Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Thursday, 30 May 2013

Ingat dan terus beringat....





1001 Khasiat Rumpai Laut

Apa itu rumpai laut?

Rumpai laut ialah sejenis tumbuhan herba yang tumbuh secara terapung di laut dan ianya banyak terdapat di Semporna,Sabah.




Apakah khasiat rumpai laut?

Khasiat rumpai laut ialah untuk kesihatan dalaman,kecantikkan kulit dan mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik kerana rumpai laut mempunyai banyak kandungan mineral yang diperlukan badan manusia.

Khasiat lain rumpai laut....
~~ Meningkatkan system imun dan metabolisme badan
~~      Menguatkan system abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
~~      Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
~~      Memejalkan payudara,otot dan punggung
~~      Memberi tenaga
~~      Menyihatkan kuku dan rambut
~~      Mengurangkan selulit
~~      Mengurangkan penuaan pramatang seperti kedutan
~~      Melancarkan perederan darah,mengurangi sakit bahu dan belakang
~~      Mencegah kanser atau tumor
~~      Menurunkan tekanan darah tinggi
~~      Merawat penyakit gout
~~      Meningkatkan sel rawan,ligament dan otot
~~      Menguatkan tulang dan sendi serta menjauhi arthritis dan osteoporosis
~~      Merawat anemia
~~      Melicin,menegang dan menghaluskan kulit
~~      Merangsang penghasilan sel-sel baru kulit dan menyembuhkan luka
~~      Membersihkan tubuh daripada reaksi radikal bebas
~~      Memelihara usus kecil iaitu mengelak daripada terkena sembelit atau buasir
~~      Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan dan merawat gastrik
~~      Anti bakteria/kulat
~~      Menurunkan tahap kolestrol dalam tubuh
~~      Menyerap lebihan garam dalam tubuh dimana boleh mengelak daripada terkena lumpuh
~~      Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
~~      Menstabilkan kandungan gula dalam darah(kencing manis)
~~      Memberikan rasa kekenyangan (diet semulajadi)
~~      Melancarkan kitaran darah
Pengambilan kolagen secara teratur dan berterusan member kesan yang sangat positif di mana menjadikan kulit keseluruhan badan licin,halus,lembut dan cerah.Pori-pori kulit wajah

mengecil dan nampak segar bermaya.


Lagi cerita-cerita kebaikkan rumpai laut layari : Rumpai Laut



Wednesday, 29 May 2013

Tambah aksesori....duit lagi...

Hi....conteng-conteng skit sambil tengok final Kilauan Emas...
First time tengok kilauan emas...layan aje walaupun tak tahu pe pun pasal peserta...

Tiga empat hari lepas aku duk sakit kepala aje...mula-mula tu ingatkan migrain...
Makan panadol...tidur...tapi tak hilang jugak sakit nya...
Fikir punya fikir mencari penyebab sakit kepala...
Oh....mungkin coz mata kot...
Aku belum pernah pakai cermin mata lagi...tapi selalu sangat mengadap laptop...
pandangan jelas cuma aku alah skit pada sinaran cahaya.

So,tadi lepas kerja pergi ler kedai cermin mata...
Check mata...orang kedai kata 100/100...
digalakkan pakai cermin mata....
Adoi....tambah lagi aksesori aku....kena sediakan duit untuk cermin mata lak...
Adoi lagi...kena ler pakai cermin mata juga....
Jaga mata...nak guna lama....

Tapi tadi aku tak terus beli coz tak jumpa bingkai yang berkenan...
Ingat weekend nih nak pergi cari.....

So,pada yang ada pengalaman pakai cermin mata tuh,boleh tak kongsi tip atau pengalaman memakai...apa trend cermin mata terkini?Jom sama-sama kongsi okey....

Lepas check mata...nampak kedai coolblog...mana boleh tak beli kan...
Hari nih aku beli coolblog 'Mocha+Pearl'






Taska vs pengasuh di rumah...

Buka topik hal kanak-kanak skit...ini adalah pendapat aku...

Dulu ketika aku belum tahu apa itu taska,aku sendiri mempunyai pandangan negatif terhadap taska.Coz apa yang aku tengok,taska ramai budak,penjagaan macam terabai...

Tapi bila pertama kali aku pergi kursus asas asuhan kanak-kanak,minda aku mula terbuka mengenai penjagaan dan pendidikan kanak-kanak.Hatiku masih berkata,nanti bila dah ada anak,aku nak asuh sendiri ler kat rumah dengan berpandukan ilmu yang aku ada ini....

Tapi (tapi lagi)......bila aku faham makna perkembangan menyeluruh iaitu :

"Perubuhan yang dapat dilihat dengan jelas dalam proses bayi hingga kanak-kanak membesar meliputi empak aspek utama iaitu perkembangan fizikal,bahasa,kognitif dan sosio-emosi."


