Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Friday 24 May 2013

Apa itu Autisme?

Hari ni aku post mengenai autisme coz geram kat sorang parent nih....aku syak sesuatu kat anak dia then suruh ler dia bawak anaknya jumpa doktor pakar kanak-kanak...but dia buat tak endah aje...
Aku bukannya apa,kesian kat kanak-kanak tuh...ketinggalan berbanding dengan rakan-rakannya.Memang ler sekarang tak nampak sangat kesannya.Tapi bila dah masuk sekolah nanti....baru ler nak sedar...
Lagipun bukan kah tindakan awal mampu mengelak daripada menjadi lebih teruk.

Aku hanya mampu menasihatinya....


Autisme ialah gangguan psikitrik atau gangguan perkembangan yang mengakibatkan masalah dalam komunikasi dan kemahiran sosial sama ada perkembangan bahasa yang lambat atau tidak berkembang.Pendek kata ianya mengenai masalah mengaitkan perkataan dengan penuh makna,interaksi sosial dan kesukaran untuk memahami persekitaran.

Ingat,pengesanan awal mampu menyelematkan keadaan dan kanak-kanak ini boleh dilatih sekurang-kurangnya untuk menguruskan diri sendiri.

Ianya boleh dikesan mulai 12 bulan hingga tiga tahun.Kategori autisme ialah 'autisme autistic disorder',Atypical Autisme',Pervasive Developmental Disorder.Antara simptom simptom autisme ialah:

~ Tidak menunjukkan eye contact
~ Tidak bertindak balas terhadap senyuman
~ Tantrum yang keterlaluan tanpa sebab sehingga mencederakan diri seperti menghantukkan kepala ke dinding.
~Sering menyebut sesuatu perkataan secara berulang-ulang atau mengeluarkan suara robotik atau disebut sebagai echolalia.Mereka juga sering mengulang-ulang apa yang diperkatakan dan kerap menlentikkan badan seolah-olah mengelak apabila dipeluk.
~Tidak menunjukkan minat untuk berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain,malah selesa bermain sendirian.
Gemar mengibarkan tangan dan memusingkan badan setempat.Malah pada kanak-kanak 18 bulan ke atas,mereka cenderung untuk menggunakan isyarat berbanding perkataan.
~Terlalu sensitif,mempunyai minat yang pelik kepada sesuatu seperti cahaya,bunyi,atau pergerakkan.
~Mereka juga sering kali menunjukkan obsesi kepada sesuatu perkara seperti permainan tertentu sahaja.
~Sukar untuk mengubah rutin yang mana jika diubah akan mengakibatkan tantrum.

Penyakit ini diwarisi secara keturunan atau genetik tanpa sebab yang diketahui.Hal ini kerana autisme disebabkan oleh keganjilan pada faktor biologi dan neurologi pada otak mereka.Rawatan terapi untuk kanak-kanak autisme hanya boleh dijalankan oleh pakar sahaja.

1 comment: