Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Wednesday, 29 May 2013

Taska vs pengasuh di rumah...

Buka topik hal kanak-kanak skit...ini adalah pendapat aku...

Dulu ketika aku belum tahu apa itu taska,aku sendiri mempunyai pandangan negatif terhadap taska.Coz apa yang aku tengok,taska ramai budak,penjagaan macam terabai...

Tapi bila pertama kali aku pergi kursus asas asuhan kanak-kanak,minda aku mula terbuka mengenai penjagaan dan pendidikan kanak-kanak.Hatiku masih berkata,nanti bila dah ada anak,aku nak asuh sendiri ler kat rumah dengan berpandukan ilmu yang aku ada ini....

Tapi (tapi lagi)......bila aku faham makna perkembangan menyeluruh iaitu :

"Perubuhan yang dapat dilihat dengan jelas dalam proses bayi hingga kanak-kanak membesar meliputi empak aspek utama iaitu perkembangan fizikal,bahasa,kognitif dan sosio-emosi."


Bila fikir balik,kalau asuh anak sendiri di rumah,ada satu benda yang kanak-kanak tak dapat dalam aspek perkembangan menyeluruh iaitu aspek bersosial....Dia tak akan biasa berkawan dan bermain dalam kumpulan.

Dari sini ler aku buat keputusan,meninggalkan kanak-kanak di taska ialah TEMPAT TERBAIK.Di taska,staff yang bekerja mempunyai latihan dan pengetahuan tentang pendidikan awal kanak-kanak,Dia orang sememangnya tahu apa yang terbaik untuk anak anda....apa yang sesuai untuk anak anda....

Setengah ibu bapa pula lebih suka menghantar anak mereka ke rumah pengasuh.Kononnya nak suruh pengasuh fokus jaga anaknya sahaja.Tapi (huhuhuuuu tapi lagi).....aku tak setuju pengasuh di rumah kerana,kebanyakkan pengasuh di rumah hanya mengetahui ilmu menjaga anak anda tetapi tidak mengetahui atau tidak mengetengahkan aspek perkembangan menyeluruh kepada anak anda.

Pengalaman aku sendiri bila melihat hasil anak jagaan taska dan anak jagaan pengasuh di rumah adalah amat berbeza...kebanyakkan anak taska pandai berdikari dan berdisplin.Ini berbea dengan anak jagaan di rumah yang mana biasanya anak jagaan di rumah dimempunyai aktiviti untuk anak anda.Anak anda hanya bermain sahaja tanpa di rangsang mindanya...

TETAPI....bukan semua taska adalah terbaik.Dalam mencari sebuah taska yang terbaik ibu bapa perlulah melihat terlebih dahulu aktiviti-aktiviti yang dijalankan di taska.Adakah ianya melibatkan perkembangan menyeluruh?

Taska terbaik ialah taska yang menekankan semua aspek perkembangan menyeluruh di samping mementingkan aspek kesihatan dan keselamatan kanak-kanak.

Beri ler yang terbaik untuk pembesaran anak anda!!!


2 comments:

  1. den setuju..taska adalah tpt yg terbaik utk pendidikan pra anak kito..dr sana diorg dididik oleh cekgu yg terlatih..taska yg didaftarkan bwh JKM yoo....xmo taska yg ntah apo² ntah tuhh..bahaya wooo....

    alhamdulillah, anak daro den dolu den lotak bwh asuhan pusat taska TIMANG under LPPKN..sgt terbaek!!!!...dr umo setahun sampai 7 thn, anak den bahagio kek sano..cekgu best, pengasuh best, sumo best laa..mknan yg disediokan ikot nutrisi yg diberi oleh dokter kat LPPKN...den sgt berpueh hati anak daro den dibosarkan kek TIMANG...

    ReplyDelete
  2. taska bagus untuk development sebenarnya...tapi kenalah pilih taska yang betul... jangan taska yang tangkap muat jer kan?

    ReplyDelete