Bila fikir balik,kalau asuh anak sendiri di rumah,ada satu benda yang kanak-kanak tak dapat dalam aspek perkembangan menyeluruh iaitu aspek bersosial....Dia tak akan biasa berkawan dan bermain dalam kumpulan.

Dari sini ler aku buat keputusan,meninggalkan kanak-kanak di taska ialah TEMPAT TERBAIK.Di taska,staff yang bekerja mempunyai latihan dan pengetahuan tentang pendidikan awal kanak-kanak,Dia orang sememangnya tahu apa yang terbaik untuk anak anda....apa yang sesuai untuk anak anda....

Setengah ibu bapa pula lebih suka menghantar anak mereka ke rumah pengasuh.Kononnya nak suruh pengasuh fokus jaga anaknya sahaja.Tapi (huhuhuuuu tapi lagi).....aku tak setuju pengasuh di rumah kerana,kebanyakkan pengasuh di rumah hanya mengetahui ilmu menjaga anak anda tetapi tidak mengetahui atau tidak mengetengahkan aspek perkembangan menyeluruh kepada anak anda.

Pengalaman aku sendiri bila melihat hasil anak jagaan taska dan anak jagaan pengasuh di rumah adalah amat berbeza...kebanyakkan anak taska pandai berdikari dan berdisplin.Ini berbea dengan anak jagaan di rumah yang mana biasanya anak jagaan di rumah dimempunyai aktiviti untuk anak anda.Anak anda hanya bermain sahaja tanpa di rangsang mindanya...

TETAPI....bukan semua taska adalah terbaik.Dalam mencari sebuah taska yang terbaik ibu bapa perlulah melihat terlebih dahulu aktiviti-aktiviti yang dijalankan di taska.Adakah ianya melibatkan perkembangan menyeluruh?

Taska terbaik ialah taska yang menekankan semua aspek perkembangan menyeluruh di samping mementingkan aspek kesihatan dan keselamatan kanak-kanak.

Beri ler yang terbaik untuk pembesaran anak anda!!!


Tuesday, 28 May 2013

Segmen Cabaran Mengumpul Blogger Seramai 1500!!


(Klik Banner Untuk Join)

Jom ramai-ramai join cukupkan 1500 blogger!!





Ya Allah....

Sentiasalah kita berdoa pada-Nya...


Bersyukur dengan apa yang dimiliki........


Monday, 27 May 2013

Minyak Wangi oh Minyak Wangi...

Minyak wangi sentiasa menjadi kegilaan semua orang tidak kira wanita,lelaki,remaja ataupun dewasa.Ianya menjaminkan kebersihan badan daripada bau yang tidak menyenangkan.Minyak wangi sudah wujud sejak zaman Cleopatra lagi di Mesir dan ia dihasilkan dengan gabungan aroma dari kaedah penghasilan pati minyak bunga dan herba.Dan kini,Perancis dan Eropah menjadi tumpuan untuk perdagangan dan penghasilan minyak wangi terkemuka di dunia.


Minyak wangi terbahagi kepada:
~ Eau de parfum - minyak wangi yang paling tinggi kepekatannya,tahan sehingga enam jam
~ Eau de toilette - bertahan dua hingga empat jam
~ Eau de cologne - bertahan dua jam pemakaian

Kesesuaian wangian di pakai juga bergantung pada personaliti dan imej diri adalah pengenalan personaliti anda sama ada anda seorang yang klasik,dramatik,nautral,lasak atau feminin

~ Klasik - sesuai wangian berbentuk kepada bungaan dan bau bedak iaitu sedikit bau bunga dan bau kayu.
~Dramatik -  Sesuai memilih pesona bau minyak wangi yang lebih kuat dari keluarga oriental atau musk.
~ Natural atau lasak -  sesuai dengan aroma kehijauan tumbuhan serta kesegaran sitrus.
~ Feminin - sesuai dengan pelbagai pilihan aroma bunga

Untuk memakai minyak wangi,semburlah pada titik nadi seperti belakang telinga,leher,pergelangan tangan dalam,tengah dada,siku dan lutut.Kenapa pada titik nadi?....Titik nadi akan memanaskan minyak wangi yang berada di situ untuk memberikan ketahanan pengeluaran bau yang berpanjangan.

Sesuai juga di pakai secara berperingkat supaya keharuman berkekalan sepanjang hari seperti wangian aroma dari sabun atau gel mandian serta losyen badan dipakai sewaktu pagi,eau de toilette pada waktu tengah hari dan eau de parfum pada waktu petang dan akan bertahan sehingga malam.

Wangian minyak wangi mampu menyegarkan anda dan terasa yakin dalam melakukan aktiviti harian. 


Aku guna.....Japanese Cherry Blossom semestinya produk The Body Shop

U alls pakaian wangian apa lak?kongsi...kongsi...



Sunday, 26 May 2013

20 Perkara boleh membawa anda ke Syurga....


Sama-sama ler kita bermuhasabah diri....Ingat,dunia hanya sementara...Akhirat juga yang kekal...