Jom Follow!!

CeRiTa PaNaS YaNG PaTuT aNDa TaHu

Saturday, 30 August 2014

Alhamdulillah...Ranking Alexa Meningkat

Assalamualaikum....

Syukur....syukur...Ranking alexa KLA meningkat...sungguh tak disangka.

Rank alexa,meningkat,kasihlestariabadi,blog,blogger

Pada 21 Ogos,KLA periksa ranking alexa blog KasihLestariAbadi...berada pada ranking 17,363 dalam Malaysia...Sedih juga lah bila tengok nombor yang terlalu besar menyebabkan macam-macam bermain di fikiran KLA.Mampu kah blog KLA meningkat...Macam mana nak tingkatkannya...Melihat nombor yang terlalu besar itu menyebabkan KLA nekad untuk betul-betul serius dengan blogging...sampai seru kot!hahhaaa...

Rank Alexa,Meningkat,peningkatan,Blog,blogger,kasihlestariabadi

3 Hari kemuadian iaitu 24 Ogos,KLA periksa lagi ranking alexa....hasilnya membuatkan KLA teruja kerana betul-betul tak sangka.Blog KasihLestariAbadi berada di ranking 10,490 dalam Malaysia...Beza 6,873...banyak tu peningkatan...Alhamdulillah...Peningkatan yang bagus ini membuatkan KLA menyusun strategi dan membuat target sendiri iaitu ingin melihat blog berada dalam ranking bawah 1,000.Dan KLA target ini tercapai bila menjelang Januari 2015.

Rank Alexa,meningkat,peningkatan,blog,blogger,kasihlestariabadi

27 Ogos,KLA cuba periksa lagi ranking...sungguh menakjubkan...Ranking blog KLA dalam Malaysia ialah 7,117.Ini membuatkan KLA merasakan target KLA boleh dicapai sebelum Januari 2015...Ya Allah...suka sangat-sangat KLA.

Tengok gambar di bawah,rancangan ranking blog yang KLA sasarkan...Ingatkan September ,baru lah blog KLA capai ranking 7,000...namun sekarang belum masuk September dah capai....Alhamdulillah...syukur...syukur...Ya Allah...;)

Rank Alexa,Ranking Alexa,Meningkat,peningkatan,blog,blogger,Kasihlestariabadi

Kedudukan ini membakar semangat KLA untuk terus berjuang dan cuba untuk membuat yang terbaik. Sebagai newbie yang tak newbie,banyak benda lagi yang KLA perlu belajar.Mungkin sebelum ini KLA hanya fokus apa yang nampak dan tinggalkan apa yang di sebalik tabir.Itu silap KLA...Sekarang,KLA cuba belajar hal-hal belakang tabir seperti ranking alexa,SEO,Coding...Sebenarnya,belakang tabir juga penting dalam menjadi seorang blogger yang hebat....;)

Nampaknya,jika target KLA tercapai sebelum masa yang ditetapkan,KLA kena bagi hadiah untuk diri sendiri ini...agak-agak nak beli apa ye?Bukan apa,kita perlu menghadiahkan sesuatu atas kerja keras walaupun untuk diri sendiri.Kerana hadiah itu mampu untuk membakar semangat untuk kita terus ke hadapan,dan membuatkan kita akan ingat  bila memandang hadiah tersebut.Dan akan membuat kita lagi bersungguh –sungguh dengan kerja-kerja lain bila tahu hadiah akan menanti jika target kita berhasil....Rasa nak berangan lak...nak beli Jam tangan atau Sunglasses?Jam tangan keperluan...sunglasses hanya suka-suka...pendapat kalian macam mana?apa patut KLA beli untuk jadikan hadiah?

ENTRI LAIN MENGENAI ALEXA :
~~ Cara Daftar Alexa Rank Dalam Blog
~~ Cara Tingkatkan Ranking Alexa




Thursday, 28 August 2014

Segmen I LOVE MALAYSIA bersama Cik POP

Assalamualikum....

merdeka,perak,kasihlestariabadi

(Klik banner untuk join)

KLA  datang dari Perak Darul Ridzuan

perak,merdeka,kasihlestariabadi



Blueprint Kejayaan - Ammar Zahar

Assalamualaikum....

KLA suka membaca..Membaca jambatan ilmu...kita perlu sentiasa menambah ilmu mengikut peredaran masa.Bagi KLA juga,ilmu adalah aset penting dalam hidup seseorang kerana ilmu lah sahabat sejati kita di kala susah senang hidup kita.Mengapa KLA kata begitu?Cuba fikir...di kala kita susah,jika kita ada ilmu,kita akan guna ilmu itu untuk keluar daripada kesusahan.Di kala kita senang,itulah kesenangan hasil ilmu yang kita miliki.Apa pun,ilmu itu penting.

Mungkin kerana minat pada ilmu,KLA terlalu suka pada kedai buku terutamanya MPH dan POPULAR. Kalau jumpa kedai-kedai ini kat mana-mana,wajib KLA masuk.Puas hati kalau dapat masuk walaupun tanpa beli buku.Obses sangat....

