Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Sunday, 27 October 2013

Giveaway Jom Menang


KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:
i) 1 set perfume bernilai RM120.00
ii) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iii) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iv) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Keychain

Hadiah ditaja oleh Loveperfume & Yumida


TAMAT: 9 NOVEMBER 2013

Friday, 25 October 2013

Tip Promosi 8share

Assalamualaikum....

Sekarang,ramai yang dah menyertai 8share dan ramai juga yang dah berjaya buat duit.
Senang aje sekarang nak buat duit,budak-budak sekolah yang jadi blogger pun dah ada yang buat duit melalui 8share.KLA yang tergolong dalam kalangan 'baby blogger'(belum sampai setahun umur blog) ini pun,alhamdulillah dah berjaya cashout pertama 8share.

Oleh yang demikian,sesiapa yang baru nak daftar menyertai 8share boleh ler klik link ini : 8share


Di sini,KLA nak kongsi beberapa tip yang boleh diguna pakai untuk mempromosikan link 8share kalian...

* Iklankan di Facebook timeline.Anda boleh menggunakan ayat-ayat yang telah diberikan oleh 8share atau menggunakan ayat sendiri jika merasakan ayat anda itu kreatif dan power.Jika terdapat iklan yang berkaitan dengan minat kawan anda,kongsikan link tersebut di facebook timeline kawan anda itu.
* Pemasaran email juga antara kaedah yang berkesan untuk promosi link.Hantar email kepada rakan-rakan anda dan jangan lupa selitkan ayat-ayat power.
* Untuk menjadi lebih efektif promosi,pastikan anda mempunyai ramai kenalan di facebook,google+,twitter,instagram.Lebih ramai kenalan anda,lagi banyak potensi iklan anda akan di klik....;)
* Twitter juga merupakan satu medium yang popular pada masa kini.Anda boleh kongsikan link iklan anda itu di twitter dengan menggunakan ayat yang kreatif dan menarik orang ramai untuk klik.
* Jangan lupa facebook group.Anda boleh mengiklankan link-link iklan anda itu di group-group facebook.Lagi kerap anda promosi,lagi banyak potensi untuk iklan anda di klik...

Ok...ini dahulu yang dapat KLA kongsikan.Nanti kalau ada tip baru,KLA kongsikan lagi....smile...;)



Arah Hidup

arah hidup,hikmah,kasih lestari abadi

Thursday, 24 October 2013

10 Faktor Untuk Menjadi Jutawan 2

Assalamualaikum....

KLA nak sambung ENTRI semalam.Jom siapkan diri untuk menjadi jutawan..layannn


Keenam : Mencintai atau minat karier 
Mencintai karier dan perniagaan bagaikan petrol yang tidak akan kering bagi sebuah kereta.Kesungguhan dan keghairahan yang wujud akan membawa kita mencapai kejayaan tanpa mengira penat lelah.Minat pada sesuatu perkara akan membuatkan kita akan fokus dan tidak jemu dalam mencapai kejayaan.

Ketujuh : Kualiti kepimpinan yang tinggi
Perjalanan menuju puncak kejayaan menjadi seorang jutawan,kita mestilah mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.Untuk mencapai sifat kepimpinan yang tinggi,kita hendaklah selalu banyak membaca untuk meningkatkan ilmu yang ada dalam bidang yang diceburi kerana dengan ilmu ini,ianya akan memudahkan kita mengurus dan mengetuai industri kita itu.

Kelapan : Semangat persaingan tinggi
Faktor ini cukup penting untuk memastikan diri anda boleh menjadi jutawan.Persaingan yang paling utama sekali ialah persaingan dengan diri sendiri,iaitu untuk mencapai kejayaan yang lebih besar daripada pencapaian kita sebelum ini setiapa masa.

Kesembilan : Cekap dalam pengurusan
Untuk menjadi seorang jutawan,kita perlu cekap dalam menguruskan diri,perniagaan dan juga orang lain.Pengurusan yang cekap akan menentukan segala kerja berjalan dengan lancar.

Kesepuluh : Kemahiran menjual produk dan idea sendiri
Kebanyakkan jutawan datang daripada bidang perniagaan.Sebagai ahli perniagaan,perkara yang penting ialah kebolehan beliau menjual produk dan idea mereka.Seringkali mereka adalah tergolong dalam  kalangan orang yang bijak berkomunikasi,dalam menjual produk,perkhidmatan dan juga idea sendiri.

Wokeh...harap sedikit sebanyak info ini dapat membantu diri anda semua meningkatkan jati diri menuju puncak kejayaan.


Kejayaan

Kejayaan,kedudukan,hikmah,kasih lestari abadi

Wednesday, 23 October 2013

10 Faktor Untuk Menjadi Jutawan 1

Assalamualaikum....

KLA tahu,semua orang ingin menjadi jutawan,ingin hidup senang.Tapi tahu kah semua, terdapat beberapa faktor yang perlu ada dalam diri seseorang itu sebelum layak menjadi jutawan.

Jom kita tengok faktor-faktornya:


Pertama : Jujur
Jujur merupakan faktor utama dalam mencapai kejayaan sebagai jutawan dan sememangnya sifat jujur adalah sifat yang sangat terpuji.Kita hendaklah sentiasa bersikap jujur dengan semua orang, tidak kira sama ada keluarga, kenalan, rakan perniagaan atau pun pelanggan.
Ingat! JUJUR....

Kedua : Displin
Tidak kira dalam kehidupan,persahabatan,perniagaan,kita perlu mengamalkan sikap berdisplin.Displin diri kita akan menunjukkan sejauh mana kemampuan kita untuk ke hadapan.Displin ini juga untuk memastikan segala aktiviti yang dirancang akan berjalan secara teratur dan berterusan.

Ketiga : Mudah mesra dengan orang lain
Ingat,kita bukan hidup seorang diri di muka bumi ini,dan kita masih memerlukan orang disekeliling kita untuk mencapai kejayaan.Mengikut kajian,84% kejayaan seseorang sememangnya bergantung kepada mereka yang berada disekeliling.Diri kita yang mudah mesra akan memudahkan perhubungan sesama insan dana penerimaan orang sekeliling terhadap kita.Secara tidak langsung,ini dapat membantu kita meluaskan rangkaian kenalan dan perniagaan kita dengan lebih luas dan jauh lagi.

Keempat : Mempunyai pasangan yang memahami dan menyokong
Kejayaan akan mudah dicapai jika kita mempunyai pasangan atau orang yang memahami dan 120% menyokong karier kita.Sokongan tersebut tidak kira daripada suami,isteri,keluarga,sahabat.Sokongan diperlukan dalam membina keyakinan diri yang tegar.

Kelima : Bekerja keras berbanding orang lain
Untuk mencapai tahap jutawan,seseorang itu perlu keluar dari kotak kepompong kebiasaan dan bekerja lebih keras berbanding orang lain.Jangan terkejut,ramai yang sanggup bekerja sehingga 60 - 70 jam atau lebih seminggu.Sanggup berkorban masa untuk mencapai kejayaan menjadi seorang jutawan.

Tunggu sambungan entri kedua esok....SABAR ye...



Curiga

Curiga,Percaya,Hikmah,Kasih Lestari Abadi

Tuesday, 22 October 2013

Emosi vs Cita-cita

emosi,cita-cita,kata-kata hikmah,2013