Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Saturday, 31 May 2014

Resepi : Kek Marble

Assalamualaikum....

Rasanya dah lama KLA tak kongsi resepi masakan....
Kali ini KLA cuba buat kek pula...asyik masak lauk aje...sekali sekala cuba ubah angin...

Hidup pun kena berubah juga,tak boleh asyik berada di zon selesa...kadang kala perlu lakukan perubahan...;)

Resepi,Kek Marble,Sedap,Senang,Jimat,lembut,gebu

Tetiba KLA terasa nak buat kek marble...bila ada kesempatan tadi,terus sahaja KLA buat.Bahan nya dah lama beli,tapi untuk membuatnya yang terhad...asyik sibuk dengan kerja...

Ok ler,KLA tak nak coletah banyak...Jom terjah resepi Kek Marble

Bahan-bahannya...

8 Biji Telur
225g Gula Kastor
340g Mentega Tanpa Garam
255g Tepung
1 1/2 Sudu Teh Baking Powder
1 1/2 Sudu Teh Esen Vanila
2 Sudu Besar Serbuk Koko
1/4 Sudu Teh Garam

Cara membuatnya....

1. Pukul mentega dengan menggunakan mixer hingga gebu
2. Dalam bekas berasingan,pukul telur kuning bersama gula sehingga ringan dan pastikan gula itu hancur.
3. Kemudian masukkan telur ini sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega
4. Pukul dengan mixer sehingga semuanya sebati
5.Di dalam bekas berasingan pula,pukul putih telur sehingga tidak jatuh apabila diterbalikkan
6. Masukkan sedikit demi sedikit adunan putih telur ke dalam adunan mentega dan telur kuning tadi.Gaul sehingga sebati
7. Masukkan pula tepung,baking powder,esen vanilla,garam.Gaul lagi sehingga sebati.
8. Ambilkan 1/2 daripada adunan dan masukkan ke dalam bekas berasingan.Campurkan serbuk koko ke dalam salah satu adunan itu.
9. Masukkan adunan koko dan adunan mentega ke dalam loyang secara berselang seli.
10. Apabila siap,masak adunan ke dalam oven dengan suhu 160 degree celcius selama 40-50 minit atau sehingga masak.

Selamat mencuba.....PEACE..;)

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih

As-Salam

[Siala nak join sila tekan banner di atas]

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas PutihNasibah KhushairyKasih Lestari Abadi Nor Farihan AyobNannie Isa , dan yangbaik .

Thursday, 29 May 2014

Kusinero Cinta

Assalamualaikum....

KUSINERO CINTA....bila dapat tahu Jericho berlakon dalam cerita ini,terus KLA fikir,wajib tengok ini!!Tambah pula Aaron Aziz pun ada...dua-dua hero kegemaran KLA...


Sinopsis Cerita 

Fredo Rivera adalah seorang anak muda yang berasal dari Cebu, Filipina yang mengejar impian untuk menjadi chef yang berjaya. Edrinna Mahadzir pula gadis yang datang ke Manila bersama ibunya, Datin Raudhah untuk melawat kafe milik mereka yang beroperasi di sana.

Namun, takdir menemukan Fredo dan Edrinna di kafe berkenaan. Pada mulanya hubungan mereka kurang baik kerana kehadiran Hafizul Fitri yang meminati Edrinna. Pada suatu hari, Edrinna hilang di Manila dan Fredo yang berjaya menyelamatkannya. Justeru, hubungan mereka juga semakin akrab semula,

Fredo yang tidak ada tempat tinggal dan pekerjaan juga diambil bekerja oleh Chef Rio yang memiliki restoran yang terkenal di Manila. Bermula sebagai pencuci pinggan, Fredo akhirnya berjaya menjadi pembantu chef kepada Chef Rio. Di La Secret, Fredo bertemu dengan Justina, anak perempuan Chef Rio yang turut bekerja di situ.

Sementara itu, Syed Izmir pula sangat meminati bidang masakan, tetapi terpaksa menyambung pengajian dalam jurusan perniagaan kerana memenuhi hasrat bapanya yang kaya. Dalam perjalanan ke Manila kerana urusan perniagaan bapanya, Syed Izmir bertemu dengan Edrinna. Pada masa sama, dia juga bertemu dengan Fredo dan berkawan baik dengannya. Mereka juga bertemu kembali ketika menyambung pengajian di Melbourne. Apakah kesinambungan hubungan mereka? Saksikan di Kusinero Cinta. 

Harap cerita ini tak membosankan hingga episod akhir.....:)

Al-Fatihah






Tuesday, 20 May 2014

Semua berakhir minggu ini..

Assalamualaikum

Dah lama rasanya KLA tak tulis apa-apa kat blog...
Alasan macam biasa ler...sibuk...tak ada masa...tak ada idea...tak ada mood...
Itu semua alasan...huhuhuuu...

Hari ni niat nak fokus tulis blog...
Esok dah lupa...Tinggalkan lagi....
Manusia oh manusia...

KLA tak nak niat apa-apa ler...ekekke


Semua berakhir minggu ini....
Sebenarnya KLA bukan suka sangat tengok tv...Ntah macam mana sekarang nih boleh pula KLA layan 3 cerita drama ni iaitu "Aku Isterinya","Miranda" dan " Romi dan Julia"...Tapi kesemua tiga-tiga drama ni akan berakhir minggu ini...Harap lepas ni KLA dah tak terjebak dengan mana-mana drama....;)

P/S : Mencari penawar sakit jantung...sila klik DISINI
Jangan lupa tekan LIKE!!



Saturday, 3 May 2014

Jadi Yang Terbaik


Friday, 2 May 2014

Cuba Berdikari



Thursday, 1 May 2014

Panduan Perniagaan Cupcake

Assalamualaikum...

Hari ini sudah pun mula memasuki bulan Rejab...Ini bermakna dalam dua bulan sahaja lagi Ramadan akan menjelma dan diikuti dengan Syawal.. Bagaimana dengan persiapan Syawal?ada yang dah tempah baju raya?Ahak...apa pun jangan lupa ganti puasa pada yang belum menggantikannya....:)

Tetapi dalam memikirkan Syawal yang bakal menjelma,pasti anda juga memikirkan pendapatan lebih...Macam KLA ler yang asyik fikir duit lebih.Bukan apa,raya sekali setahun...nak juga rasa melaramnya...tambah pula sekarang ini,semua kos yang sudah meningkat...Nak tak nak,kena juga cari duit lebih.

Oleh itu,KLA cadangkan apa kata anda buat perniagaan cupcake.Permintaan cupcake yang semakin meningkat dan sesuai untuk semua majlis seperti hari raya,kahwin,bertunang,hari lahir,perpisahan dan macam-macam ler.

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh ler klik imej di bawah:



Dengan mempelajari dari A-Z mengenai pembuatan cupcake hingga lah ke tahap pemasaran cupcake.Tidak rugi kalau anda mencuba.Mana tahu,dengan percubaan ini,anda mampu meninggalkan kerja anda yang memeningkan kepala di pejabat itu.

Jangan fikir perniagaan ini untuk yang sudah berkahwin sahaja,para pelajar juga sesuai untuk mencari duit sampingan....tidak perlu lagi menyusahkan ibu bapa menghantar duit belanja di universiti...best kan?...ayuh,kita mulakan perniagaan sekarang....


P/S: Terbayang-bayang cupcake yang enak-enak...nyummy..