Untuk minggu ini,KLA baru sahaja habis baca buku BLUEPRINTKEJAYAAN yang ditulis oleh Ammar Zahar.Nak tahu siapa Ammar Zahar?

Blueprint kejayaan,Ammar Zahar,Jootawan,Seminar Jootawan,Aztetic,Kasihlestariabadi

Ammar Zahar merupakan pakar perniagaan internet yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran internet dan telah menghasilkan lebih 100 produk informasi dalam pelbagai niche di dalam dan luar negara.

BLUEPRINT KEJAYAAN mengisahkan cara penulis Ammar Zahar mencapai kejayaan dalam kehidupananya.

Antara kandungan buku BLUEPRINT KEJAYAAN :

~ Bagaimana nak kuasai minda supaya kita boleh fokus terhadap sesuatu kerja.
~ Bagaimana memilih impian dan mendapatkannya
~ Bagaimana anda boleh atasi masalah info overload
~ Bagaimana anda boleh uruskan masa anda dengan sangat efektif.
~ Bagaimana anda boleh dapat apa yang anda mahukan pada waktu yang anda mahukan
~ Cara baru macam mana orang-orang yang berjaya boleh tingkatkan produktiviti mereka berkali ganda.
~ Dan banyak lagi....

Pendapat KLA tentang buku ini:
Buku ini sangat sangat sangat sangat (bukan salah ulang tau!) digalakkan dimiliki oleh semua orang.Buku ini bukan sahaja sesuai  pada orang yang ingin mempunyai bisnes sendiri,tetapi ianya sesuai untuk SEMUA orang termasuk para pelajar.Kerana buku ini mengajar dan memberi motivasi pada kita cara untuk mencapai kejayaan walaupun kita merasakan ianya amat mustahil untuk dicapai.Dengan cara minda separa sedar yang di ajar di dalam buku ini akan memudahkan lagi untuk kita mencapai kejayaan yang diingini.


Buku ini boleh di beli secara online dengan membelinya DISINI.Harga yang berpatutan dan mampu untuk dimiliki oleh semua orang.RUGI TAK BACA BUKU INI.....kalau dan baca,mesti anda akan kata ‘KENAPE LAH BARU JUMPA BUKU NI,KALAU DULU LAGI DAH JUMPA BUKU NI,MESTI AKU DAN BERJAYA’....Fikir-fikir kan....;)




Cara Tingkatkan Ranking Alexa

Assalamualaikum...

Sebelum ini,KLA pernah buat entri tentang cara daftar Alexa dalam blog,dan untuk entri kali ini pula KLA nak kongsi tips cara nak naikkan ranking alexa.Menaikkan or menurun ye?konfius pula KLA apa yang sesuai untuk disebut.Nombor yang diperlukan berbentuk menurun,bila ianya menurun,ia menunjukkan peningkatan/menaik....???issshhhh...whatever.

Alexa,Ranking Alexa,alexa rank,Blogger,Kasihlestariabadi,2014

KLA pun dalam proses belajar untuk mengenai Alexa ini,tapi apa pun,marilah kita sama-sama kongsi apa yang diketahui..

      1)      Muat Turun Alexa Tooldbar
Anda perlu memuat turun Alexa toolbar yang boleh didapati di Alexa.com di mana ianya merupakan salah satu cara untuk menaikkan ranking.Toolbar ini berfungsi memantau statistik blog anda dengan berkesan. Anda pergi ke ‘rumah pakcik google’ dan cari “Install Alexa toolbar for chrome” . Anda ikut arahan muat turun di situ.

      2)      Post entri sebanyak mungkin dan konsisten.
Untuk bermesra dengan Alexa,anda perlu lah membuat post entri sebanyak mungkin dan juga secara berkonsisten.Cuba rancang,berapa post entri yang perlu di buat untuk sehari.Tapi KLA cadangkan buat 3-5 entri dalam sehari untuk jarak tempoh masa tertentu.Entri yang banyak boleh menarik orang ramai atau trafik datang bertandang ke blog.

      3)      Promosi di laman sosial
Anda perlu link kan entri yang anda post ke laman sosial yang anda miliki seperti Facebook, Twitter, Ummaland,Google+.Semakin anda popular kan post anda,semakin ramai yang akan berkunjung ke blog anda itu.Senang kan untuk menarik pembaca...
Senang-senang,jemput bertandang ke laman sosial KLA :

Facebook : https://www.facebook.com/kasihlestariabadi
Facebook Page : https://www.facebook.com/fanpageKLA
Facebook Group : https://www.facebook.com/groups/bloggerlestari/
Twitter : https://twitter.com/kasihlestari123
Ummaland : http://www.ummaland.com/kasihlestariabadi/
Google+ : google.com/+KasihLestari
Instagram: kasihlestariabadi

      4)      Memasang Alexa Widget

Alexa widget ini boleh dipasang pada sidebar blog anda.Ianya mudah sahaja dengan mendapatkan kod widget tersebut di Alexa.Ianya membantu untuk peningkatan ranking Alexa.KLA ada tunjukkan cara pasang widget Alexa pada entri sebelum ini.

