Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Sunday, 29 September 2013

MINI GIVEAWAY by T-SHIRT MUDAH TERENGGANU PART 2


(Klik banner untuk sama-sama join)

Due Date : 3 Okt 2013

Saturday, 28 September 2013

3000 SLE Supporters Giveaway


Assalamualaikum.


klik banner untuk join


Senarai hadiah:
Cash RM100 x 1, doodle ART button badge x 10, DuniaShida button badge x 3, perfume x 2, photo canvas (art kufi) x 3, photo canvas (typography canvas) x 3, Novel x 5, tudung bawal x 3, beauty tool x 1, bookmark limited edition x 15, pin ribbon x 2, topup RM10 x 8, topup RM5 x 5

3000 SLE Supporters Giveaway dianjurkan oleh DayangDeno dan disponsor oleh DayangDeno, NazrinaHussin, DuniaShida, Canvas D'Arte, Hawadah, Mojat, DyshaSahhir, MamaDarwiish, AkuMira, Pinkizluv, NadiaDiana, Cahaya Jannah, AdamFaiz, AisyaLieza, Nasuha, GreenAmila, CikkMira

Tamat 24 Oct 2013, 12malam

Duo Giveaway By AmiLia





-Tekan Banner-

Saya Join Giveaway Ini
Giveaway Ini Anjuran 2 Budak UPSR Amirah & Lia Dan Disponsor Oleh Lilly Lolly , Sofyy Lavender , Adam Faiz , Mama , Koleksi Cinta Raff , Aimi Wardina , Tasha Aqisha , Fans Of Blogger , Izzah Aliya , DK Blog & Falova Outlet



1st Giveaway by Sheila Eiman


(Klik banner untuk join)

Due Date : 12 Oktober 2013

Friday, 27 September 2013

3 Hari Lagi GA Akan Berakhir...Ayuh Sebelum Terlambat...

Assalamualaikum....

3 Hari lagi September Giveaway By Kasihlestariabadi akan berakhir...


(Klik banner untuk join)

Ayuh ramai-ramai menyertai giveaway ini sebelum terlambat....
100 pemenang yang di cari oleh KLA...
Mana tahu,rezeki anda untuk menjadi salah seorang daripada 100 pemenang itu.....

Apa lagi...Jom join....


~~Smile~




Wednesday, 25 September 2013

Cuti-cuti Terengganu

Assalamualaikum....

Lagi kisah KLA di Terengganu...


Cuti,Terengganu,Homestay,Kuala Ibai

Pemergian KLA ke Terengganu untuk kali ini,KLA menginap di homestay di Kuala Ibai...Kemas dan teratur sahaja rumahnya.KLA memang galakkan pada sesiapa yang berkunjung ke Terengganu,boleh lah menemppah untuk menginap di sini...

Cuti,Terengganu,Kuala Ibai,Homestay,Rumah Penginapan

Hubungi no di atas untuk tempahan.Homestay ini terletak di bawah jambatan Kuala Ibai dan berdekatan dengan restoran ikan bakar yang sememang popular di Kuala Ibai dan juga berhampiran dengan Masjid Terapung

Cuti,Terengganu,Nasi Dagang,Makanan

Ini lah rupa nasi dagang.Menu sarapan wajib kalau KLA berada di Terengganu.Nasi ni KLA beli kat kedai "Makngah Nasi Dagang".Sorry,KLA lupa nak snap gambar kedai.Kedai ni terletak selepas jambatan Kuala Ibai,dan sebelum sampai Masjid Sultan Ismail.Sebelah kiri.Kalau nak lebih pasti,tengok sahaja,kedai yang ada banyak kereta parking.

Cuti,Terengganu,Nasi dagang,Kuah,Makanan

Pekat kan kuah nasi dagang ni...Uummmpphhh..memang best nasi dan kuahnya.Terbaik di Terengganu ler.Sebungkus nasi harganya RM3 sahaja.KLA siap makan 2 bungkus lagih....;)

Cuti,Terengganu,Ikan,Udang,Celup tepung,makanan

Ini pula ikan dan udang celup tepung.Ini juga antara aktiviti yang KLA akan buat bila berada di Terengganu.Di Terengganu,orangnya makan 'ratah' aje lauk-lauk nih...tanpa nasi.Teringat pula waktu KLA di Uitm Dungun dulu,bila member-member dari luar Terengganu,diaorang terkejut bila di ajak 'ratah' ikan celup tepung...;)
Ikan dan udang celup tepung ni,KLA makan di Pantai Teluk Ketapang.Setengah orang memanggil Pantai Airport kerana kedudukannya yang bersebelahan dengan lapangan terbang. 

Cuti,Terengganu,Masjid Terapung

Gambar Masjid Terapung a.k.a Masjid Tengku Tengah Zaharah pada waktu Maghrib.

Cuti,Terengganu,Kerepok Lekor,Setiu,Merang

Antara fav kedai KLA beli kerepok lekor...first kedai mestilah kedai yang ambil no tuh.Nak tahu kisah kedai tu boleh klik Di Sini.Bagi KLA,kedai Keropok Mengabang Tapah ni adalah yang kedua best.Kedai ni terletak di pantai Merang,Setiu. 

Nak tahu lebih banyak kisah-kisah KLA di Terengganu,klik




Tuesday, 24 September 2013

Hadiah GA #17

Assalamualaikum....

Terlambat pula KLA buat post entry hadiah nih...
Dah seminggu KLA terima hadiah nih cuma sibuk sikit...Tak sempat nak update..

Hadiah yang KLA dapat ialah...

Hadiah : Doodle Girl Berpurdah.
Sponsor By : Blog Cik Hannaannnnn

Thanks Cik Hanan...Ayu ajer bila berpurdah...Sweet!!

Thursday, 19 September 2013

Keajaiban Sedekah

Assalamualaikum....

Sedekah adalah ungkapan kejujuran iman seseorang.Sedekah bukan sahaja boleh diberi dalam bentuk wang ringgit atau pun harta benda,malah sedekah juga boleh diberi dengan cara menyedekahkan idea,tenaga,ilmu yang berguna dan senyuman.Dengan cara ini,sekurang-kurangnya dapat mengembirakan dan  meringankan beban orang yang kita tolong.Tapi ingat,bersedekahlah dengan hati yang ikhlas kerana Allah SWT tanpa mengharapkan balasan.

Keajaiban sedekah,Kasih,Lestari,Abadi

Kelebihan orang bersedekah....

#1 - Dapat melepaskan tekanan atau penyakit kerana orang tidak sedekah atau bakhil hatinya keras kerana tidak akan merasa belas kasihan sesama manusia.

#2 - Orang bersedekah merasa dirinya lapang dan tenang kerana memberi lebih baik daripada menerima.

#3 - Sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua-dua ibu bapa walaupun ibu bapa masih hidup.Bagi ibu bapa yang mengajar anak-anak supaya sentiasa bersedekah akan mendapat rezeki melimpah ruah dengan izin-Nya

#4 - Orang yang bersedekah juga boleh mendapatkan ketenangan lebih-lebih lagi yang bersedekah pada waktu pagi

#5 - Bersedekahlah kepada saudara kerana tidak sempurna iman jika tidak menyayangi saudara sendiri.

#6 - Keajaiban bersedekah ialah akan sentiasa mencukupi wang kerana janji Allah ialah menggantikan semula apa yang disedekahkan 10 kali ganda.

Cara mudah bersedekah..klik DI SINI