Assalamualaikum....
Apa cerita hari ini?Mood ok ke tak?Mari kita ceriakan hari
ini dengan menambah pengetahuan mengenai cara buat duit di blog tanpa
mengeluarkan modal dengan melalui penawaran sewa tapak iklan.
Tapak iklan yang ditawarkan biasanya di bahagian atas
blog,sebelah tepi atau pun di antara entri. Iklan dibuat sama ada
dalam bentuk banner atau text.Terdapat beberapa size yang ditawarkan oleh para
blogger,tetapi size yang popular ditawarkan ialah size 125 x 125.
Untuk penetapan harga pula ialah bergantung pada jumlah
trafik pada blog tersebut.Semakin tinggi trafik blog tersebut,semakin tinggi
juga harga sewa tapak iklan ditawarkan.Tapi,jika diperhatikan pada blog-blog
yang menawarkan sewa tapak iklan,harga yang ditawarkan untuk iklan bersize 125
x 125 ialah RM5 – RM10 sebulan.Apa pun,harga bergantung pada penjenamaan blog
tersebut.
Namun begitu,Kita tidak
boleh sesuka hati menawarkan servis pengiklanan kepada orang lain.Hari ini kita
buat blog,esok terus menawarkan servis sewa tapak iklan.Pasti tiada yang
berminat dengan servis yang ditawarkan itu.Nak tahu KENAPA?
KERANA....
Jika kita ingin
menyediakan servis sewa tapak iklan,pertama sekali ialah kita hendaklah
memastikan trafik yang datang ke blog kita ialah tinggi,baru lah ramai orang
yang berminat untuk menyewa.Ini penting untuk penyewa merasa amat berbaloi
untuk melabur duit di blog kita walaupun hanya RM5.Duit tetap duit.Jumlah
trafik yang datang hendaklah di tunjuk kepada orang ramai dengan menyediakan
satu entri khas mengenainya.
Selain itu,trafik juga
boleh dilihat dengan melihat berapa ramai jumlah follower blog tersebut.Semakin
ramai follower di blog kita, ini akan membuktikan blog kita dikenali ramai dan
peluang iklan tersebut untuk di lawati amatlah tinggi.
Anda juga tidak boleh
menafikan hak ranking alexa.Ini juga penting untuk di nilai dalam menyediakan
servis sewa iklan.Ranking alexa berfungsi untuk menunjukkan kedudukan blog anda
sebagai penerima trafik sama ada dari Malaysia mahupun luar Malaysia.Ranking
ini akan menunjukkan semakin rendah ranking blog anda,semakin mudah orang
menjumpai blog anda,juga semakin tinggi lah harga sewa tapak iklan anda
tersebut.
Di harap,serba sedikit apa yang KLA kongsi ini mampu
membantu para blogger yang masih newbie dalam mencari pendapatan sampingan.
~ Doa,Usaha,Ikhtiar,Tawakal ~