      5)      Blogwalking
Rajin-rajin lah anda berkunjung ke blog rakan-rakan yang lain.Tinggalkan komen anda pada blog yang anda kunjungi dengan menggunakan nama/URL blog anda itu.Ini dinamakan linking in Alexa dan banyak anda membuat linking in Alexa,semakin bagus juga lah ranking Alexa anda.  


Harap ilmu yang dikongsi ini dapat memberi manfaat bersama....SMILE



CPUV Nuffnang : HP PC Demand Gen Digital

Assalamualaikum...

Selamat pagi para blogger....

Syukur Iklan CPUV Nuffnang iaitu HP PC Demand Gen Digital masih On Going....On Going lama-lama ye sayang!!..;)


Kalau sebut brand HP mesti semua orang fikir printer kan?HP terkenal dengan produk printer nya.Printer KLA pun brand HP...Sebenarnya,HP ada banyak produk antaranya laptop,desktops,Ink,Toner dan sebagainya.

Buat yang baik hati,sila klik kalau nampak iklan HP ni kat blog KLA yer...;)

THANKS

Wednesday, 27 August 2014

7 Langkah Mendebarkan Yang Dibuat Oleh Izzue Islam

Assalamualaikum....

KLA percaya,mesti ramai yang meminati penyanyi atau pelakon Izzue Islam kan?Siapa tak cair bila tengok senyuman Izzue....Handsome.Namun,disebalik ke'handsome' man nya itu,beliau telah melakukan beberapa aksi yang mendebarkan bersama dengan Pelakon Yana Samsudin.

Untuk mengetahui apakah aksi-aksi yang telah di lakukan oleh beliau,sila klik gambar di bawah:


Izzue Islam,Yana Samsudin,7,Nuffnang,Kasihlestariabadi





CPUV Nuffnang : Macau Tourism

Assalamualaikum....

Syukur Alhamdulillah...bertambah rezeki...
KLA dapat CPUV Nuffnang iaitu iklan Macau Tourism.

Nuffnang,Macau Tourism,

KLA belum lagi berpeluang untuk ke Macau...huhuhuuu...Harap satu hari nanti dapat jua ke sana...

Siapa-siapa yang terpandang iklan Macau Tourism kat blog KLA ni rajin-rajin ler klik ye....THANKS

Cara Tingkatkan Pendapatan CPUV Nuffnang

Assalamualaikum...

KLA nak kongsi cara tingkatkan pendapatan CPUV Nuffnang.Ahak...sehari dua ni entri KLA semua berkait dengan peningkatan...Bukan apa,KLA tengah berusaha untuk meningkatkan apa yang patut ditingkatkan.Alang-alang dah buat blog,biar sampai dapat hasilnya.Baru lah tak sia-sia ber’blog’.Dapat ler juga tambahan pendapatan.

Nuffnang,Duit,Tambah pendapatan,CPUV nuffnang

Untuk tingkatkan pendapatan CPUV Nuffnang,anda perlu :

Pertama –  Blogwalking
Anda perlu rajin berkunjung ke blog-blog orang lain.Jangan lupa tinggalkan komen sekali yer..Kalau anda tak berkunjung ke blog orang lain,orang lain tak akan sedar akan kewujudan blog anda.Sama juga dengan kehidupan seharian,kalau anda duduk aje di dalam rumah,anda tak akan kenal dengan jiran sebelah kanan,kiri,hadapan,belakang rumah anda.

Kedua – Menganjurkan Segmen atau Giveaway
Apabila anda mendapat CPUV,anda perlu lakukan sesuatu dalam tempoh CPUV itu berlangsung supaya kedatangan trafik blog anda lebih daripada biasa seperti menganjurkan segmen/giveaway.Tengok apa yang KLA buat sekarang,menganjurkan giveaway...Jom ler join Giveaway Merdeka Lestari

Ketiga – Join Giveaway orang lain
Anda jangan sombong pula dengan tak menyertai giveaway orang lain.Cara mudah untuk anda berkenalan dengan blogger lain ialah dengan menyertai giveaway orang lain.Semakin banyak anda menyertai,semakin bagus jugalah trafik anda dan semakin itu jugalah anda mula dikenali.Macam KLA,KLA limitkan blog KLA untuk join 10 giveaway dalam satu masa.Bila ada giveaway yang disertai itu tamat,baru lah KLA join yang lain pula.

Keempat- Kongsi  post di Facebook,twitter dan Google+
Setiap post entri yang anda buat,jangan lupa untuk kongsikannya di facebook,twitter atau pun google+ anda.Ini merupakan satu tindakan menghebah kan entri terbaru yang anda buat.KLA ada group facebook.Boleh juga jadikan group facebook tempat untuk berkongsi post terbaru.Jemput join Group Facebook KLA.


SMILE and ENJOY!!