Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Thursday 24 October 2013

10 Faktor Untuk Menjadi Jutawan 2

Assalamualaikum....

KLA nak sambung ENTRI semalam.Jom siapkan diri untuk menjadi jutawan..layannn


Keenam : Mencintai atau minat karier 
Mencintai karier dan perniagaan bagaikan petrol yang tidak akan kering bagi sebuah kereta.Kesungguhan dan keghairahan yang wujud akan membawa kita mencapai kejayaan tanpa mengira penat lelah.Minat pada sesuatu perkara akan membuatkan kita akan fokus dan tidak jemu dalam mencapai kejayaan.

Ketujuh : Kualiti kepimpinan yang tinggi
Perjalanan menuju puncak kejayaan menjadi seorang jutawan,kita mestilah mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.Untuk mencapai sifat kepimpinan yang tinggi,kita hendaklah selalu banyak membaca untuk meningkatkan ilmu yang ada dalam bidang yang diceburi kerana dengan ilmu ini,ianya akan memudahkan kita mengurus dan mengetuai industri kita itu.

Kelapan : Semangat persaingan tinggi
Faktor ini cukup penting untuk memastikan diri anda boleh menjadi jutawan.Persaingan yang paling utama sekali ialah persaingan dengan diri sendiri,iaitu untuk mencapai kejayaan yang lebih besar daripada pencapaian kita sebelum ini setiapa masa.

Kesembilan : Cekap dalam pengurusan
Untuk menjadi seorang jutawan,kita perlu cekap dalam menguruskan diri,perniagaan dan juga orang lain.Pengurusan yang cekap akan menentukan segala kerja berjalan dengan lancar.

Kesepuluh : Kemahiran menjual produk dan idea sendiri
Kebanyakkan jutawan datang daripada bidang perniagaan.Sebagai ahli perniagaan,perkara yang penting ialah kebolehan beliau menjual produk dan idea mereka.Seringkali mereka adalah tergolong dalam  kalangan orang yang bijak berkomunikasi,dalam menjual produk,perkhidmatan dan juga idea sendiri.

Wokeh...harap sedikit sebanyak info ini dapat membantu diri anda semua meningkatkan jati diri menuju puncak kejayaan.


3 comments:

  1. belum berkesempatan baca part 1...nanti datang balik baca part 1...menarik ni... ^_^

    ReplyDelete
  2. hihi.. kena baca part 1 dulu la ni.. :)

    ReplyDelete
  3. gigih nak baca ni .. KLA.. tq hadiah topup.. :) jom la join GA L..

    ReplyDelete