Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Wednesday 20 August 2014

Buat Duit dengan Sewa Tapak Iklan di Blog

Assalamualaikum....

Apa cerita hari ini?Mood ok ke tak?Mari kita ceriakan hari ini dengan menambah pengetahuan mengenai cara buat duit di blog tanpa mengeluarkan modal dengan melalui penawaran sewa tapak iklan.

Tapak iklan yang ditawarkan biasanya di bahagian atas blog,sebelah tepi atau pun di antara entri.Iklan dibuat sama ada dalam bentuk banner atau text.Terdapat beberapa size yang ditawarkan oleh para blogger,tetapi size yang popular ditawarkan ialah size 125 x 125.

Untuk penetapan harga pula ialah bergantung pada jumlah trafik pada blog tersebut.Semakin tinggi trafik blog tersebut,semakin tinggi juga harga sewa tapak iklan ditawarkan.Tapi,jika diperhatikan pada blog-blog yang menawarkan sewa tapak iklan,harga yang ditawarkan untuk iklan bersize 125 x 125 ialah RM5 – RM10 sebulan.Apa pun,harga bergantung pada penjenamaan blog tersebut.



Namun begitu,Kita tidak boleh sesuka hati menawarkan servis pengiklanan kepada orang lain.Hari ini kita buat blog,esok terus menawarkan servis sewa tapak iklan.Pasti tiada yang berminat dengan servis yang ditawarkan itu.Nak tahu KENAPA?

KERANA....

Jika kita ingin menyediakan servis sewa tapak iklan,pertama sekali ialah kita hendaklah memastikan trafik yang datang ke blog kita ialah tinggi,baru lah ramai orang yang berminat untuk menyewa.Ini penting untuk penyewa merasa amat berbaloi untuk melabur duit di blog kita walaupun hanya RM5.Duit tetap duit.Jumlah trafik yang datang hendaklah di tunjuk kepada orang ramai dengan menyediakan satu entri khas mengenainya.

Selain itu,trafik juga boleh dilihat dengan melihat berapa ramai jumlah follower blog tersebut.Semakin ramai follower di blog kita, ini akan membuktikan blog kita dikenali ramai dan peluang iklan tersebut untuk di lawati amatlah tinggi.

Anda juga tidak boleh menafikan hak ranking alexa.Ini juga penting untuk di nilai dalam menyediakan servis sewa iklan.Ranking alexa berfungsi untuk menunjukkan kedudukan blog anda sebagai penerima trafik sama ada dari Malaysia mahupun luar Malaysia.Ranking ini akan menunjukkan semakin rendah ranking blog anda,semakin mudah orang menjumpai blog anda,juga semakin tinggi lah harga sewa tapak iklan anda tersebut.

Di harap,serba sedikit apa yang KLA kongsi ini mampu membantu para blogger yang masih newbie dalam mencari pendapatan sampingan.


~ Doa,Usaha,Ikhtiar,Tawakal ~


No comments:

Post a Comment