkan.
~Mereka juga sering kali menunjukkan obsesi kepada sesuatu perkara seperti permainan tertentu sahaja.
~Sukar untuk mengubah rutin yang mana jika diubah akan mengakibatkan tantrum.
Penyakit ini diwarisi secara keturunan atau genetik tanpa sebab yang diketahui.Hal ini kerana autisme disebabkan oleh keganjilan pada faktor biologi dan neurologi pada otak mereka.Rawatan terapi untuk kanak-kanak autisme hanya boleh dijalankan oleh pakar sahaja.
Thursday, 23 May 2013
Maju ke hadapan
The Past is where you learned the lesson.....
Yup.....setuju sangat-sangat..Pengalaman adalah guru terbaik dalam kita menjalani kehidupan..
Cabaran dan dugaan yang telah kita lalui akan membuatkan kita terus tabah untuk menghadapi dugaan yang akan datang...
Bila kita berdepan dengan masalah,jangan ler cepat berfikiran negatif...selalu ler fikirkan positif.Mungkin apa yang kita lalui itu adalah hanyalah sedikit dugaan daripada-Nya....Ada lagi orang lain yang lebih teruk daripada apa yang kita lalui itu...Bersabar ler dan terus bangkit...jangan sesekali tunduk pada masalah...
Aku sendiri pernah lalui macam-macam dugaan.Sehinggakan pernah ler aku jatuh 'terduduk'.Tapi alhamdulillah dan aku bersyukur yang aku tidak terus terduduk.Aku bangun bangkit,berjalan...dan kini terus berlari mengejar impian.
Harapan aku,semoga impian ku menjadi realiti...;)
The Future is where you apply the lesson....
Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan...Guna lah pengalaman-pengalaman lalu untuk menghadapi dugaan atau cabaran di masa hadapan.
Dan terus ler bangun untuk maju ke hadapan....
Berjaya dan terus berjaya di masa hadapan....InsyaAllah
Gud Luck everyone!!!
Wednesday, 22 May 2013
3rd Annivesarry GA Blog by Emas Putih
As-Salam
22 MAY 2013 - 05 MAY 2013
3rd Annivesary GA Blog by Emas Putih dilancarkan dan di sponser oleh Emas Putih , Fizgraphic , May-May Shida Radzuan , Nazatul Nashya , Miszz Nadea , Siti Noraihan Roslan , Siti Khadijah Bt Hashim , Izzat Syahir , Shahmeel Zulkafali , Shazillah Sani , Kinara Kinatara , Dedeq De Wishes , Anis Najiha , Nur Shuhada Abdullah , Jurayati Ali , Nursalamah Qalish , Chun Chun Reyyah , Nabila Medan , Nur Arifah Aishah Abdullah , Nieyxzha Hassan , Mawardi Yunus , Bismil Azian , Nor Syazwani , Mb Isam Ismail Yeputta Najihah , Julia Jamaludin , Izyan Yan Cinnamon , Mas Izzati Abdul Majid , Intan Terpilih , Amirul Aslam dan Amar Zaim .
Subscribe to:
Posts (Atom)