Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Tuesday, 26 August 2014

Redha

Syukur di Pagi Hari

Monday, 25 August 2014

Resepi : Cornflakes Coklat

Assalamualaikum...

Bila dah bosan tak tahu nak buat apa di hujung minggu,KLA pun masuk ler dapur tengok apa yang ada.Sekali terpandang lebihan bahan-bahan buat kuih time raya hari tu,Apa lagi,KLA terus fikir nak buat Cornflakes Coklat kerana senang dan cepat.

Cornflakes Coklat,Mudah,Senang,Cepat

Bahan-bahan :
1- Sekotak cornflakes
2- 1 bar coklat masak

Cara-cara :
1- Panaskan air untuk cairkan coklat masakan secara double bowl
2- Bila kesemua coklat dah cair,masukkan cornflakes dan gaul sehingga sekata.
3- Siap....Cepat dan Senang

KLA tak masukkan dalam cup kecil-kecil kerana rancang nak makan semasa tengok tv,mengadap laptop.Tapi kalau anda nak buat untuk perayaan,seelok nya masukkan ke dalam cup supaya lebih kelihatan kemas.

SELAMAT MENCUBA!!

Cara Daftar Alexa Rank Dalam Blog

Assalamualaikum....

Ranking alexa berfungsi menentukan kedudukan ranking blog anda di dalam dunia dan Malaysia berdasarkan jumlah trafik atau kunjungan website ke blog anda.

Ranking alexa ini amat penting untuk para blogger yang sememangnya berhasrat ingin menambahkan pendapatan melalui blog.Contoh seperti meletakkan tapak sewa iklan,ranking alexa adalah salah satu syarat yang akan dijadikan ukuran dalam mempromosikan iklan tersebut.Semakin rendah ranking yang dimiliki oleh blog anda,maka semakin ramailah orang yang akan berminat untuk meletakkan iklan di blog anda.

Cara daftar blog dalam ranking Alexa

Langkah Pertama - Daftarkan diri anda di www.alexa.com

Langkah Kedua - Masukkan URL blog anda dan klik go

Langkah Ketiga - Anda boleh nampak keputusan ranking alexa blog anda.Selepas itu anda scroll ke bawah dan jumpa button Edit Site Info

Langkah Keempat - Klik Claim This Site

Langkah Kelima - Klik no 2 untuk pengguna blogspot

Langkah Keenam - Copy URL yang diberi

Langkah Ketujuh - Di blog anda,klik template-edit html - paste code tadi seperti gambar di bawah.

SELAMAT MENCUBA!!

Cara Letak Kod Iklan Nuffnang Di Blog

Assalamualaikum....

KLA nak tunjuk cara meletak iklan Nuffnang di blog.Tak susah sangat pun,semudah ABC dan 123 ajer...
Terdapat tiga kategori iklan yang Nuffnang ada iaitu :

1)      Leaderboard – size 28 x 90
2)      Skyscraper – size 160 x 300
3)      Large Rectangle – size 336 x 280

Langkah Pertama - Log In akaun Nuffnang anda dan klik My Nuffnang - Blog Manager
- Manage My Blog

Langkah Kedua - Klik Large Rec

Langkah Ketiga - Untuk iklan Leaderboard dan Skyscraper :

-   Klik kod (tick button untuk dapatkan kod) dan copy.
-  Di blog,klik Layout - add a gadget - HTML-paste-Save

Langkah Keempat - Untuk iklan Large Rectangle iaitu iklan di antara post  :
-  Klik kod (tick button untuk dapatkan kod) dan copy.
- Di blog,klik template - edit HTML
- Tekan control F dan paste <data:post.body/>
- Bila sudah jumpa,masukkan kod iklan large rectangle
- Save

SELAMAT MENCUBA!!

Sunday, 24 August 2014

Blogger Lestari - Group Facebook

Assalamualaikum....

KLA nak jemput semua para blogger untuk menyertai group Facebook KLA iaitu Blogger Lestari

Sebenarnya dah lama KLA buat group ini,cuma tak publish/heboh ke pada orang ramai.Selalu sangat sibuk hinggakan kerja-kerja internet pun banyak bertangguh.

Di group ini,semua blogger bebas untuk membuat apa-apa post atau promosi produk.Tiada apa-apa syarat yang dikenakan.Cuma bila KLA dah bagi kebebasan tu,jangan pula anda menghantar post yang tak diingini seperti post atau iklan berbaur lucah,politik,agama dan perkauman....Tolong jaga sensitiviti rakyat Malaysia okey!!...

KLIK UNTUK JOIN GROUP FB KLA

group blog,lestari,kasihlestariabadi

ENJOY!!

Tutorial Cara Letak Banner Di Tapak Iklan

Assalamualaikum.....

Entri kali ini KLA nak kongsi tutorial cara nak letak banner untuk pengiklanan di tapak iklan di sebelah atas.Tempat ini biasanya para blogger bagi blogger lain menyewa tapak.

Tapak Iklan,Sewa Iklan,Kasih Lestari Abadi,Banner

Langkah Pertama –  Klik Dashboard => Layout => Add Gadget => HTML

Langkah Kedua – Copy paste kod di bawah ini di HTML

<marquee behavior='alternate' direction='right' onmouseout='this.start()' onmouseover='this.stop()' scrollamount='3'></marquee>

Rujukan :    Link – Link yang anda nak direct kan kemana bila iklan di klik
URL Image – URL image banner anda

Langkah Ke tiga – SAVE

Selamat mencuba dan selamat menjana pendapatan....Gud Luck!!

Persaingan Facebook-UMMALAND

Assalamualaikum....

KLA baru ada peluang untuk post entri mengenai UMMALAND.Rasanya ramai yang dah tahu mengenai kewujudan Ummaland ini.Ummaland merupakan satu laman sosial baru yang lebih Islamik yang di ilhamkan oleh Maruf Yusupov dari Uzbekistan ini di khaskan untuk umat Islam berinteraksi dan bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain.

Menurut Maruf yang dipetik dalam sebuat portal:

“Kita berhasrat untuk menyatukan ummah dan saudara Islam secara dalam talian di bawah satu bumbung supaya semua pihak mendapat manfaat daripada kemahiran dan kreativiti masing-masing.
“Kami percaya pendidikan Islam yang sempurna adalah penyelesaian kepada kebanyakan cabaran seharian, maka disebabkan pendidikan Islam diintegrasikan sebagai ciri-ciri teras rangkaian kami,”

Visi Ummaland ialah penyatuan ummah,produktiivti,pendidikan,amal dan bertindak melebihi percakapan terutama mengenai Agama Islam.

Pada yang belum membuat akaun Ummaland boleh mendaftar di http://www.ummaland.com/

KLA dah daftar dengan Ummaland cuma belum aktif lagi.Belum tengok pun lagi fungsi-fungsi dalam Ummaland ini.Sesiapa yang sudah daftar tu,sila add KLA ok...  email : kasihlestariabadi@gmail.com

Marilah kita sama-sama memeriahkan UMMALAND