Assalamualaikum....
Sebelum ini KLA sudah tulis
beberapa entri tentang cara buat duit di blog.So,kali ini,KLA nak cerita
tentang cara buat duit dengan
Nuffnang pula.KLA pasti,ramai para blogger yang
familiar dengan
Nuffnang ini,malah sudah berjaya buat duit pun dengan
Nuffnang.Tapi jangan tak tahu,ada juga yang belum tahu tentang
Nuffnang ni.KLA
nak kongsi tentang
Nuffnang yang telah banyak menolong para blogger menambahkan
pendapatan.
Nuffnang ialah sebuah syarikat
pengiklanan di internet yang menyewa tapak iklan di blog anda.Tugas anda pula
ialah mempromosikan blog dengan menarik trafik untuk klik pada iklan
tersebut.Bayaran di beri kepada anda apabila iklan tersebut di klik.
Jenis pengiklanan yang di
tawarkan oleh
Nuffnang iaitu CPC,CPUV dan Sponsored Post.
CPC – Cost per click akan dikira
berdasarkan jumlah bilangan klik yang di klik pada iklan.Di sini, ianya sangat
bergantung pada pengunjung blog anda untuk klik pada iklan tersebut.Seramai
mana pengunjung yang datang ke blog anda,namun tiada klik yang di buat,hasilnya
juga akan tiada.Harga untuk satu klik ialah RM0.25
CPUV – Cost Per Unique Visit atau dipanggil Buffered
earning ini pula di kira mengikut jumlah
berapa ramai pelawak unik yang datang berkunjung ke blog anda.Pelawak unik
bermaksud IP address yang berlainan iaitu menggunakan laptop dan tempat yang
berlainan.Contoh seperti Izza berinternet dari Perak,Anis pula dari Melaka.
Status on going bermaksud kempen
iklan itu tengah berlangsung dan akan tamat bila ianya menunjukkan status
credited.Semakin ramai pelawat unik datang
ke blog anda,maka semakin tinggi lah bayaran yang anda akan terima.
Bawah ialah CPUV on going yang
KLA tengah dapat sekarang.
Sponsored Post – Anda sangat
bertuah jika menerima tawaran sponsored post dari
Nuffnang kerana bayaran nya
yang lumayan.Anda dikehendaki membuat satu post mengenai iklan yang diterima
melalui sponsored post.
Kalau nak dicerita mengenai buat
duit dengan
Nuffnang banyak sebenarnya.Nanti KLA akan post lagi entri mengenai
buat duit dengan
Nuffnang ini.Hakikatnya,sudah ramai para blogger yang sudah
berjaya buat duit dengan
Nuffnang,anda bila lagi?